Sabtu, 3 petang.
Selepas 7 jam berada di dalam pesawat, akhirnya gadis itu tiba di tanah airnya. 1 jam yang lalu dia sudah menelefon kembarnya. Memang sah laki tu tidur sebab masa call tadi suara Anyf serak.
Auch! Husky...
Gila!
Luggage diheret bersama keluar daripada gate ketibaan. Spek hitam dipakai dengan wajah tanpa senyuman dia berjalan keluar. Mata meliar mencari seseorang.
Senyuman diukir melihat susuk tubuh seseorang.
"adik!" panggil Ardell kuat. Tangan dilambai pada gadis yang 5 meter jauh darinya. Wajah gadis itu blur seperti tidak mengenali Ardell. Ardell ketawa kecil. Mestilah adik dia tak kenal, sebab waktu last tengok, dia masih chubby.
"i'm Anysa Ardell. Miss me, girl?" soal Ardell lalu spek hitam dibuka seraya mengukir senyuman diwajah jelitanya. Anys seakan-akan tergamam melihat wajah kakak kesayangannya itu.
"kak Nysa!" jerit gadis kecil itu lalu segera memeluk tubuh Ardell. Ardell sebak. Dia sangat rindukan satu-satunya adik kesayangan dia itu. Diusap lembut belakang tubuh gadis kecil itu.
"i miss u so much..." ucap Anys. Ardell ketawa kecil.
"i miss u too, btw where is your brothers?" soal Ardell. Pelik pulak tinggalkan Anys sorang ii.
"along pergi tandas dan angah pergi starbucks kejap..." ujar Anys. Ardell mengangguk. Mereka berjalan beriringan ke tempat duduk yang kosong.
"Ad-" suara seseorang terhenti apabila melihat kelibat dua gadis yang sedang bergurau senda.
Ardell dan Anys berpaling. Ardell mengukir senyuman kepada kedua-dua jejaka itu. Mereka juga tergamam seperti Anys tadi.
"Ny-nysa ke ni?" soal Anyq, abang sulung mereka. Ardell ketawa kecil. Muka terkejut dia tu tak boleh bawak bincang.
"ye la along. Takkan orang utan kot..." sindir Ardell. Anyq berdehem.
"memang macam orang utan pun..." gumam Anyf. Ardell mencerlung tajam ke arah Anyf. Ingat aku tak dengar ke?
"hey! Nyesal aku balik sini!" ujar Ardell bengang. Anyf menjongket bibir.
"tak lah. Kau cantik, twin aku ni makin cantik sekarang. 360° berubah..." puji Anyf. Hmm..puji ke tu? Ardell memutarkan bebola matanya. Puji ke perli?
"jomlah. Nanti kita borak dekat rumah pulak" ajak Anyq.
Dia dan Anyf berjalan terlebih dahulu diikuti Anys dan Ardell di belakang. Dua gadis itu rancak berborak sehinggalah tiba di kereta.
√√√√√
"ya Allah! Rindunya Nysa dengan makanan Malaysia ni!" ujar Ardell teruja. Nasi putih berlauk ikan goreng dipadankan dengan singgang dan budu. Perghh! Mantap masakan Mak Dah. Tip top!
Walaupun kehidupan keluarga meraka kaya namun amalan bersederhana mereka perlu amalkan. Harta dan pangkat bukanlah kekal abadi.
Bukan setakat ikan goreng dengan kuah singgang je. Nasi putih, telur dan kicap pun diorang pernah makan.
"hey Nysa. Makang molek. Belohok kekgi kang, (tercekik nanti kan,)" ujar Mak Dah dengan loghat Terengganu nya. Ardell terbatuk kecil. Tu la! Kan makan tak ingat dunia tadi...
"orang kabo doh. Degil ngak tak boh dengor ni, (degil sangat tak nak dengar!)" bebel Mak Dah sambil menghulurkan segelas air. Masing-masing ketawa mengekek.
"degil ngak tak boh dengor. Kak Nysa..kak Nysa..." Anys mengajuk cakap Mak Dah tadi. Ardell merengus geram. Ditarik rambut coklat adiknya itu sehingga kepalanya mendongak ke langit.
"aduh..duh..duh kak! Janganlah tarik rambut adik! Hwaa! Along! Tolong adik!" suara Anys bergema di ruang makan itu. Ardell melepaskan genggaman itu. Anys mengusap kepalanya yang terasa senak.
"kau buat macamtu lagi dik, aku gunting terus rambut kau..." ugut Ardell. Anys mengangguk laju. Gila tak takut? Haritu dahlah patung kesayangan dia hancur sebab kena gunting dengan Ardell. Tu la, cari pasal lagi.
"dah jangan gaduh! Ni aku nak tanya, kau confirm ni nak masuk Rosie?" soal Anyq pada Ardell.
Memang Anyq seorang yang matang walaupun umurnya masih 17 tahun.
Wajah Ardelll bertukar serius.
"nak taknak, aku kena jugak duduk kat sekolah tu..." ujar Ardell senada. Dia benci dengan budak sekolah tu. Orang yang bersalah je lah. Kesian junior sekolah tu kena sekali.
"kau yakin? Kau tak takut kalau orang tahu kau siapa?" soal Anyf. Eyy! Kalau boleh, aku nak cili mulut kau tapi kau kembar aku, so aku sabar.
"kau boleh tak jangan nak patahkan semangat aku, haishhh! Aku salotep mulut kau karang!" marah Ardell. Pantang betul kalau ada orang yang nak patahkan semangat dia tapi Ardell bukanlah selemah itu.
"aku tanya je. Eh minah ni..." ujar Anyf. Ardell menjeling menyampah.
Agak-agaklah tanya soalan macam tu kan?
"biar along yang settle kan semua tu. Kau ikut je Anyf, kelas kau sama dengan dia. Aku baru je check pendaftaran pelajar baru semalam..." ujar Anyq. Ardell mengangguk.
"bagus kau long. Aku malas nak hadap semua tu. Buang masa je..." ujar Ardell lalu mengangkat punggungnya ingin membersihkan segala pinggan mangkuk yang sudah digunakan.
Kedua-dua jejaka itu memerhati Ardell sehingga kelibat gadis itu hilang.
"nak bagitahu ke tak?" soal Anyq kepada Anyf. Anyf mengangkat bahu lalu bangun daripada tempatnya ingin membasuh tangan.
"eh orang tanya dia, dia angkat bahu pulak dah. Setan punya setan,"
Anyq merengus geram.
Tatau nak edit apa lagi hshshs...Enjoy your reading, love!💗
YOU ARE READING
C || Forgive Me, Please...
Teen FictionForgive Me, Please... ''forgive me, sweetheart. Forgive all my sins against you...'' Dihina, diejek, dan sering diperlekehkan. Itulah gadis yang mencecah berat 70kg, Anysa Ardell. Dirahsiakan identitinya sebagai pemilik seterusnya Rosie Highschool...