22 - kawan sekerja

29.1K 2K 177
                                    

"Riri~~, nak tahu tak?"

Fahri mengangguk.

"Nanti untuk projek akan datang, bos lantik saya untuk jadi leader."

Fahri membuat muka terkejut. Lalu dia tepuk tangan.

"Hehe, tapi projek kecik je. Tunggu saya jadi CEO baru saya handle projek besar."

Fahri mengangkat ibu jarinya untuk menunjukkan thumbs up.

"Tapi, entahlah, Ri. Rasa macam banyak pressure je."

Fahri menggeleng kepala lalu berkata, "Jangan camtu."

"Kenapa?"

"Bos awak lantik awak sebab dia percayakan awak."

Aku tersenyum mendengar kata-kata semangat Fahri, "Hmm, betul jugak."

"Apa-apa pun, tahniah." Fahri menepuk lembut kepala aku.

"Terima kasih."

🍰

Keesokan hari

"Amirah, pukul 10 nanti ada meeting dekat ofis MX Engineers untuk tunjuk proposal projek baru tu. Saya nak kamu dan Aimi ikut." Bos aku mengarah aku. Aku pun akur je. Takkan nak melawan pulak.

Tapi aku rasa macam ada tak kena.

Hm, apa dia eh?

Oh! Baru aku ingat. MX Engineers tu nama company Fahri kerja!

Eh, tapi kenapa aku kena pergi ofis dia pulak? Company dia ada kena mengena dengan projek baru ni ke?

Aku mesej Fahri yang aku akan ke ofis dia. Tapi dia bagi emoji 🍃 je. Apa yang dia nak cuba sampaikan pun aku tak tahu.

Sesampainya kami di tempat meeting, kami masuk ke dalam bangunan company tu. Aku pergi ke kaunter pertanyaan dengan hati yang berdebar.

Belum sempat aku bertanya apa-apa, perempuan kat kaunter tu tanya aku, "Nak jumpa Aidan ke?"

Huh? Kenapa dia tanya camtu?

Selepas aku melihat wajah tu untuk beberapa saat, barulah aku teringat. Ini Maisarah tuan kucing hari tu (refer chapter 3). Tak sangka dia ingat muka aku.

Cepat-cepat aku jawab, "Tak. Kami ada meeting dengan err.. Encik Kamarulzaman."

Maisarah mengangguk, "Oh, cik dari syarikat H Consult ke?"

"Ya."

"Boleh ke meeting room dekat level 2." Maisarah memberitahu sambil memberi kami access card.

Aku, Aimi dan bos aku masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 2.

"Siapa Aidan?" Aimi membisik di telinga aku.

Aku hanya mengangkat bahu. Panjang ceritanya.

🍰

"Mulai minggu depan, pekerja-pekerja yang terlibat dengan projek ni akan bekerja di sini buat 2 bulan, ok? Kami akan sediakan tempat." Kata pengarah projek yang bernama Kamarulzaman tu.

"Saya Kamarulzaman, saya akan observe kerja kamu dari masa ke masa. Dan di sini saya kenalkan Encik Aidan yang akan guide team kamu dalam projek ni." Kamarulzaman berdiri di sisi Fahri.

C | CuddleWhere stories live. Discover now