77 - new year edition

15.2K 1.7K 256
                                    

Amirah, Fahri dan Zennirah meluangkan hujung minggu tahun baru di rumah mak ayah Amirah.

Rumah mak ayah Amirah full house. Ibu ayah, Adib, Aniq, Alifah dan family dia semua ada.

Setiap kali Fahri berjumpa dengan birasnya, abang Azri, Fahri sokmo rasa insecure.

Suami kakak ipar dia tu peramah orangnya, dan ibu memang berkenan sangat dengan dia. Nak dibandingkan dengan Fahri, ibu lagi banyak bercakap dengan abang Azri. Tambahan pulak abang Azri tu pandai berjenaka.

Pertandingan antara menantu jadi lebih sengit apabila abang Azri dan kak Lipa tengah tunggu masa je untuk anak kedua mereka keluar. Manakala Fahri dan Amirah masih mahu berjinak dalam dunia keibubapaan.

Apalah. Selalunya perempuan yang gigih nak tarik perhatian mak mentua, tapi Fahri ni terbalik pulak. Tulah, siapa suruh pendiam sangat.

"Kenapa tak tidur lagi?" Fahri dikejutkan dengan satu suara yang amat dikenali ketika dia sedang minum air di dapur pada pukul 12 tengah malam.

"Entahlah." Fahri menjawab kemudian mengisi cawan kosongnya dengan air, lalu menghulurkan kepada isteri.

Amirah mengambil cawan itu lalu meneguk air sejuk di dalamnya. Mungkin pernah bagitau sebelum ni, tapi setiap kali Amirah dan Fahri tidur di rumah ibu ayah, mereka perlu tidur asing; perempuan dalam bilik, lelaki di ruang tamu. Pertemuan mereka berdua malam itu hanya kebetulan sebab kedua-dua dahaga.

"Awak?" Fahri bertanya Amirah.

"Takleh tidur." Amirah menjawab, "Jom lepak."

Fahri mengerutkan kening mendengar ajakan Amirah.

"Katne?"

"Padang je. Jom jom."

"Zennirah?"

"Dia tidur. Takpe, kak Lipa boleh back up. Hehehe." Amirah mula tersenyum nakal.

🌊

Tak jauh dari rumah mak ayah Amirah, terdapat satu padang luas khas untuk aktiviti rekreasi.

"Wii!" Amirah menjerit perlahan sambil memijak rumput.

Fahri tersenyum melihat isterinya dengan riang berlari anak menuju ke tengah padang. Sesampainya di situ, Amirah membentangkan tikar piknik yang dia bawa.

"Cepatlah sini!" Amirah menggamit tangannya menyuruh Fahri percepatkan langkah. Fahri pun akur lalu menghubungkan tangannya dengan tangan Amirah apabila jarak antara mereka semakin dekat.

Tanpa berkata apa-apa, mereka mula menyelesakan diri baring di atas tikar lalu termenung kosong ke arah langit malam yang berwarna hitam itu. Bulan penuh dan langit ditaburi bintang membantu menghidupkan suasana malam.

Selepas menungan terhenti, Fahri menyoal Amirah yang sedang berbantalkan lengan atasnya, "Kenapa awak tak tidur lagi?" Pelik sebenarnya apabila Amirah masih terjaga pada waktu itu.

"Excited kot sebab nak tahun baru dah." Amirah merapatkan lagi jarak di antara mereka sehingga dia akhirnya merehatkan kepala di atas dada Fahri.

Fahri mengerutkan kening. Ada ke orang excited sebab nak masuk tahun baru? Buat apa nak excited? Dia rasa semua tahun sama je.

"Awak lak kenapa takleh tidur?"

"Hm, saya terfikir macam mana nak jadi menantu kesayangan ibu." Fahri berterus terang.

C | CuddleWhere stories live. Discover now