Bab 5

602 50 0
                                    

"Daddy, kenapa daddy tak bagitahu I dulu pasal ni?" balik ke rumah Haura terus melepaskan amarah pada Dato' Kaiser. Dato' Kaiser memandang Haura dengan pandangan bengis.

"Kenapa daddy perlu bagitahu you? You sepatutnya tahu, tanggungjawab you adalah untuk meneruskan syarikat kita. Salah satunya dengan menyatukan group lain dengan group kaiser. Daddy tak nampak apa-apa masalah," Dato' Kaiser berkata tanpa perasaan bersalah. Baginya, Hauralah antara sebab Syarikatnya dapat diselamatkan.

"This is too much daddy. I tak pernah terfikir pun nak kahwin dengan Alec. Salah ke kalau daddy tanya pendapat I dulu?" Haura bertanya tidak puas hati. Perkahwinan itu adalah untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, Alec sudah beristeri. Apa nasibnya kalau menjadi isteri kedua?

"Haura. Tak baik cakap dengan daddy macam tu. Haura sepatutnya tahu, daddy buat semua ni untuk kebaikan Haura jugak," Datin Wanda yang nampak peluang untuk kenakan Haura menyampuk. Haura melemparkan jelingan ke arah wanita itu sebagai amaran.

"Daddy. I tak nak kahwin dengan Alec," Haura cuba berkeras dengan Dato' Kaiser. Automatik riak wajah Dato' Kaiser bertukar tegang.

"You duduk bawah bumbung daddy. Kalau you tak nak daddy cut off semua elaun you. You better dengar cakap daddy," Dato' Kaiser berkata tegas. Wajah Haura bertukar speechless. Dia tidak sangka walaupun umurnya sudah menginjak 23 tahun, Haura masih dilayan sepeti budak-budak.

"I earn the money daddy. I worked for you," balas Haura tidak percaya daddynya sanggup putuskan kewangannya yang selama ini diusahakan sendiri hanya kerana dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan daddynya.

"Yes. Tapi still my company,_ " kata Dato' Kaiser sebelum berlalu. Datin Wanda yang berada di situ tersenyum penuh riak. Baginya melihat Haura dan Dato' Kaiser bertengkar adalah satu kemenangan.

"You patut dengar cakap daddy you," sindir Datin Wanda. Haura tidak hiraukan kata-kata Datin Wanda sebaliknya dia terus ke bilik untuk melepaskan perasaan marah.

Malam itu, Haura skip makan malam. Dato' Kaiser juga tidak pedul kerana berfikir Haura tidak turun makan kerana masih protes. Apapun yang berlaku Dato' Kaiser tetap akan pastikan Haura dan Alec berkahwin. Kerana itu sahaja satu-satunya jalan untuk menyelamatkan Kaiser Group dari jatuh ke tangan Engku Rayyan Izmir.

**

"WHAT?!_"

Dato Kaiser mencerlung ke arah Engku Rayyan yang duduk tenang di hadapannya itu. Gibran pula setia di sisi bossnya. Reaksi kedua lelaki itu sangat tenang sehingga menaikkan ego Dato' Kaiser.

"You nak kahwin dengan anak I?" Dato' Kaiser tanya lagi. Engku Rayyan mengangguk tenang. Dato' Kaiser meraup kasar wajahnya. Pagi tadi, dia dikejutkan dengan kedatangan Engku Rayyan ke pejabatnya. Lelaki itu merubah keputusan untuk menuntut hutangnya dalam tempoh sebulan malah datang pada hari itu.

Engku Rayyan juga memberikan cadangan untuk lunaskan kesemua hutang Kaiser Group dengan Alpha Group.

"Kahwinkan anak you dengan I," selamba Engku Rayyan berkata.

Dahi dato' Kaiser kelihatan berkerut.

"Jasmin?"

"Oh no! Not your stepdaughter. You daughter Haura Auliya," kata Engku Rayyan. Wajah Dato' Kaiser terus bertukar marah.

"Haura dah bertunang," tingkah Dato' Kaiser.

"Tak silap I lah dato', Haura dengan Alec masih belum bertunang. Jadi, tak salahkan kalau you kahwinkan Haura dengan I? If Haura kahwin dengan I, I will consider semua hutang Kaiser group selesai,"  ujar Engku Rayyan bersandar tenang pada kerusi di pejabat Dato' Kaiser itu.

"Tapi, kalau you tak setuju. I nak tuntut hutang tu sekarang," kata Engku Rayyan dengan senyuman senget. Engku Rayyan kemudian menoleh ke arah Gibran.  Gibran menghulurkan sekeping fail kepadanya. Fail tersebut diletakkan ke atas meja Dato' Kaiser.

Dato' Kaiser mengetap gigi. Dia tahu maksud Engku Rayyan itu. Apapun keputusan Dato' Kaiser, kemenangan sudah di pihak Engku Rayyan. Sekiranya dia tidak setuju untuk mengahwinkan Haura dengan Engku Rayyan, lelaki itu pasti akan malukan dia.

"Bagi I bincang dengan keluarga Wilson dulu," Dato' Kaiser mengalah. Syarikat Kaiser group tidak boleh jatuh. Dia yakin Haura pasti faham tentang itu.

"I need black and white Dato'. You signed the paper as you agreed that I Engku Rayyan Izmir will marry Haura Auliya Dato' Agus Kaiser," ujar Engku Rayyan serius. Dia sangat tegas dengan kata-katanya. Pandangannya kepada Dato' Kaiser juga tegas.

Dato' Kaiser terus menandatangani kertas yang disediakan oleh Engku Rayyan itu. Bibir Engku Rayyan terus terangkat sebaik sahaja Dato' Kaiser menurunkan tanda-tangannya.

"I expect to meet my future wife tomorrow to discuss our wedding. Nice dealing with you Dato'. Have a nice day,_" dengan senyuman senget di bibir, Engku Rayyan melangkah keluar bersama-sama Gibran dari pejabat itu.

Dato' kaiser bersandar pada kerusi. Baru sahaja dia bergaduh dengan Haura semalam mengenai pertunangan dengan Alec. Tiba-tiba semuanya berubah.

**

"Kau yakin nak kahwin dengan Haura boss?" Gibran bertanya sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta. Engku Rayyan mengerling PA merangkap sahabatnya itu.

"Pernah ke aku tak yakin dengan keputusan aku?" Engku Rayyan bertanya balik.

"Bukan itu maksud aku, kau tak takut ke kalau Dato' Kaiser tu jadikan Haura tu sebagai spy untuk jatuhkan Alpha Group. Aku tak faham kenapa kau nak jadikan Haura isteri kau? 5 juta tu bukan sikit. Lagipun, Haura tu dahlah sombong," Gibran membebel. Engku Rayyan pula diam seketika.

"Atau_" Gibran berhenti sejenak. Engku Rayyan angkat kening. Apa lagi yang hendak dikatakan oleh Gibran.

"Kau nak gunakan Haura untuk balas dendam dekat Dato' Kaiser? Yalah, sebab dulukan Dato' Kaiser jugak jadi penyebab Alpha Group goyah. Mana tahu kau masih berdendam," ujar Gibran. Namun reaksi Engku Rayyan tetap sama. Dia tetap membisu. Pandangan straight ke hadapan. Gibran julingkan mata ke atas.

"Serupa bercakap dengan batu," rungutnya.

RAYYAN HAURA जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें