Bab 15

720 45 0
                                    

"Where is the ring Haura?"  Engku Rayyan bertanya serius. Haura menghela nafas lemah.

"Saya tak tahu," sekali Engku Rayyan menjeling ke arahnya. Terus terdiam Haura. Dia tidak mampu berkata lebih kerana situasi tidak berpihak di sisinya ketika itu.

"Awak in charge macam mana awak boleh tak tahu? Haura, you ask for work, I gave you the job. But you disappoint me," kata-kata Engku Rayyan bagaikan pisau belati yang menghiris perlahan hatinya ketika itu. Haura pandang Engku Rayyan walaupun saat itu dia terasa sudah mahu menangis.

"Saya dah cek semua benda sebelum Tan Sri datang. Sama ada awak percaya atau pun tak, saya tak boleh buat apa-apa. Saya tahu saya salah. Jadi awak jangan risau. Saya sendiri yang akan ganti rugi pada Tan Sri nanti," ujar Haura dengan nekad. Dia perlu yakin dia sebenarnya tidak salah. Haura juga yakin ada seseorang yang telah mengambil cincin milik Tan Sri itu. Namun, dia tiada bukti.

"I don't care about the damn money Haura. Sekarang ni saya bercakap pasal tanggungjawab," suara Engku Rayyan naik senada. Sebaik sahaja dia melihat perubahan ketara di wajah Haura, Engku Rayyan menghela nafas berat.

"Awak balik dulu. Gibran akan hantar awak," ujar Engku Rayyan sebelum memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Haura tidak membantah. Namun dia tidak pulang ke rumah bersama Gibran dia pulang sendiri.

**

Malam itu, Haura bagaikan hilang semangat. Semalaman dia memikirkan cara untuk mengumpul wang bagi menggantikan cincin yang hilang itu. Banyak kali juga keluhan terbit dari bibirnya membuatkan Haura bertambah serabut.

Keesokannya, Haura hanya duduk di balkoni biliknya sambil mengelamun. Dia tidak turun untuk sarapan. Bahkan makan malam juga sama. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Engku Rayyan.

"Cik Haura tak kerja hari ni?" Dalia bertanya. Seperti biasa setiap pagi Dalia datang untuk membersihkan bilik Haura. Haura menggeleng lemah. Dia hilang semangat. Sejak kejadian di kafe semalam, Haura rasa apapun dia lakukan akan memberikan kesan buruk pada dirinya sendiri dan juga orang lain.

"Cik Haura okay?" Dalia yang perasan perubahan mood Haura bertanya prihatin. Hampir beberapa bulan wanita itu tinggal di situ, Dalia sedikit sebanyak dapat membaca Haura.

Haura diam tidak memberi respons.

Sudah dua hari Haura terperap di biliknya. Dia tidak mahu bertembung dengan Engku Rayyan. Kali ini Haura betul-betul putus asa. Pintu biliknya diketuk sebelum Dalia menjengah masuk. Seperti biasa, gadis itu sentiasa setia membawa makanan kepadanya dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

"Makan cik Haura," Haura sekadar membalas dengan senyuman.

Dalia duduk di salah satu kerusi yang terletak di dalam bilik Haura.

"Cik Haura,"

"Kalau ikutkan hati saya kan Dalia, saya soal sorang sorang staff dekat Kafe tu. Hati saya kuat katakan, saya tahu siapa yang dah aniayai saya. Tapi nak buat macam mana, apapun yang saya buat bukannya Rayyan percaya. Saya penat dan saya malas nak bertekak dengan Rayyan,_ " Haura tiba-tiba meluahkan apa yang dirasakan pada Dalia. Dalia pula sedikit terkejut.

"Kenapa Cik Haura fikir Tuan Muda tak percayakan Cik Puan?" Dalia bertanya. Haura menghela nafas berat.

"Awak mesti tahu kan, saya dengan Rayyan kahwin bukan sebab cinta?" Dalia diam. Dia tidak berani bersuara.

"Saya rasa semua orang dekat dalam rumah ni tahu. Sebab itulah pembantu rumah semua kata saya ni cuma cagaran sementara Rayyan_" mendengar ayat itu sekali lagi Dalia lahirkan riak terkejut. Mungkin terkejut bagaimana Haura bisa mengetahuinya.

"Awak tak perlu terkejut Dalia. Saya tahu. Kalau ikut perangai saya, memang saya cilikan saja mulut mereka semua. But_ i know my place. This is Engku Rayyan's house. Even he is legally my husband but he is not officially my husband," sambung Haura lagi dengan penuh makna tersirat. Yes. Dia atas kertas dan melalui akad nikah, mereka adalah sepasang suami isteri. Namun begitu, dia tahu Engku Rayyan masih tidak mengiktirafnya sebagai isteri.

"Cik Haura terima Tuan Muda sebagai suami?" Dalia bertanya. Lantas gadis itu menutup mulutnya sendiri. Dalia memang selalu bercakap apa yang di ada si mindanya.

"No" Haura jawab jujur.

"Engku Rayyan is not the man I love,"  kata Haura lagi. Dalia pandang Haura dengan pandangan simpati. Dalam hatinya dia menyangka Cik Puannya itu sudah ada seseorang di hatinya.

"Jangan pandang saya macam tu dan jangan salah sangka. I am not in love with anyone right now. Macam perempuan lain, saya pun mengimpikan untuk berkahwin dengan orang yang saya cintai. Tapi, what a shame. I don't even know what love is,"  kata Haura lagi. Lagi sekali Dalia tayang muka sedih.

"Dah kenapa awak nak sedih?"

"Sedihla sebab ayat Cik Haura tu sedih," kata Dalia dengan sedih. Haura ketawa kecil.

"Tak payah nak sedih sangatlah,"

Serentak itu, pintu bilik Haura sekali lagi diketuk. Haura kerut dahi. Engku Rayyan melangkah masuk ke bilik itu dengan tenang.

"Esok malam kita dinner dengan auntie I," bagitahu Engku Rayyan dengan riak kosong di wajah. Haura hanya pandang sekilas ke arah Engku Rayyan. Dia tidak memberikan apa-apa respons. Engku Rayyan kemudian memberikan isyarat kepada Dalia untuk meninggalkan mereka berdua. Pada awalnya Dalia teragak-agak, namun setelah menerima jelingan amaran dari Engku Rayyan, cepat-cepat Dalia keluar

"Kenapa tak masuk kerja?" soalan Engku Rayyan membuatkan Haura mendongak ke arahnya. Dahinya berkedut seribu.

"Awak masih nak saya kerja?" Haura bertanya sedikit dingin.

"Kenapa tidak?" Engku Rayyan bertanya soalan dengan soalan. Haura genggam.jari. Engku Rayyan tak tahu atau buat-buat tak tahu.

"Awak dah lupa ke saya dah hilangkan pelanggan VVIP awak?" soal Haura sedikit sinis. Baru sahaja Engku Rayyan buka mulut hendak bersuara telefonnnya berdering. Panggilan daripada salah satu supplier mereka. Satu keluhan terlepas dari bibir Engku Rayyan.

"Jangan lupa esok," sempat Engku Rayyan berpesan sebelum keluar daripada bilik Haura.

Haura menganjing kata-kata Engku Rayyan. Rasanya malam esok akan jadi pertemuan pertama antara dia dan keluarga belah Engku Rayyan. Belum pun bermula sesi makan malam itu, Haura sudah tidak sabar untuk semuanya berlalu dengan cepat.

RAYYAN HAURA Onde histórias criam vida. Descubra agora