Bab 8

618 47 0
                                    

Waktu tengah hari, Dalia menjengah ke bilik Haura. Ketika itu Haura sedang duduk di atas sofa di balkoni sambil membaca buku. Pintu balkoni diketuk.

"Puan? Puan tak nak turun makan?" Dalia bertanya dengan prihatin. Termasuk hari semalam, sudah dua hari Puan Mudanya itu tidak makan.

"Saya tak ada selera," balas Haura. Bukan ego. Tapi masih awal untuknya menegakkan diri. Kalau diberitahu hal sebenar sekalipun, Rayyan belum tentu percaya padanya.

"Tapi dari semalam Puan tak makan. Nanti sakit macam mana?" Dalia berusaha untuk memujuk lagi. Satu senyuman kecil terbentuk di bibir Haura. Walaupun Dalia baru sahaja mengenalinya, gadis itu sudah mengambil berat tentangnya.

"Jangan risau. Saya dah biasa," ujar Haura dengan maksud yang tersirat. Dua hari tak makan, apalah sangat. Haura pernah dibiarkan tidak makan dalam masa seminggu kerana berat badannya naik. Hanya diberikan roti dan air sahaja. Esok waktu pergi kerja, dia singgahlah mana-mana untuk isi perut.

Dalia akur. Dia kemudian berlalu untuk mengemas dan menyapu di bilik isteri majikannya itu.

***

"Dalia," Rayyan panggil Dalia yang ketika itu baru selesai menghidangkan makan malam untuk Engku Rayyan dan Gibran.

"Ya Tuan," Dalia selalu tidak berani untuk memandang mata Engku Rayyan itu.

"Belum turun?" soalnya sepatah. Tetapi Dalia tahu siapa yang dimaksudkan oleh majikannya itu. Dalia angguk kepala. Tuan Mudanya itu melepaskan keluhan berat.

"Let her be," ujarnya sebelum melangkah.

"Er- Tuan Muda," Dalia panggil Engku Rayyan. Engku Rayyan menoleh. Kening kanannya diangkat.

"Dah dua hari Puan tak makan. Puan cakap tak apa sebab dia dah terbiasa. Tapi kalau puan jatuh_"

"Terbiasa?" wajah Engku Rayyan bertukar tegang. Dalia terus telan air liur sebaik mengesan mood Engku Rayyan berubah.

"Ya Tuan. Puan cakap tak apa, sebab dia dah biasa," balas Dalia takut-takut.  Lagi takut bila tengok muka Engku Rayyan yang dah macam nak telan orang. Ketika itu, Gibran datang sebagai penyelamat Dalia. Gibran sempat menghantar isyarat kepada Dalia supaya berlalu dari situ. Dalia pula tidak buang masa terus melangkah pergi.

"Nah. Aku ada bawakkan makanan favorite Haura. Mana tahu dia terbuka hati nak makan," Gibran menghulurkan bungkusan makanan yang dibeli kepada Engku Rayyan. Engku Rayyan kerut dahi.

"Macam mana kau tahu makanan favourite Haura?" soal Engku Rayyan curious. Gibran mendabik dada.

"Ini Gibranlah,"

Engku Rayyan menjulingkan mata ke atas. Makanan daripada Gibran itu diambil dan dia berlalu ke bilik Haura. Ketika dia masuk, Haura masih lagi di balkoni sedang membaca. Engku Rayyan berdehem untuk menarik perhatian Haura. Melihat Engku Rayyan, wajah Haura terus murung. Dia teruskan membaca.

Haura mengedut dahi apabila perasan Engku Rayyan Izmer masih di situ. Dia mendongak.

"What?" soalnya.

"Kenapa tak nak makan?"

Haura diam. Wajah Izmer terus gelap.
Rayyan meletakkan bungkusan makanan yang diberikan oleh Gibran tadi ke atas meja dihadapan Haura. Dia berpeluk tubuh. Haura pandang Engku Rayyan dengan penuh rasa annoyed. 

"Eat." Rayyan berkata tegas.

"Saya cakap saya tak lapar," Haura balas acuh tak acuh.

"Wow! Are you a robot? Boleh hidup tanpa makan. What? Are you trying to starve yourself to run away from me? Not in your dreams,. Now eat,"

"No," Haura berdegil.

