30 - suami isteri

27.6K 1.9K 107
                                    

Hari ini suasana di ofis sangat tegang. Sebab apa? Sebab hari ini merupakan due date bagi projek yang sedang kami jalani.

Bila semua dah habis buat kerja, aku dan Fahri selaku team leader mengumpul dan menyusun kerja tersebut dan hantar kepada client.

Selepas hantar, semua staf yang terlibat dengan projek tu berkumpul.

Semua orang sedang memberi perhatian penuh kepada kami.

"Tahniah semua. Contract ni dah habis! Lepas habis kerja kita akan celebrate di Sushi King!" Aku memberi ucapan.

Semua orang bersorak gembira. Selepas ni dorang boleh rehat sekejap. Takde dah overtime. Takde dah kerja waktu weekend. Takde dah tidur di ofis. Semuanya berasa lega.

Aku dan Fahri saling berpandangan antara satu sama lain. Fahri mendepakan tangannya. Aku tersenyum lalu memeluk Fahri erat. Bukan peluk macam kekasih, tapi peluk macam kawan.

"Eh?" Semua pekerja memandang pelik.

Aku meleraikan pelukan dan tergelak, "Oh, lupa nak bagitahu. Saya dan Aidan ni sebenarnya suami isteri."

🍣

"Betullah dia suami kau!" Aimi berkata dengan teruja ketika kami makan sushi. Aku duduk dengan kawan sekerja aku. Fahri pun duduk dengan kawan-kawan dia.

"Hahaha! Tak sangka, kan?" Aku tergelak.

"Serious aku tak sangka, weh! Ya Allah ramai-ramai orang, dia jugak suami kau?"

"Kenapa pun?"

"Tak adalah. Haih, aku sumpah rasa amazed gila tak tahu kenapa. Kira kebetulan lah ni korang jadi team leader sama-sama?"

"Bukan kebetulan."

"Dah tu?"

"Takdir." Aku tersenyum nakal.

Aimi membalikkan mata. "Amirah, aku ingatkan dia jiran kau do."

"Huh? Kenapa camtu?"

"Sebab korang balik rumah sama-sama setiap hari. "

"Kenapa tak assume kitorang dah kahwin?"

"Aku tengok kau je yang selalu drive kereta. Aku ingatkan kau tumpangkan dia guna kereta kau."

Aku tergelak. Reaction staff kerja selepas aku membongkarkan relationship aku dengan Fahri tadi semua kelakar. Ada yang terkejut, ramai yang tak sangka, ada yang cakap "La, patutlah teamwork dorang bagus." "Patutlah rapat semacam." Patutlah itu. Patutlah ini.

"Lagi satu, Amirah. Aku tak sangka dia tu suami kau sebab dia tu pendiam sangat. Aku tak sangka dia dah kahwin." Aimi menambah.

"Hehe, tapi dia cute." Aku tersenyum sambil memandang Fahri di meja sebelah sana, khusyuk sedang membancuh teh hijau dalam cawan.

"OMG." Aimi mengetap gigi. "Jadi, dialah husband handsome kau tu?" Dia bertanya lagi.

"Yes!"

"Setiap kali kau keluar ofis, kau jumpa dia ke?"

"Yes!"

C | CuddleWhere stories live. Discover now