Bab 1

935 58 0
                                    

Haura Auliya menilik dirinya di hadapan cermin untuk kali terakhir. Dia menarik nafas dalam melihat penampilannya. Penampilan seorang ahli keluarga Kaiser. Seperti biasa, Haura selalu mengingatkan dirinya agar tidak membuat kesilapan di hadapan keluarganya ketika makan malam nanti.

Haura melangkah turun dengan hati yang berat. Kaki diatur dengan penuh elegen menuju ke dewan makan untuk majlis makan malam pada hari itu. Keluarganya mengadakan majlis makan malam untuk memperkenalkannya kepada calon-calon yang telah menarik perhatian Dato Agus Kaiser.

Tiba di dewan, semua mata memandangnya. Rupa paras Haura yang manis dan anggun dengan kulitnya yang putih melepak memang menjadi daya tarikan untuk para lelaki. Dato Agus Kaiser mengukir senyuman bangga apabila melihat Haura tiba dan berdandan seperti apa yang dimahukannya.

"My lovely daughter," Dato' Agus Kaiser terus menyambut anak perempuannya dengan senyuman lebar. Namun lain pula bagi Haura yang telah mengenali perangai sebenar bapanya itu. Dato' Agus Kaiser tidak pernah sekalipun menunjukkan senyuman selebar itu apabila tiada penonton.

"Come sit," Dato Agus Kaiser menggamit Haura duduk di kerusi yang berada di sebelahnya.

"Everyone, perkenalkan. Haura Aulia Dato' Agus Kaiser. My oldest daughter," Dato Agus Kaiser mula memperkenalkan Haura. Memperkenalkan untuk tujuan memancing bakal suami yang berpontensi untuk anak daranya itu.

"She's absolutely beautiful, Dato," salah seorang lelaki yang berada di situ memuji Haura. Haura sekadar tayang senyuman dibuat-buat. Kebas terasa pipinya. Dato Agus pula ketawa besar. Bangga.

"Indeed she is. But she's lacking something," satu suara lain menyampuk. Haura mengerling ke arah lelaki yang berada di hadapannya. Dia dapat rasakan mata lelaki itu sedang cuba mencari sesuatu pada dirinya. Haura kerutkan dahi ke arah lelaki di hadapannya itu.

Haura tidak dapat menafikan rupa paras lelaki itu yang kacak dan dapat membuatkan mana-mana perempuan jatuh suka padanya hanya dengan sekali pandang. Namun, Haura merasa dirinya kecil apabila ditatap oleh sepasang mata Hazel milik lelaki itu. Lelaki itu seolah olah cuba mengorek rahsia Haura hanya dengan sekali pandang.

Dato' Agus juga seakan akan tidak suka apabila mendengar kenyataan daripada pemuda bermata Hazel itu.

"What do you mean Engku Rayyan Izmer?" Dato' Agus bertanya dengan sedikit keras. Bukan kerana anaknya diperkecilkan tetapi lebih kepada kerana dia terasa dia disindir dihadapan tetamu yang lain.

"Jangan salah faham dengan saya Dato'. Your daughter is perfect. She just seems does not know how to smile. If she smiles wholeheartedly, I'm sure she will lighten up the whole world," Engku Rayyan membalas dengan penuh berkarisma. Dia ukir senyum segaris pada Dato' Agus. Haura pula menggigit pipi. Dia tidak suka lelaki itu. Engku Rayyan seolah olah tahu apa yang terbuku di dasar hatinya.

"Saya minta maaf kalau senyuman saya buat awak tak selesa Encik Emir. I will try my best to fix it," Haura berkata. Perasaan ditahan. Dia tidak boleh cari pasal di hadapan tetamu bapanya. Memang cari nahas. Tak pasal-pasal dirinya akan ditengking dan dimarah selepas selesai majlis

Rayyan Emir sekadar mengangkat bahu.

'Kerek'. Haura sempat mengutuk di dalam hati.

Makan malam diteruskan dengan pelbagai topik dibincangkan. Haura pula terpaksa tayang senyuman palsu sepanjang majlis. Demi menjaga nama baik Dato Agus Kaiser.

Usai makan malam, acara santai. Haura yang terasa pipinya makin kebas mula meminta diri. Haura melangkah keluar dari rumah mewah milik bapanya itu untuk menghirup udara malam yang segar. Dia duduk di atas salah satu bangku.

Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"That's sound heavy," satu suara komen. Haura automatik mencari arah suara itu. Apabila dia melihat Engku Rayyan dengan muka kerek tidak jauh dari tempat dia duduk, Haura mula bangun, ingin beredar.