Emir meruap wajah dengan kasar.

"Haura, kalau awak tak nak saya suap makanan ni mulut ke mulut. Baik awak makan sekarang. And trust me I would," ugut Engku Rayyan.

Haura tetap berdegil. Engku Rayyan menguak rambutnya dengan kasar. Bukan Haura Auliyalah kalau tidak keras kepala.

"Eat," Engku Rayyan berkata sekali lagi kali ini dengan tenang.

Haura geleng kepala. Namun belum sempat Haura buka mulut untuk menolak, perutnya berbunyi mengkhianatinya. Haura terus ketap bibir menahan malu.

"Sounds like your stomach is honest than yourself. Eat Haura. If awak tak makan, saya akan pastikan setiap kali waktu makan, saya akan tunggu awak sehingga awak siap makan. So pilih. Sama ada awak nak makan dengan aman atau nak saya teman awak,"

Nak tak nak Haura ambil juga makanan yang diletakkan di hadapanny itu. Sebaik sahaja makanan itu menyentuh mulutnya, Haura menarik nafas dalam lega.

" at least it's edible,_ " Haura memgumam perlahan membuatkan Engku Rayyan memandangnya.

"Well Engku, saya dah makan. Jadi awak boleh pergi sekarang," Haura menghalau Engku Rayyan secara halus.

"Awak halau saya?" Engku Rayyan angkat kening.

"Tak pun. Inikan rumah awak," balas Haura masih menikmati makanan yang tersedia di hadapannya. Pandangan Rayyan kemudian jatuh pada bekas yang hampir kosong itu. Dia bangun dan melangkah keluar tanpa sebarang kata. Haura pula menghembuskan nafas lega sambil menggosok perutnya.

***
Keesokkannya...

Haura melangkah menuju ke pejabat milik Engku Rayyan Izmer dengan perasaan marah. Gibran yang ketika itu baru sahaja hendak masuk ke bilik pejabat Engku Rayyan mengundur laju melihat wajah Haura Auliya yang sedang menyinga. Lebih baik kalau dia tidak masuk campur.

"Rayyan!" Haura menolak pintu besar itu dengan geram. Rayyan yang ketika itu sedang menandatangani beberapa borang mendongak.

"Where's you manner? Tak ketuk pintu dulu?"  Rayyan bertanya memerli. Haura tayang riak menyampah.

"Paku dulang paku serpih," Haura menyindir kembali. Wajahnya kemudian bertukar serius.

"Rayyan. Apa maksud awak saya tak boleh kembali kerja di Kaiser group?" Haura bertanya geram. Tiba-tiba tadi dia dapat mesej daripada daddynya yang mengatakan Engku Rayyan telah menghantar surat perletakan jawatan bagi pihaknya. Walhal dia tidak tahu apa-apa.

"As you heard. You are no longer a part of Kaiser Group," Engku Rayyan membalas dengan tenang. Dia pandang Haura yang sedang marah di hadapannya itu.

"Awak tak ada hak nak halang saya untuk teruskan kerja saya di Kaiser Group," Haura marah. Mukanya merah padam menahan amarah untuk Engku Rayyan.

"Tak ada hak?" Engku Rayyan pandang Haura dengan pandangan serius. Dia bangun, tangan diselukkan ke dalam kocek seluar. Dia bersandar di bucu meja.

"Awak lupa siapa saya Haura? I am your husband. So I have every right. You are not allowed to work at Kaiser Group. Muktamad." Engku Rayyan berkata dengan nada tegas. Pandangan tepat memandang Haura yang turut merenungnya dengan tajam.

"You are too much,_" kata Haura dengan perasaan benci. Awal-awal kahwin lagi, Engku Rayyan sudah mengatur hidupnya. Mungkin benarlah apa orang kata, Engku Rayyan kahwin dengannya sebab ingin balas dendam pada Dato' Kaiser.  Dengan itu, Haura mengatur langkah meninggalkan pejabat dengan perasaan marah. Gibran yang ketika itu berada di luar pintu sedang mencuri dengar perbualan mereka terperanjat apabila pintu dibuka secara mengejut. Cepat cepat dia cover line pandang tempat lain.

RAYYAN HAURA Where stories live. Discover now