3🦋

195 7 0
                                    

Alamak dah lambat"kata Aleesya sambil turun tangga. Pn.Amalina dari bawah hanya geleng kepala melihat anak perempuannya itu.

" Esya mari makan"panggil mama.

" Takpelah mama Esya dah lambat ni"kata Aleesya sambil pakai stokin dengan cepat.

" Ish kamu ni kalau ye pun isilah sikit perut tu"kata mama dan mula dekati Aleesya di depan pintu itu.

"Nanti dekat sekolah Esya makan k" kata Esya setelah siap memakai kasut sekolahnya itu.

" Ha iyelah,ni mama ada bekalkan sikit untuk Esya, nanti kamu makan dekat sekolah ok?"kata mama dan hulurkan bekas itu kepada Aleesya.

Aleesya pun ambil bekas itu dan mula salam Pn.Amalina." Oky mama, Assalamualaikum"jawab Aleesya setelah salam tangan Pn.Amalina.

"waalaikumussalam"jawab Pn.Amalina.Aleesya menuju ke kereta sambil melambai Pn.Amalina. Pn.Amalina pun balas lambaian Aleesya itu. Kereta pun mula bergerak menuju ke sekolah.






Pov Aleesya

Dalam perjalanan ke sekolah,aku sempat makan bekalan yang mama berikan kepada aku. Yelah disebabkan aku terbangun lewatlah aku tak dapat nak bersarapan dengan sekeluarga hm.

" Cik, kita dah sampai"kata pak mat iaitu driver dalam keluarga aku dan telah berkerja dalam keluarga ini selama 8 tahun. Lama kan?.

" Ouh baiklah dan tolong jangan panggil saya cik just call me Aleesya or Esya okey?"kata aku sambil pandang pat mat yang aku dah anggap macam dalam keluarga aku sendiri.

" Err baiklah Esya"jawab pat mat dengan segan. Aku pun mula turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pat mat.

Oky depan aku sekarang adalah tempat aku diajari atau tempat aku belajar selama 5 tahun ini iaitu Sekolah menengah kebangsaan taman bukit indah. (author main reka je) Segala-galanya bermula dari sekolah ini.

Aku pun mula masuk ke sekolah itu dan ternampak kawan-kawan aku tengah menunggu aku di pondok sekolah. Aku pun mula dekati mereka.

"Oi lama dah ke tunggu?"tanya Aleesya.

" Takdelah, baru je ni ha sampai"kata Mia sambil jeling Aku tajam.Aku pun hanya sengih macam tiada apa-apa.

" Yang kau lambat sangat datang sekolah ni kenapa?mesti bangun lambat kan?"tanya Syafiyyah dengan mata dikecilkan.

"Memang pun tapi sekarang aku dah ada kan"kata aku.

" Ha iyelah,dah jom masuk"kata Rose. Kami pun mula masuk ke sekolah dengan gelak ketawa kami sekawan.

"Oky bye korang"kata aku dan Rose serentak sambil lambai Mia dan Syafiyyah.

" Oky bye"balas Mia dan Syafiyyah sambil lambai aku dan Rose yang masih didepan kelas ini.

" Dah jom"kata aku dan kami mula masuk ke kelas kemudian duduk di tempat masing-masing. Skip.










KRINGGG!!!

" Oky semua dah boleh pergi berehat dan macam biasa jangan lupa untuk siapkan kerja yang cikgu bagi terutama sekali kamu Aleesya, faham?"kata cikgu Hamidah dan sempat memberi amaran kepada aku. Aku pun hanya angguk sambil tersengih.

" Baik cikgu,saya akan buat tapi saya tak janji tau hehe"kata aku dan mula bangun apabila terlihat Mia dan Syafiyyah didepan kelas aku.

Cikgu Hamidah pun beri pandangan yang cukup tajam kepada aku. Aku hanya balas dengan sengihan sambil garu kepala.

Aku dengan Rose pun mendekati Mia dan Syafiyyah." Apelah kau ni Aleesya ada ke patut kau jawab macam tu dekat cikgu"kata Mia apabila aku dah sampai didepan diorang.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now