H e r o & H a y l a

100 4 0
                                    

Siapa percaya pertemuan singkat dengan orang yang tepat bisa meninggalkan ingatan yang indah.

Pada mulanya, Hero Zahin tidak pernah mempercayai apa itu cinta. Sedikitpun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencintai dan dicintai. Impiannya hanyalah satu— merealisasikan segala hasrat untuk memajukan kampungnya satu hari nanti.

Sehinggalah satu saat kedatangan Puteri Hayla yang merupakan anak kepada pemilik tanah di kampungnya ini telah membuatkan hati lelakinya terpaut dengan gadis itu. Siapa sangka persepsi Hero terus berubah setelah kehadiran Hayla di dalam hidupnya. Laut menjadi saksi hubungan di antara dua hati bersatu.

Tapi jauh di sudut hati, mana mungkin gadis seperti Hayla yang mempunyai segalanya dalam hidup mahu hidup bersama dengan lelaki biasa yang tak mempunyai apa-apa sepertinya.

"Kau perempuan yang aku tak mampu miliki, Hayla. Impian kau jauh lebih indah untuk dikejar. Jangan sesekali pertaruhkan impian kau hanya untuk sebuah cinta. Tinggalkan aku dan kau akan bahagia, Hayla." — Hero Zahin

Hero hanya punya satu pilihan saja. Namun apakan daya, Hero lebih sanggup meredah segala onak duri  dari melihat wanita yang dicintainya itu terluka lagi.

"Awak adalah satu-satunya impian saya, Hero. Walau satu dunia cuba nak pisahkan kita berdua, tak pernah terlintas dalam fikiran saya nak tinggalkan awak. Saya dah janji nak jadi isteri kepada Hero Zahin untuk selama-lamanya. Hanya awak satu-satunya lelaki yang paling saya cinta di dunia ni." — Puteri Hayla

Namun di sebalik semua itu, lagi perit untuk Hayla terima apabila orang yang paling dia sayangi selama ni merupakan punca segala malapetaka. Mampukah dua hati yang saling mencintai bersatu dan mampukah cinta mereka menjamin kebahagiaan hingga ke akhirnya?

Ini kisah tentang Hero yang sanggup berjuang untuk setia sehingga ke akhir hayat dan tentang pengorbanan Hayla demi sebuah cinta yang abadi.

C H A R A C T E R
A E S T H E T I C

C H A R A C T E RA E S T H E T I C

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.


N O T E S -

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

N O T E S -

Buat pengetahuan semua, story ni tak akan diterbitkan dalam bentuk novel mahupun ebook. Saya lebih prefer nak tulis story ni dekat Wattpad sahaja sebab bagi saya story ni memang agak 'heavy' dan mungkin boleh membuat anda semua beremosi. Read at your own risk.

G E N R E -

Romance

S T A T U S -

On - going

T I M E L I N E -

Start : 8 Januari 2022
End : -

D I S C L A I M E R -

This is my story honestly from my own ideas. Please do not plagiarism or copy any part of my story, as I have worked hard to come up with something and I wish for my readers to respect that.

D E D I C A T E D -

For the ones who wish upon a
shooting star,

The ones who smile in the face of adversity,

The ones who believe in fairytales,

The ones who aren't afraid to love.

à A Ï N Ā R Ø S É
- 2 0 2 2 -

Hero HaylaOnde histórias criam vida. Descubra agora