• S E V E N •

3.4K 219 11
                                    

Sejak tengahari tadi dia belum masuk ke kelas. Dia hanya duduk di privacy room kerana menyiasat sesuatu.

Tiada sesiapa yang dapat masuk ke sana kecuali gadis yang bernama Anysa Ardell.

Biodata pelajar

Maklumat pelajar.

Nama: Andry Karl bin Ahmad Husni
Umur: 17 tahun
Kelas: 5 flowy
Jantina: lelaki
Bangsa: melayu, australia
Agama: islam
Tempat lahir: Royal Melbourne Hospital, Melbourne, Australia
Tarikh lahir: 12/03/2003
No. I/C: 030412-xx-xxx3

Maklumat ibu bapa / penjaga.

Nama bapa: Ahmad Husni bin Saifullah
Umur: 50 tahun
Pekerjaan: ceo H.U.S Holdings
Bangsa: melayu
Agama: islam
No I/C: 700624-xx-xxx7

Nama ibu: Nur Izati Husna
Umur: 45 tahun
Pekerjaan: pemilik Iz'na boutique
Bangsa: melayu
Agama: islam
No I/C: 750320-xx-xxx6

Ardell mengerut kening memandang skrin laptop dihadapannya. Kenapa anak bangsa melayu-australia tapi mak ayah melayu je?

Something wrong somewhere...

Dia memerhati alamat rumah Karl. Dia tersenyum sendiri. Ini permulaannya!

Pagi tadi...

Sewaktu Aaden dan Anyq berlaga tangan, Ardell terpandang wajah Karl lalu matanya merayap ke bahagian leher Karl pula.

Tanda lahir bewarna biru gelap tompokan kecil. Dia mengingati perbualan ibu bapanya.

"abang, saya rindukan anak kita. Dah 17 tahun. Mana dia hilang?" soal Puan Sri Anyra dengan intonasi yang sangat sedih.

"sayang. Kita dah cuba cari dia, tapi tak dapat. Sayang ingatkan dia? Kalau abang jumpa dia suatu hari nanti, abang janji akan bawa dia ke sini..." pujuk Tan Sri Arden. Ardell yang mendengar perbualan ibu bapanya, mengerutkan kening. Anak? Hilang? Along ada je kan?

"ke aku ada abang lain jugak?" gumam Ardell.

"mana boleh sayang lupa dia. Wajah dia, tanda lahir pada leher dia, senyuman waktu tidur dia..." ujar Puan Sri Anyra dengan nada yang tersekat-sekat. Tan Sri Arden lantas memeluk isterinya itu lalu wanita itu menghamburkan tangisan di dada suaminya itu.

End flashback...

'wajah Karl seiras papa. Aku mesti cari sesuatu...' desis hati gadis itu.

Biodata Karl dicopy ke dalam pendrive milik Ardell. Dia akan sambung penyiasatan di rumah nanti.

Dia menggeliatkan tubuhnya sedikit. Lenguh kerana duduk terlalu lama.

Bebola matanya bergerak memerhati setiap inci bilikya itu. Lama sudah ditinggalkan, suasana tempat itu sedikit suram.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu bingkai besar. Gambar keluarga besarnya. Susuk tubuh seorang wanita warga emas yang tersenyum di dalam gambar itu menarik perhatiannya.

'grandma...Ell berjaya, Ell berjaya. Thank you for everything'

√√√√√

Budak lelaki kecil di dukungan Ardell terkekek-kekek ketawa kerana diagah oleh Anys. Ardell pula menahan budak itu daripada jatuh.

"Lia ada nak beli apa-apa tak? Kalau ada cakaplah, jangan risau. Akak belanja" matanya memandang gadis bertudung dihadapannya itu. Amylia tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanan yang agak dalam. Comel!

"takpe lah kak. Lia tak nak susahkan akak. Its okay duit bulanan Lia banyak lagi..." tolak Amylia sopan. Ardell tersenyum kekok. Gadis ini sangat matang dan tidak pernah menyusahkan.

"behave, boy..." tegur Amylia pada Amar yang amat buas di dalam dukungan Ardell. Amar memandang kakaknya itu lalu tersengih seakan-akan faham apa yang dikatakan oleh Amylia.

"ta-ta-ta" Amar mendepakan tangannya pada Amylia. Amylia menggelengkan kepalanya lalu mengambil Amar daripada Ardell.

"akak, Adik nak pergi popular jap. Akak jaga Amir ni..." pinta Anys lalu menyerahkan Amir pada Ardell. Mujur sahaja Amir ni behave sikit.

Pipi Amir dicubit geram. Eyy! Kenapa comel sangat ni!

"Lia. Jom jalan ii pusing mall. Akak bosanlah asyik duduk je. Amar tu pun akak tengok dah meragam..." ajak Ardell.

Amylia mengangguk.

Masing berkemas-kemas lalu terus keluar daripada kafe itu. Stroller yang diduduki Amir ditolak Ardell manakala Amar ditolak Amylia.

"akak bagitaulah Anys. Nanti dia cari kita pulak..." ujar Amylia sekadar berpesan.

"akak dah chat tadi.." ujar Ardell

Mereka terus berjalan-jalan sehinggalah Ardell ingin ke h&m.

Ardell masuk bersama Amir manakala Amylia hanya tunggu di luar bersama Amar.

Sedang gadis itu memandang sekeliling, dia tidak sedar yang dia hampir melanggar seorang lelaki dan...

Bukk!

"aduh..." berkerut-kerut wajah Ardell menahan sakit kerana punggungnya selamat mendarat ke lantai.

"i'm sorry miss. Are u okay?" soal lelaki yang telah melanggarnya. Ardell mengangkat pandangan lalu matanya membulat memandang wajah lelaki itu.

"kau!"

"kau!"

Jerit mereka serentak. Selepas itu, lelaki itu ketawa kecil.

"well..well..well budak berlagak!" sinis sahaja percakapan lelaki itu. Ardell menjulingkan matanya.

"eyy bodoh! Sakit sial punggung aku! Urghh!" marah Ardell. Stroller Amir menjadi pemegang untuk dia bangun.

"ada aku kisah? None of my business" ejek Aaden. Ya! Lelaki itu adalah Aaden.

"dah! Tepilah!" halau Ardell. Baru sahaja ingin memulakan langkah.

Lengan gadis itu ditarik lalu lengan mereka bertaut. Mulut Aaden didekatkan pada telinga Ardell. Entah syaitan apa yang merasuk Ardell untuk tidak bergerak. Gadis itu kaku sahaja.

Aaden tersenyum sinis. Kedudukan mereka sangatlah rapat. Ditiup telinga gadis itu membuatkan tubuh Ardell bergetar sedikit. Dia masih trauma atau dia sekadar gentar dengan lelaki itu?

"You can't run away, girl. once you're in my grip , you'll forever in my grip. I won't let you go. Remember Anysa Ardell..."

Aaden terus meninggalkan Ardell yang terkedu, terpaku, tergamam. Semuanyalah!

Dia mengusap dada menghilangkan resah.

'Does he know me?'

Enjoy ur reading!💛

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now