7

86 9 2
                                    

"Eh, Sya laa" kata Karla sedikit gementar melihat nama yang tertera di skrin telefonnya

"Angkat je" arah Janna, mungkin kawannya fikir mereka berdua turun ke bawah untuk beli sarapan

"Assalamualaikum! apa khabar sahabat ku" suara Syaliah bergema seluruh dapur apabila Karla membuka loud speaker

"Kitaorang tak beli sarapan pun.Masak je, meh laa dapur ni" ujar Janna sambil memotong bawang

"Ha? nevermind.Apa pasal ada kereta kau kat office aku ni? dah tu bawa balik kereta aku pula" rungut Syaliah

Karla terkekek ketawa mendengar Syaliah cuba prank mereka "Dahlah Sya weh.Tipu tak jadi, ni mesti kau mamai lagikan pergi jelaa tidur tu"

"Aku serius! macam mana aku nak balik kalau kunci kereta Janna tak ada? and one more thing semalam sepatutnya aku balik awal tapi aku tertidur kat office sampai pagi ni baru terjaga" beritahu Syaliah

Janna dan Karla kembali ketawa lucu.Habis tu kalau Syaliah kat office siapa yang bawa kereta semalam? yang buat air ruqyah tu pulak?

"Nak tipu agak - agak laa sis.Tak logik langsung" kata Janna setelah menghabiskan tawanya

Karla menyeka air matanya "Jap kau tunggu aku datang kat kau" Karla menggeleng perlahan seraya pergi ke master bedroom untuk melihat Syaliah

Alangkah terkejutnya apabila melihat bilik tersebut kosong dan keadaan tilam kemas dan rapi tanpa sebarang sentuhan

Serta - merta senyumannya mati.Kini Karla beralih ke bilik - bilik lain untuk mencari Syaliah yang kemungkinan sedang menyorok darinya

"Hello? cakap kat Janna suruh dia bawa kunci kereta aku sekali" pesan Syaliah selepas beberapa minit Karla menyepi

Panggilan akhirnya diputuskan oleh Syaliah

Skrin telefonnya diperhati dengan laju Karla meminta Syaliah menghantar gambarnya untuk memastikan gadis itu tiada di dalam rumah

Tingg!

Jantungnya kembali mengepam darah dengan laju.Habis terlopong dia dibuatnya setelah melihat gambar Syaliah duduk di bonet depan kereta Janna

Seluruh badannya kaku tatkala mendengar bacaan ayat ruqyah yang berkumandang tadi bertukar menjadi bacaan mantera yang dia tidak fahami

Karla melangkah dengan perlahan untuk melihat air ruqyah yang berada di ruang tamu.Terlopong mulutnya melihat satu kepala yang rentung beserta darah yang masih mengalir di soket mata yang kosong dan juga bahagian yang dipenggal

Karla menahan diri dari menjerit.Bibirnya dikemam seraya mencapai kunci kereta Syaliah dan kunci kereta Janna

"Asal dengan Sya tu?" tanya Janna

"Ouh dia ajak kita turun beli sesuatu.Jom weh" ajak Karla sedikit gugup

Janna menutup api dapur gas.Tangannya dilap pada kain yang disediakan

"Eh nak pergi mana?" tahan Karla

"Ajak Sya laa" berkerut dahi Janna menatap wajah kawannya yang pucat lesi itu

Karla menggeleng beberapa kali tanpa berlengah dia menarik Janna keluar dari rumah

"Kau dah kenapa!" marah Janna

Karla tetap mengunci mulut, hanya gelengan diberi pada Janna

Setibanya, di dalam kereta.Barulah Karla menceritakan segalanya.Gambar yang dihantar Syaliah juga ditunjukkan

"Astaghfirullah..." ucap Janna, dadanya dipegang akibat terkejut

Serentak itu kereta dipandu menuju ke tempat kerja Syaliah semula

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now