Prolog

91 7 0
                                    

"Kan aku dah larang kenapa korang degil hah?!" teriak seorang gadis bersama tangisan

Sekumpulan pelajar tersebut menjauhi kawannya yang dirasuk.Mata hitam milik gadis itu kini bertukar putih keseluruhan

Hilaian dan erangan keluar dari mulut gadis tersebut serentak itu badannya dilipat kebelakang sedikit demi sedikit

"Arghhh" tempik gadis tersebut menahan kesakitan

"Tolong dia!" arah kawannya yang lain.Mereka semua merapati gadis itu tetapi terpelanting ke dinding semula bagai ada perisai halimunan

"Call mama, abang!" gesa adiknya setelah menolong abangnya bangkit dari terpelanting

Abangnya mengangguk tidak sempat nombor telefon ibunya di dail gadis yang dirasuk menerkam ke arahnya.Wajah lelaki tersebut dicakar beberapa kali

"Abang!" pekik adiknya dengan ketakutan.Gadis yang dirasuk itu memalingkan wajahnya pada si adik

Kawannya yang lain mengambil kesempatan itu untuk memegang tangan si gadis dari menyakiti mereka yang lain

"Tolong aku pegang dia!"

"Telefon mama cepat!" arah si abang kepada adiknya

Gadis itu berlari menjauhi keriuhan.Nama ibunya ditekan lalu dia menelefon ibunya

Krekk

Pintu bilik dihadapannya gadis itu terbuka dari dalam.Kegelapan bilik itu membuatkannya tidak dapat melihat siapakah yang membuka pintu itu

"S-siapa?" flashlight dari telefonnya dibuka

Alangkah terkejut bila ada satu sosok berbungkus melayang ke depan mukanya "Arghh!!" pekikan gadis itu bergema sehingga menarik perhatian abangnya

"Suraya!" lelaki tersebut melepaskan pegangannya dari menahan kawannya yang dirasuk

"Jiha kita kena lari" dua orang gadis tergesa - gesa menarik kawannya seorang lagi untuk pergi dari rumah itu.Tetapi pintu keluar bagai digam, langsung tidak bergerak walau sedikit

"Kau fikir kau boleh lari?" ketiga gadis itu tersentak sebelum menoleh melihat kawannya yang dirasuki telah berada dibelakang mereka

Manakala kawan lelaki mereka telah berlumuran darah.Tiada seorang pun yang bergerak semuanya kaku dilantai dengan mata terbeliak seolah sedang menahan sakit

"Nur! apa yang kau dah buat" tengking salah seorang dari ketiga gadis itu

Gadis yang dipanggil Nur tersenyum sinis lalu dia menjilat tangannya yang dipenuhi darah kawan mereka

Jiha terkedu tangan Nur jadi begitu runcing dengan kuku yang tajam dan panjang.Itu bukan Nur!

"Kau bukan Nur! lepaskan kitaorang" pekiknya.Tombol pintu dipulas beberapa kali

"Siapa kata aku Nur?" dia mengilai melihat wajah pucat ketiga gadis itu

"Korang yang puja aku? lepastu pura - pura lupa? hihihi" tambahnya membuatkan ketiga gadis itu gerun

Jiha cuba menjauhkan diri dari Nur tapi dia tersalah langkah.Cecair likat mengalir keluar dari mulutnya.Mata Jiha terbuntang melihat kuku tajam Nur telah terbenam ke perutnya

"Jiha" panggil kedua kawannya lalu cuba menolong Jiha

Kini gadis kedua menjadi sasaran si makhluk itu.Gadis ketiga memejamkan matanya dia tahu apa yang bakal terjadi kerana dia adalah mangsa seterusnya

"Aku tak pernah puja kau malah aku yang larang diorang bermain ouja board" kata gadis itu.Entah macam mana keberanian terbit dari hatinya

"Aku hanya memuja Allah" gadis itu terduduk longlai dengan terketar dia menyambung kata - katanya "Aku reda dan pasrah pada takdir-Nya"

Gadis itu teresak - esak menangis sambil memejamkan matanya.Disaat akhir seperti itu tiada apa yang muncul di dalam mindanya

"Farah!" panggil seseorang

Farah membuka mata.Kawannya jalan terhenjut - henjut bersama adik dia yang dipapah

Mana makhluk tadi?

"Kita kena blah dari sini" arah lelaki itu sambil menahan perit disekujur tubuhnya

"Pintu tak boleh buka!" kata Farah cemas

Lelaki itu terkumat - kamit membaca sesuatu kemudian membuka pintu dengan mudah

"Jom" ajak lelaki itu

Tak semudah itu ferguso (jk only 😂)

Aku akan datang.Datang menghantui korang semua

Farah dan kawannya terkedua buat seketika.Suara itu hanya terdengar sekilas sebelum menghilang bersama angin malam

"Siapa yang.."

"Shh...Dia datang" pertanyaan Farah terpotong dengan bisikkan dari adik kawannya

"Siapa?" tanya abangnya pula

Dengan mata yang tertutup si adik tersenyum lebar

"Dia"

























Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now