Bab 9

623 47 0
                                    

Haura mula rasa bosan duduk di dalam bilik. Dia perlu keluar sekurang-kurangnya untuk hirup udara segar. Dia panggil Dalia ke biliknya.

"Puan panggil saya?" Dalia laju muncul di hadapannya. Haura hela nafas berat.

"Saya bosan," Haura berkata ringkas. Dalia berfikir sejenak, memikirkan idea.

"Puan suka bunga?" Dalia bertanya dengan senyuman. Haura diam. Dia bukanlah penggemar bunga yang tegar tapi dia masih ingat lagi arwah mummynya sangat sukakan bunga. Pernah dulu mummynya miliki kebun bunga sendiri yang dihiasi pelbagai jenis bunga-bungaan.

"It's better than nothing. Saya nak keluar," kata Haura dan bangun. Dia mula mengatur langkah keluar dari bilik. Baru beberapa langkah dia menoleh ke arah Dalia yang setia dibelakangnya.

"Dalia, panggil saya Haura. Panggilan Puan macam tak kena dengan saya," kata Haura. Dalia kelihatan sedikit terkejut.

"Tapi puan_" Dalia mengejar langkah Haura.

"Tak ada tapi tapi. Panggil saya Haura.  Faham?" Haura berkata tegas. Dalia laju angguk kepala.

"Good. Now show me the way,"

Dalia terus membawa Haura menuju ke taman bunga yang terletak di belakang rumah agam itu. Agak jauh jika berjalan. Namun di sepanjang perjalanan menuju ke taman itu, jalan dihiasi dengan pelbagai tanaman dan bunga-bungaan yang indah.

"Besar jugak kawasan rumah ni," komen Haura. Dalia senyum.

"Ya betul puan_" sekali Haura melemparkan jelingan. Terus Dalia memperbetulkan panggilan "Cik Haura,"

"Kawasan rumah ni dibesarkan sendiri oleh Tuan Muda sejak dia berumur 20 tahun lagi.  Sikit demi sikit, lama-kelamaan jadilah besar ni," Dalia bercerita dengan bangga. Haura angkat kening. Dia pernah dengar bahawa Engku Rayyan merupakan salah seorang usahawan muda yang berjaya pada umur yang muda.

"Ini dia Cik Haura. Taman bunga di sini. Macam mana? Cantik tak?"
Dalia bertanya teruja.

Haura kelihatan tergamam. Pelbagai jenis bunga dengan warna yang menarik mata di hadapannya ketika itu.

"Wow," Haura terpegun sendiri. Kakinya bergerak sendiri menuju ke kawasan taman bunga itu. Matanya tertarik ke arah tompokan bunga yang pernah dilihatnya suatu masa dulu. Tangannya menyentuh lembut bunga itu.

"Calla lily," ujar Dalia dengan senyuman. Bibir Haura turut mengukir senyuman.

"My mom's favorite,_" ujarnya perlahan. Dalia pandang Haura. Walaupun di wajah wanita itu tidak tunjuk sebarang kesedihan, namun ianya jelas di mata Haura. Hati Dalia turut bersimpati.

"It's represent glory and power,"
Sambung Haura lagi. Lama mereka diam di situ.

"Cik Haura nak saya letakkan dalam bilik Cik Haura?" Dalia bertanya. Haura geleng kepala. Dalia kemudian memandang langit yang kelihatan sedikit gelap.

"Cik Haura maaf. Saya rasa kita kena kembali ke dalam. Langit gelap macam nak hujan," kata Dalia. Haura turut mendongak memandang langit. Dia bersetuju. Nampak macam hendak hujan. Lagipula, cuaca hujan dan Haura tidak seteru.

Baru beberapa langkah mereka berjalan untuk kembali ke rumah, Hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Tidak sempat mereka mencari tempat berteduh, satu badan mereka telahpun basah kuyup. Haura mula menggigil kesejukan.

**

Engku Rayyan dan Gibran baru sahaja tiba di rumah. Ketika mereka tiba di bilik pejabat Engku Rayyan, Gibran perasan hujan turun.

"Patutlah panas semacam, rupanya nak hujan," komen Gibran seraya melonggarkan tali leher dan melabuhkan punggung ke atas sofa. Automatik Engku Rayyan mengintai ke luar tingkap. Seperti yang dikatakan Gibran, hujan turun dengan lebat.

Engku Rayyan bangun dan berdiri di tepi tingkat. Ketika itu matanya menangkap bayangan dua orang wanita sedang berjalan dari taman menuju ke rumah. Dahinya berkerut cuba melihat gerangan dua wanita itu. Bila bayangan wanita itu makin mendekat, barulah Engku Rayyan dapat mengecam mereka. Haura dan Dalia.

"What are they thinking?" Engku Rayyan menggumam sendirian. Dia mencapai jaketnya yang berada di atas kerusi dan melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Gibran yang sedang enak melayani perasaan di atas sofa terpinga-pinga.

**

Haura dan Dalia selamat tiba di hadapan rumah dan berteduh dari hujan lebat. Bibir mereka juga perlahan-lahan bertukar kebiruan. Ketika itu, pintu rumah agam itu dibuka dari dalam. Automatik Haura dan Dalia menoleh. Melihat wajah tegang Engku Rayyan, Dalia terus menunduk.

Engku Rayyan terus memberi isyarat kepada pembantu yang berada di belakangnya saat itu. Pembantu itu terus menghulurkan tuala kering kepada Dalia. Dia kemudian bergerak pula ke arah Haura yang sedang menggigil kesejukan itu. Dibalut tuala itu ditubuh Haura. Haura menyambutnya dengan tenang.

"What are you thinking?" Engku Rayyan marah Haura. Haura pula ketika itu tiada mood hendak gaduh dengan Engku Rayyan. Dia betul-betul perlukan air panas untuk mandi ketika itu. Satu keluhan terlepas dari bibir Engku Rayyan. Engku Rayyan kemudian melilitkan jaket ke badan Haura.

"Elina, tolong Puan," Engku Rayyan memberi arahan kepada Elina. Mendengar nama Elina, Haura menjauhkan diri daripada Engku Rayyan.

"Tak perlu. Saya boleh naik sendiri," Haura berkata dan melangkah. Seram sejuk sehingga ke tulang dirasakan ketika itu. Tanpa sebarang amaran, tubuh Haura dicempung. Haura yang yang terkejut terjerit kecil.

"Put me down, Rayyan," Haura berkata keras tetapi Engku Rayyan buat-buat tidak dengar.

Tiba di bilik Engku Rayyan terus meletakkan Haura ke dalam bilik air. Air dalam bathtub dipenuhkan dengan air suam. Kemudian Engku Rayyan berlalu tanpa banyak kata. Haura pula terkial-kial di situ sebelum rasa sejuk mencucuk kulitnya lagi. Cepat-cepat dia merendamkan badan ke dalam air suam itu.

Usai mandi, Haura terus merebahkan badan ke atas tilam yang empuk itu. Badannya sangat mudah jatuh sakit apabila terdedah dengan hujan ataupun udara yang terlampau sejuk. Salah satu sebab, arwah mamanya tidak membenarkan Haura mandi hujan seperti kanak-kanak lain.

Malam itu, Haura mimpikan arwah mummynya. Di dalam mimpi itu juga Haura sedang demam dan mummynyalah yang menjaganya. Haura tersedar dalam keadaan mamai saat ada tangan menyentuh lembut dahinya. Haura yang baru sahaja mimpikan arwah mummynya menyangka itu adalah tangan mummynya.

"I miss you mummy,"

RAYYAN HAURA Where stories live. Discover now