• T W E N T Y - O N E •

2.8K 188 4
                                    

"kau nak apa?" soal Luqman dengan berlagaknya. Ardell menjeling.

Segugus kunci dihalakan untuk lelaki itu.

"buat apa?" soal Luqman hairan.

"memang aku yang rancang benda tu" ujar Ardell.

Luqman menggempal penumbuk.

"ops kejap. Jangan marah lagi. Aku buat ni untuk kebaikan kau dengan Liana jugak. Ambik kunci ni. Ni kunci penthouse aku, jangan duduk apartment kau. Aku tahu kau pernah bawak perempuan masuk dalam apartment tu..." ujar Ardell. Luqman berdecit.

"tak payah. Perempuan tu memang layak duduk sekali dengan diorang. Setaraf" ujar Luqman sinis.

Ardell mengeluh.

"aku bukan apa Luq. Aku bukanlah nak balas dendam ke apa tapi aku kasihankan Liana. Please, take care of her. She's stuck. Dia hampir dijual di club. Liana bukanlah semurah El, dia baik. Aku kenal dia macam mana. Kau tengokkkan dia baru je kena buang dengan mama dia..."

"aku tahu kau bukan seteruk lelaki kat luar sana tu. Kau cuma nak kebebasan kan. Aku sanggup melutut dekat kau supaya kau dapat jaga dia dengan baik. Aku tak nak dia trauma lagi, dia menderita. Tolong jadi suami yang baik untuk dia. Aku minta maaf dengan apa yang jadi sekarang sampai kau pun kena buang keluarga. Ambik kunci ni dan anggap aku tengah tebus kesalahan aku sekarang ni..." ujar Ardell. Luqman tergamam dengan kata-kata Ardell.

Lelaki itu memandang sekilas ke arah Liana yang sedang termenung itu.

"okay, aku jaga dia tapi sekolah tak boleh tahu tentang kitorang.." ujar Luqman. Ardell tersenyum.

"jangan risau pasal tu, aku takkan buka aib korang. Janji dengan aku yang kau takkan sakitkan dia?"

"aku janji"

"kalau kau perlukan pekerjaan ke apa, roger je aku. Kau sekarang dah jadi sepupu aku. Jangan mengmalu nak mintak apa-apa dengan aku..." ujar Ardell. Gadis itu segera mendekati Liana.

"kau jaga diri tau! Kalau ada apa-apa, bagitau je aku. Kalau El kacau kau, kau roger aku. Kita sepupu, so aku akan tolong kau. Aku akan melawat kau setiap hujung minggu..." ujar Ardell. Liana mengangguk sambil tersenyum kecil.

"kalau aku takde nanti, jangan monyok-monyok pulak muka tu. Aku sayang kau tau! Kalau Luq ada kacau kau, bagitahu aku, nanti aku WWE dia..." sambung Ardell. Ayat terakhir diperlahankan lalu tersenyum nakal.

Liana ketawa kecil.

"ada-ada je kau ni, ish!" marah Liana. Marah-marah manja je.

"kau senyum kan cantik. Aku pergi dululah. Jangan gaduh-gaduh eh. Bye, assalamualaikum..." pamit Ardell. Mereka bersalam dan berlaga pipi.

Ardell beredar meninggalkan mereka berdua.

Ting!

Luqman membuka telefonnya. Mesej daripada seseorang ditekan.

012 *** ****

Angella Penthouse, tingkat 65. Buat macam rumah sendiri tapi jangan rosakkan barang dalam rumah tu tau.

Barang basah semua dah ada. Kau jangan risau. Yang penting jaga Liana baik-baik!

Okaylah ciao! Save number aku ni tau!

Luqman menggelengkan kepala. Tahu sangat gerangan yang menghantar mesej kepadanya itu.

"awak...kita nak duduk dekat mana nanti?" soal Liana takut-takut.

"jom ikut aku" Luqman berjalan terlebih dahulu ke hadapan.

√√√√√

Ardell asyik tersenyum sepanjang pemanduannya.

'ya Allah, kau panjangkanlah jodoh mereka. Kau lindungilah mereka. Kau peliharalah mereka, amin..'

Brek ditekan ingin perlahankan kelajuan tetapi malangnya tidak berfungsi. Ardell cemas.

"allahu, kenapa ni?" soal Ardell sendirian.

Dengan sekuat hati dia menekan brek itu.

Alat penghubung ditekan.

"Xiu tolong aku!"

Mata Ardell membuntang apabila sebuah kereta menghala daripada hadapannya.

'Allah! Kau selamatkanlah aku. Kau jagalah keluargaku...' rintih gadis itu di dalaam hatinya.

"arghh!"

Pin pin!

Dum!

Jeritan daripada alat penghubungan sayup-sayup kedengaran.

Akhirnya semua gelap.

√√√√√

Semua ahli keluarga Ardell mendapatkan Luqman dan Liana yang menunggu di hadapan ICU

"Luq! Nysa mana? Mana Nysa Luq!" soal Anyf sambil menggoncangkan badan Luqman.

"sabar Nyf. Dia masih kat dalam..." ujar Luqman lalu menolak tangan Anyf daripada bahunya.

Anyf terduduk di kerusi.

"jangan buat aku macam ni Nysa..." rintihnya lalu diraup wajahnya kasar.

Selepas beberapa minit, seorang doktor keluar dalam keadaan cemas.

"maaf. Mana keluarga mangsa cik Anysa?" soal doktor itu.

"kami, doktor..." ujar Anys bagi pihak mereka.

"macam ni. Cik Anysa dalam keadaan kritikal sekarang dan kami tak cukup darah O+. Sesiapa ada yang nak volunteer derma darah?" soal doktor itu.

"saya darah O+ doktor" ujar Anyf.

"mari ikut saya..." Anyf mengangguk lalu mengikuti doktor itu.

"anak saya bang..." rintih Puan Sri Anyra sayu.

"hey sayang. Rileks okay, Anysa akan okay. Insya Allah..." pujuk Tan Sri Arden.

Liana memandang ke arah keluarga Ardell sekilas sebelum menunduk memandang kasutnya.

'maafkan aku, ya Allah...'

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now