34 - ps5

23.4K 1.8K 202
                                    

Fahri melihat bungkusan di tangannya itu. Sekarang waktu lunch hour tetapi dia sanggup balik ke rumah berbanding makan semata-mata kerana bungkusan ini.

Fahri menelan air liur. Dia menyorokkan bungkusan itu di atas almari. Dalam hatinya berdoa, semoga dia tak terkantoi dengan isterinya.

"Honey, what's this?" Amirah memegang bungkusan itu sambil mukanya berkerut memandang Fahri.

Nampaknya nasib Fahri sangat malang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tapi, mungkin Fahri tak cukup pandai sorokkan barang sebab tu dia jatuh awal-awal.

Fahri menjawab, "PS5..."

"Huh?"

"Itu PS5."

"Saya reti baca, Ri. Tapi kenapa benda ni ada kat rumah kita?"

"..." Fahri tak tahu nak cakap apa.

"Fahri." Amirah berkata dengan tegas.

"Saya pre-order... Saya lupa nak bincang dengan awak lepas tu. Tup tup dah sampai." Fahri mula meluahkan rahsianya.

"Bukan ke benda ni ada kat rumah mak ayah saya?"

"Takkanlah saya nak ke rumah mak ayah awak semata-mata untuk main game? Lagipun, kat rumah mak ayah awak tu PS4..."

"Ada beza ke?"

Fahri mengangguk.

Amirah mengeluh, "Berapa harga benda ni?"

"Rahsia." Berani mati Fahri ni pergi jawab camtu.

"Excuse me?"

"Ini guna duit saya, kan?"

"...Are you serious?"

"Huh?"

"Tak cukup ke PC tu untuk awak?"

"...Amirah, saya nak ambik kotak ni boleh?" Fahri dengan perlahan mengambil kotak PS5 dari tangan Amirah. Dia bukan sengaja tukar topik tapi takut dibalingnya kotak itu kalau Fahri buat Amirah rasa nak mengamuk.

"Dahlah tu, saya malas nak gaduh dengan awak. Awak buatlah apa yang awak nak. Buat macam awak tinggal sorang-sorang dalam rumah ni." Amirah memberi kotak itu kepada Fahri lalu berjalan ke arah bilik tidur.

Fahri mengeluarkan keluhan. Dia berjalan untuk mencapai kunci kereta lalu berkata kepada Amirah, "Nak keluar sekejap."

"Keluarlah. Tak kisah pun."

Dan dia keluar.

"Wow, kau ni boleh tahan bengap jugak eh?" Irsyad tergelak mendengar luahan hati seorang sahabat.

Fahri mengangguk, kepala dia direhatkan di atas tangan yang terletak di atas meja restoran mamak tu.

"Kau betul-betul lupa nak bagitahu dia ke?" Irsyad tanya.

C | CuddleUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum