4

89 7 0
                                    


"Yang kau tu.Bila nak cari kerja hah? tak kan kitaorang nak tanggung kau lagi" rungut Janna kepada Karla yang telah menghabiskan satu nasi lemak dan satu nasi kerabu

"Kan aku dah hantar surat permintaan untuk kerja tu.So, tunggu diorang panggil jelah" jawab Karla selamba meminum air Janna

"Hamboi - amboi air aku juga kau nak ekk.Tumbuk karang" penumbuk dihala ke arah Karla

"Air aku dah habis ni" Karla menolak gelas kosongnya

"Ish, dahlah aku nak pergi kerja dulu.Bye!" Syaliah bingkas bangun dari kerusi menuju ke mak cik gerai untuk membayar makanan mereka kemudian melangkah masuk ke dalam keretanya

"So, kita nak balik ke rumah ke?" tanya Karla, kedua lengannya digosok perlahan

"Memang taklah lebih baik kita pergi ke mall ke apa kan? dari duduk dalam rumah tu menakutkan diri" bebel Janna lengan Karla ditarik

"Tapikan malam nanti kita tetap balik ke rumah" cakap Karla

Terjegil mata Janna, gadis itu berdecit geram "Sebab tu aku ajak kau pergi hilangkan rasa takut then balik nanti kita taklah takut sangat"

"Kau fikir aku tak takut? kalau kau kena rasuk tinggal aku sorang kau tahu, sebelum ni tak apalah Sya ada.Aku tak berseorangan"

Janna mendengus biji matanya digolekkan tanda menyampah.Pintu kereta miliknya dihempas saja ingin protes

Terhenjut bahu Karla apabila pintu kereta dihempas kuat "Marahnye" Karla mencebik sebelum meloloskan diri ke dalam kereta

"Alang - alang dah keluar ni jomlaa pergi beli katil sekali" ajak Karla, sakit belakangnya setelah beberapa hari tidur bertilamkan toto

"Dasar nak mami" ejek Janna kenal sangat perangai kawannya yang tidak pernah hidup susah apa yang dia mahukan semua dapat sebab itulah dia suka menganggur

"Taklah cuba kau fikir sampai bila kita nak tidur guna toto?" Karla menjongketkan keningnya beberapa kali

"Oh come on.Kalau ikutkan aku nak je kita tidur atas toto sampai pindah ke taman perumahan tu" cakap Janna keretanya membelok ke shopping mall

Lori yang membawa katil mereka entah kemana sudah.Malas ingin meroyan lebih baik beli baru

"Alaa kan senang beli siap - siap nanti bila pindah tak susah dah nak beli katil" mata Karla tidak lepas dari skrin telifonnya

Janna ingin memberi alasan tetapi dia membatalkan niatnya.Malas ingin bercakap panjang.Tidak ada guna cakap dengan orang bodoh seperti kawannya itu

Tak fikir ke effect yang bakal berlaku?

Korang boleh fikir tak?

Hm..kalau tak boleh anda sama sahaja seperti Karla..Berotak tapi tidak pandai menggunakannya

jk jk

"Ok fine aku belikan tapi kalau kau buat perangai, katil dengan kau sekali aku bakar" ugut Janna seraya melangkah keluar dari kereta

Karla memuncungkan mulutnya.Gadis itu mengejar kawannya yang semakin jauh

"Malam nanti kita tidur sama - sama nak tak?" Karla memaut lengan Janna

"Yelah asalkan apa yang jadi semalam tak berlaku semula" Janna hanya redha dengan permintaan Karla

Dia juga takut tidur berseorangan setelah apa yang berlaku.Ingin saja memanggil ustaz tapi biarlah mereka ikhtiar dulu dengan usaha sendiri

"Baik aku akan dengar nasihat kau mulai sekarang" Karla mengangguk beberapa kali

"Sepatutnya dari awal lagi, benda dah jadi baru nak dengar cakap" Janna mengeluh seketika

"Malam nanti aku harap kita tak apa - apa" gumamnya

"Alaa Sya kan tinggalkan radio tu.Malam nanti kita pasang jelah kuat - kuat" beritahu Karla, sekali lagi Janna mengeluh hatinya masih dibelenggu perasaan takut


























Bunyi televisyen memecah kesunyian malam.Janna dan Karla ralit menonton drama yang diulang tayang semula

"Aku nak buat air.Kau nak tak?" tanya Karla tiba - tiba sahaja tangannya terasa rajin

"Air yang sama dengan kau je" balas Janna bantal sofa dipeluk matanya tidak lepas dari skrin televisyen

"Kalau lagi 30 minit Sya tak balik kita masuk tidur jelah.Lagipun dia bawa kunci pendua" ujar Janna sebelum menguap beberapa kali

"Ok je.Badan aku pun letih sebab pergi shopping tadi" Karla tersengih sambil mengeliat

"Shopping pun letih" sindir Janna

Karla mencebik seraya melangkah pergi ke dapur meninggalkan Janna yang khusyuk menonton drama

Kalau dilayan karang dia juga yang sakit hati.Karla menatap Janna dari dapur entah kenapa hatinya dihinggap perasaan gelisah

Mungkin kerana dia berada jauh dari gadis itu.Huh penakut!

Tidak lama selepas Karla menghilangkan diri ke dapur.Pintu rumah mereka diketuk beberapa kali dari luar

Janna mengeluh "Kan aku dah cakap bawa kunci tu.Nasib kitaorang tak tidur lagi" rungut gadis itu seraya mencapai kunci rumah yang diletakkan di atas meja kopi

Tokk tokk tokk

"Sabarlah" marah Janna segugus kunci itu dibelek

"Cepatlah Janna dah lama aku kat luar ni" suara Syaliah bergema dari luar

"Pagi tadi aku suruh cek tapi kau degil tengok kan dah menyusahkan orang" bebel Janna

"Dah ke?" tanya Syaliah tanpa rasa bersalah

"Kejap kunci banyak sangat" tutur Janna dengan tenang mencari kunci utama

Karla memerhati Janna dari dapur.Nasib Syaliah balik awal kalau tidak mati ketakutan mereka berdua di dalam rumah

"Kenapa kau boleh cuai sampai tertinggal kunci rumah ni?" marah Janna

Karla terkedu seketika liur pahitnya ditelan .Serta - merta deruan nafasnya menjadi tidak teratur



























"J-janna" panggil Karla perlahan

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now