2

69 7 0
                                    


"Aku turun dulu tau nak beli breakfast" kata Janna dompetnya disimpan ke dalam poket

"Ok" sahut Karla

Syaliah mengemas saki baki barang di dapur "Kau pergi kemas bilik kau nanti lepas breakfast kita nak kemas ruang tamu pulak" arah Syaliah

"Hishh yelaa" Karla berjalan dengan malas ke ruang tamu untuk mengangkat barang miliknya lalu dibawa masuk ke bilik

"Ok dapur settle" tutur Syaliah lalu melepaskan nafas lega, gadis itu bercekak pinggang sambil memerhati setiap sudut dapur yang tersusun rapi

Pakk

Syaliah mengalihkan pandangannya kepada pisau dapur yang terjatuh dengan perlahan gadis itu mendekati pisau tersebut

'Macam mana boleh jatuh?' bisik hatinya

Pisau itu disimpan semula ke dalam laci kabinet.Tidak logik jika pisau yang dia letakkan di tengah - tengah meja boleh jatuh seolah - olah ada yang tertolak

Syaliah menggosok kedua lengannya habis meremang bulu roma bila difikir secara logik.Tanpa berlengah gadis itu berlari mendapatkan kawannya

"Kau dah kenapa?" marah Karla

Hampir luruh jantungnya melihat Syaliah yang tiba - tiba muncul didepan pintu biliknya

"Tak aku saja datang tengok kau kemas" Syaliah ketawa kecil bagi menghilangkan rasa ganjil

Syaliah memandang ke dapur dari depan bilik Karla.Rasa tidak selamat menjengah hatinya.Serta - merta Syaliah berjalan masuk ke dalam bilik Karla

"Laa kalau kau duduk situ macam mana aku nak kemas" rungut Karla

"Kejap je aku penat" Syaliah memberi alasan, dia tak nak menakuti kawannya lagipun dia tidak pasti sama ada pisau itu terjatuh dengan sendiri atau dia tersentuh meja sehingga pisau itu terjatuh

Selang beberapa minit Janna mengetuk pintu rumah.Syaliah dan Karla meluru ke arah pintu

"Aku beli nasi ganja" ujar Janna sambil tersenyum lebar

"First time makan nasi ganja.Masuklah" Karla menarik Janna masuk

Mereka duduk di dapur sambil melahap segala makanan yang dibeli oleh Janna.Apa yang baru terjadi tadi telah dilupakan oleh Syaliah

"Huftt kenyangnya" Karla membuang bungkusan nasi kedalam tong sampah

"Cepatlah, tolong kitaorang pula" panggil Janna

"Ye!" selepas Karla membasuh tangan dia mendekati Janna dan Syaliah yang sedang menyusun perabot

Sedang khusyuk mereka mengemas ruang tamu tanpa mereka sedar gelas Karla yang tidak dibasuh diatas singki bergerak perlahan

Kcakkk

Mereka bertiga memandang diantara satu sama lain sebelum menuju ke dapur.Kaca gelas berterabur pecah dilantai

"Ni gelas kau kan?" tanya Syaliah pada Karla, gadis itu mengangguk mengiyakan

"Kau letak macam mana sampai boleh jatuh? kerja banyak lagi tapi kau dah cari kerja baru" keluh Janna

"Tak! sumpah tadi aku letak dekat tengah - tengah singki ni" Karla menunjuk tempat dimana dia meletakkan gelasnya

Syaliah teringat tentang pisau yang jatuh secara tiba - tiba "Sudahlah kau sapu kaca ni biar kitaorang kemas ruang tamu" celahnya

Cuba untuk tidak memikirkan kejadian aneh yang berlaku.Dia risau jika kawannya turut ketakutan

"Jangan sampai kaki kitaorang luka sebab pijak kaca gelas kau" ugut Janna seraya berlalu pergi

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now