"That's hurt my feeling sweetheart. Are you trying to avoid me. Mungkin saya perlu minta maaf lagi sekali pada Dato sebab telah kecilkan hati anak kesayangan dia," kata-kata Rayyan Emir itu cukup menghalang Haura daripada melangkah. Jika Rayyan betul-betul minta maaf pada Dato Agus, dia yang terpaksa menjawab dengan bapanya setelah majlis tamat. Haura berpusing ke arah Rayyan. Bibir Rayyan automatik ukir senyuman senget.

"Tak perlu. Saya tak berkecil hati dengan awak," Haura berkata dengan muka kelat.

"Kalau betul awak tak berkecil hati dengan saya, kenapa awak larikan diri bila saya tegur awak?" Rayyan Emir mencungkil. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang Haura duduk sebentar tadi. Kaki kiri disilangkan. Wajahnya tenang dan elegan. Haura gigit bibir. Diikutkan hati mahu sahaja dia berterus terang.

"You can be honest.  I am  not going to judge you," seolah olah dapat membaca fikiran Haura lelaki itu bersuara. Haura makin berjaga-jaga. Dia dapat rasakan lelaki di hadapannya itu bukan calang-calang orang. Namun entah mengapa dia tetap ingin berterus terang pada lelaki itu.

"I don't like you," Haura berkata jujur. Wajahnya serius. Engku Rayyan diam. Dia pandang Haura dengan pandangan tenang. Haura pula tayang muka tiada perasaan. Haura menduga lelaki itu akan tunjuk reaksi aggresif kepadanya namun sebaliknya Haura terkejut apabila lelaki itu mengukirkan senyuman kecil. Engku Rayyan bangun dan mendekati Haura. Haura mengundur ke belakang.

"That's the first," Rayyan Izmir berkata. Haura kerut dahi. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki dihadapannya itu. Wajahnya berkerut. Tetapi dia tiada mood untuk berbual panjang dengan lelaki di hadapannya itu. 

"Nice to meet you Engku Rayyan but I'm afraid I have to excuse myself first. My father will be looking for me soon," Haura berkata sebelum tayang senyuman nipis ke arah Engku Rayyan. Lelaki itu hanya sekadar memandangnya.

Haura terus berlalu. Wajahnya automatik bertukar kelat sebaik sahaja dia menjauh dari Engku Rayyan. Dia harap selepas ini, dia tidak akan bersua muka lagi dengan lelaki itu.

***

"Haura, daddy cari you,"  adik tiri perempuan Haura berkata dengan riak annoyed. Gadis yang muda tiga tahun darinya itu merupakan anak kepada isteri baru Dato' Agus Kaiser.

Haura tidak mengendahkan Jasmine dan terus melangkah. Seperti biasa apabila Jasmine tak puas hati dengan Haura, gadis itu cari pasal dengannya.

"Eh Haura. You jangan nak berlagak sombong sangat. You ingat semua lelaki yang datang hari ni akan jatuh hati pada you ke? Kalau bukan sebab duit daddy, diorang takkan pandang you pun," Jasmine berkata sinis. Matanya memandang Haura dengan penuh benci. Namun di sebalik kebencian itu, Haura dapat melihat api cemburu dalam mata Jasmine.

Haura ukir senyum sinis.

"Jasmine. You sedar tak apa you cakap ni. Jangan downgradekan diri you macam tu sekali. Yes, daddy I ada duit. Daddy I," Haura tekankan perkataan I. "Sekurang-kurangnya diorang masih pandang I. How about you?"

Haura berkata. Bibirnya mengukir senyum senget sebaik melihat wajah Jasmine berkerut.

"Oh, by the way Jasmine. Jangan lupa. I satu-satunya pewaris sah daddy I. Bukan you," dengan itu Haura terus berlalu untuk kembali ke dewan utama majlis.

Sepanjang majlis, Dato' Kaiser tak henti-henti memperkenalkan Haura kepada anak lelaki kawannya. Bukan setakat lelaki muda, lelaki tua yang dah kahwin pun ada. Meluat Haura dibuatnya.

Sesekali, Haura melarikan pandangan mata ke kawasan dewan dan ketika itu pandangan matanya bertembung dengan sepasang mata Hazel milik  Engku Rayyan. Engku Rayyan tidak melarikan pandangan malah memandang Haura dengan lebih yakin. Dia senyum senget.

Haura menghadiahkan jelingan sebelum kembali fokus pada perbualan di hadapannya.

Engku Rayyan Izmer is a dangerous man. Apapun yang berlaku Haura tak boleh berkait dengan dia. Itu nekad Haura.

RAYYAN HAURA Where stories live. Discover now