PROLOGUE

2.2K 78 0
                                    

8 tahun yang lalu...

"Are you sure you are going to do that?"

Suara lelaki dari sebelah kirinya menarij perhatian Haura yang sedang menunduk memandang sungai di bawahnya. Haura kerut dahi memandang lelaki yang berhoodie hitam itu. Wajah lelaki itu bertutup dengan mask yang hanya menampakkan matanya sahaja. Walaupun keadaan di sekeliling mereka agak samar-samar, namun Haura dapat melihat jelas ada hint koko pada mata lelaki itu.

"Apa maksud awak?" Haura bertanya tidak faham. Lelaki itu angkat kening.

"Awak nak lompat? Atau saya salah?" Lelaki itu bertanya selamba. Haura pandang lelaki itu dengan pandangan 'are you crazy?'

"No. Saya masih boleh berfikir lagi okay," ujar Haura.

"I'm glad then. Sekurang-kurangnya saya tak tambah nightmare lagi," balas lelaki itu pula. Haura sekali lagi kerut dahi. 

Lelaki itu kemudian memandang beg pakaian yang berada di sebelahnya. Satu kening terjongket.

"Lari dari rumah?" Lelaki itu meneka. Haura diam. Tidak menafikan, tidak juga dia menidakkan.

"How old are you? 13?" Sekali lagi lelaki itu berteka teki.

"No! I'm actually sixteen. And mister please mind your own business,"  kata Haura sempat menjeling ke arah lelaki itu. Lelaki itu kemudian memasukkan tangan ke dalam poket hoodieya apabila angin bertiup sempoi-sempoi ke arah mereka.

"Kena dera?" Selamba lelaki itu bertanya. Haura pandang lelaki itu dengan pandangan frust.

"No,"

"Tramautise ?"

"No,"

Haura menjawab geram. Walaupun dia tidak kenal lelaki itu dan soalan dari lelaki itu banyak mengundang rasa frust dalam dirinya, Haura rasakan dirinya tidak dapat menolak dari menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Saya tak tahu apa masalah awak sehingga awak nak lari dari rumah. But, I'm not the one to judge," lelaki itu tiba-tiba berkata. "But girl, you are just sixteen. This world is cruel. You will not survive. My advice, selagi your household selamat. Awak baliklah. Jangan buat keputusan ikut perasaan," lelaki itu memberi nasihat. Haura diam kerana dia tahu akan kebenaran kata-kata lelaki itu. Dia masih 16 tahun masih belum boleh bisa berdikari sendiri.

"Kenapa nak lari?" Lelaki itu bertanya lagi apabila Haura diam. Tanpa sedar, lelaki itu sudah berdiri 1 meter dari Haura.

"My dad wants me to be perfect. I'm not perfect," Haura balas. Suaranya sedih dicampur dengan keluhan lemah. Kali ini giliran lelaki itu pula diam.

"It's hard. Trying to be someone we don't," lelaki itu berkata seakan-akan dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Haura.

"Then let's change that. Don't try to be perfect. Be better for yourself," lelaki itu menoleh ke arah Haura. Haura mendongak pandang lelaki itu. Terpancar sinar disebalik mata yang terlindung oleh rambutnya itu. Haura ketawa kecil. Satu keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

"Saya rasa macam tak percaya saya terima nasihat daripada stranger. Padahal orang selalu pesan, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal," kata Haura tersenyum lucu. Haura kemudian membetulkan posisinya. Badannya dipusingkan ke arah lelaki itu.

"Kalau macam tu, apa kata awak je yang datang bawak saya lari nanti," Haura bercanda. Entah mengapa dia rasa selesa dengan lelaki dihadapannya itu. Walaupun dia tidak dapat melihat reaksi lelaki itu disebabkan topeng yang dipakainya, Haura tahu lelaki itu sedang senyum.

Angin yang sempoi tadi bertukar alunan disertakan dengan rintisan titisan kecil hujan. Haura mula panik. 

"Ahhh. Oh no. Hujan," Haura mula kalut.

"Takut hujan ke?" Lelaki itu bertanya. Bukan perli tapi dengan nada curious.

"I have a weak body," keluh Haura. "Kalau kena hujan sikit or even angin kuat pun, saya mudah demam atau jatuh sakit," sambung Haura lagi Lelaki itu memandangnya dengan pandangan simpati.

"Jangan pandang saya macam tu,"  Haura berkata tegas. Walaupun hanya mata lelaki itu sahaja yang kelihatan, Haura tak suka orang pandangnya tak ubah macam dia adalah manusia yang paling teranayai.

"I'm sorry,"

"Tak apa. Cuma saya tak suka orang pandang saya macam pandang anak kucing yang kena buang," Haura sempat berkias dengan nada bergurau. Lelaki itu ketawa kecil. Haura terus menarik bagasinya untuk bersiap sedia melarikan diri dari hujan.

Haura sedikit terkejut saat lelaki dihadapannya itu mencabut hoodie yang dipakainya dan hanya meninggalkan tshirt hitam di dalamnya. Hoodie tersebut diberikan kepada Haura.

"Cover yourself,"

Haura pada awalnya ingin menolak namun memikirkan keadaan tubuhnya yang mudah jatuh sakit, hoodie itu disambut jua.

"Saya rasa baik awak pergi ke tempat berteduh sekarang. Nanti call grab terus balik," ujar lelaki itu lagi. Haura mengangguk. Dia terus berlari anak ke tempat menunggu bas berdekatan. Hujan juga makin lebat.

Sebaik tiba di perhentian bas, Haura menoleh untuk memberikan kembali hoodie tersebut kepada pemiliknya. Namun lelaki itu tiada di belakangnya. Tempat lelaki itu berdiri tadi juga kosong. Tak lama selepas itu, sebuah kereta berhenti di hadapannya. Haura hela nafas berat apabila melihat gerangan yang melangkah keluar dari kereta itu bersama sebatang payung.

"Cik Haura. Dato' nak cik Haura balik sekarang,"

Haura mengetap gigi. Akan tetapi apabila dia teringatkan kembali kata-kata lelaki tadi, Haura mengalah. One day. Haura masuk ke dalam kereta.

Dari jauh lelaki itu memandang kereta yang dimasuki Haura meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

DISCLAIMER

BENDA TAK LOGIK PUN AKAN LOGIK !!

TAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI.

Not for someone who cannot tolerate

Typos
Grammar error
Tatabahasa
Language
And seangkatan dengannya

RAYYAN HAURA Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz