11

89 7 1
                                    

Setelah kejadian di kedai makan itu.Janna dan Syaliah senyap - senyap memberitahu parents mereka tentang perkara yang berlaku pada mereka

Dengan masa segera bantuan dicari bagi menyelesaikan masalah yang menimpa ketiga gadis itu

Syaliah berjalan keluar dari lift.Hari itu dia balik ke rumah awal kerana kerjanya yang sedikit

Tengah ralit mengelamun telinganya menangkap bunyi seolah - olah ada orang mengikutinya dengan keadaan menyeret kaki pada lantai

Srakk , srakk

Syaliah berhenti seraya meliar melihat sekeliling.Kosong, tiada sesiapa.Entah kenapa hatinya kembali gundah gelana

Syaliah melajukan perjalanannya menuju kereta.Semakin dia laju semakin kuat bunyi tersebut seolah - olah sedang mengejarnya

Pada waktu itulah otaknya membuat kerja yang tidak berfaedah.Lukisan - lukisan Karla kembali tertayang pada mindanya dan juga mimpi buruk yang kerap dia alami

"Shit punya otak" guman Syaliah tergesa - gesa membuka pintu kereta

"Syaliah" sekali lagi telinga Syaliah menangkap suara halus sedang memanggil namanya beberapa kali

"Syaliah...Jangan tinggalkan aku" ucap suara tersebut mendayu - dayu sebelum berselang seli dengan tangisan

Bulu roma Syaliah tegak berdiri dengan sepantas kilat dia menerobos masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin

Walaupun masih ramai pekerja belum balik tetapi suasana di parking lot senyap sunyi dan agak menakutkan bagi Syaliah

Tokk tok

Syaliah terperanjat sebelum membuka sedikit tingkapnya

"Yea, pak cik Kamal ada apa?" tanya Syaliah sedikit gagap, matanya menatap arah berbeza supaya tidak melihat pak cik Kamal di tingkap

"Jangan balik terus nak..Singgah kedai makan dulu" pesannya lalu menghilang bersama deruan angin

Bunyi seperti ada orang sedang merangkak naik di atas bumbung kereta membuatkan Syaliah bertambah panik

Syaliah meneguk liur pahitnya sambil menutup cermin kereta.Dia memecut laju meninggalkan perkarangan office

























Janna mengeluh perlahan.Sudah beberapa hari Karla tidak keluar dari biliknya.Mungkin merajuk dengan mereka kerana menyelongkar privasinya tapi mereka buat semua itu demi kebaikan dia

Janna mengetuk pintu bilik Karla untuk memastikan gadis itu masih hidup di dalam "Kar kau nak makan tak?" ajaknya

"Arhh!"

Janna berganjak pergi setelah mendapat sahutan dari Karla.Sahutan yang menyuruhnya pergi

"Bilalah Sya nak balik.Kata balik awal" tutur Janna mengerling jam dinding sekilas

Wei kau kt mna?

mamak.nk order apa2 tak?

Blehlah ambik je apa2

ok

Mamak yang masa tu ke?

haah

Telefonnya dilempar ke samping setelah itu remote televisyen dicapai.Bosan menanti kawannya pulang lebih baik dia menonton drama sementara menunggu

Tidak lama kemudian bunyi seperti cakaran menarik perhatiannya.Janna menoleh melihat bilik air yang berada berdekatan dapur.Dari dalam bilik air yang gelap terlihat seseorang seperti sedang merangkak cuba menbuka pintu yang dikunci dari luar

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now