8

81 8 5
                                    

Selepas rumah mereka selamat dipagar.Janna dan Syaliah cadang untuk tidur dibilik mereka sendiri

Janna master bedroom, Syaliah bilik kedua dan Karla bilik terakhir dimana jelmaan seorang gadis merangkak keluar dari bilik tersebut

Mata Karla tidak teralih dari tingkap bilik.Tingkap tersebut menghadap jalan raya, tiada tempat untuk orang memijak.Jika terjatuh terus ke jalan

Karla bangkit dari duduk tapi matanya masih menatap sesorang yang cuba untuk masuk ke dalam rumah

sayup - sayup kedengaran anjing melolong ketakutan.Suara seseorang memanggil namanya tidak henti sedari tadi

"Kalau bunyi apa - apa kat luar rumah.Abaikan je.Tu perkara biasa lepas pagar" suara Syaliah terngiang - ngiang ditelinganya

Dengan sedikit gementar Karla keluar dari biliknya menuju bilik Syaliah.Pintu bilik gadis itu dibuka perlahan

"Sya!" panggil Karla setelah melihat gadis itu bergerak menghalang cahaya luar dari memasuki biliknya

"Apa?" tanya Syaliah mamai

"Kau buat apa?" tanya Karla semula, tangannya digagau mencari suis

"Aip! jangan buka lampu" tegur Syaliah

"Nak tidur dengan kau boleh?" pinta Karla

"Nope, katil aku dah tak muat" Syaliah menarik bantal peluk yang sama panjang dengan tubuhnya

"Alaa" rengek Karla

"Esok aku nak kerja.Baik kau blah sebelum jam ni lekat kat kepala kau" ugut Syaliah serentak itu Karla menutup pintu biliknya

"Hmm" Karla merenung biliknya

Sedari tadi dia cuba memejamkan mata tetapi kerana gangguan di tingkap bilik, matanya terus segar kembali

Karla beralih ke bilik Janna pula.Tanpa mengetuk pintu gadis itu terus menerjah masuk ke dalam

Badan Janna digoncang beberapa kali "Janna? Janna, aku nak tidur dengan kau"

"Hmm" balas Janna dalam keadaan mamai

Karla melompat kegembiraan sebelum terjun ke katil Janna.Beberapa minit selepas itu dia terlelap

Tokk tokk tokk

Pintu rumah diketuk beberapa kali sehingga Karla terjaga daripada tidur.Dia menoleh melihat Janna yang masih nyenyak diulit mimpi

Tidak ingin mengacau kawannya Karla bangkit dari katil menuju ke pintu rumah.Pintu dibuka

"Eh?..." Karla menjenguk ke kiri dan ke kanan "Ish, siapalah yang kacau pepagi buta ni" gumamnya sedikit marah

Karla kembali pada bilik.Dia cuba pejamkan matanya tapi tidak boleh.Seperti biasa telefon pintarnya menjadi sasaran

Aplikasi youtube dibuka.Sedang ralit Karla mencari cerita yang hendak ditonton, jarinya berhenti tatkala melihat satu video paranormal yang pernah ditontonnya

Video itu diputar kembali.Earphone disumbat ke telinga.Matanya fokus mencari komen yang menulis mantra tersebut

Sebelum ini dia pernah membaca mantra itu tapi tidak habis kerana terlelap kali ini tanpa sedar dia membaca mantra tersebut sehingga habis

"Ceh, memandai je" gumamnya lalu melihat komen - komen seterusnya

𝚜𝚛𝚒𝚊𝚓𝚒
kau baca berpuluh kali tak jadi pape pun

𝚛𝚒𝚖𝚊𝚞𝚖𝚊𝚕𝚊𝚢𝚊
Konten Sampah

𝙸𝚔𝚊𝚗𝚘𝚘.𝚌𝚘𝚖
Plan je lebih...Mane ade kunti macam tu muke penuh bedak sejuk opah aku

Shh.. Dia Datang [C]Where stories live. Discover now