17🦋

189 8 3
                                    

Pavilion KL

"Weyh serious lah dekat sini?"

Rose melihat Mall di hadapan kami. Aku bukak seatbelt dan pandang kehadapan.

"Ye lah dah kawan kau kata Pavilion KL kan sinilah" jawab Rose dan matikan enjin kereta.

"Kau tak payah nak cakap yang kau tak nak masuk ek aku tumbuk muka kau nanti" sambung Rose dan pandang aku tajam. Dia memang dah cukup kenal Aleesya ni.Aku jeling Rose dan keluar dari kereta apabila Rose sudah keluar dari keretanya.

Oh lupa si Rose ni dah ambil lesen kereta dua minggu yang lepas walaupun umur macam kiteorang ni masih terlalu awal.

"So jom kita masuk and cari kawan kau tuh" kata Rose dan kami masuk ke dalam Mall itu. Sebelum kami masuk ke dalam aku ternampak kelibat seseorang yang seperti aku kenali.

"Ariel?"aku berhenti di belakang pemuda itu yang membelakangi nya. Pemuda itu berpaling setelah terdengar orang menyebut namanya itu. Dia terkejut.

"Aleesya?" Ariel memandang aku dengan riak terkejut. Dah kenapa nak terkejut sangat?aku nampak lain ke dari hari sebelum ni?kata hati aku.

"Hahaha ye sayalah nih. Awak tak yah lah terkejut sangat macam saya ni tertukar jantina pulak" gelak aku janggal. Ariel menggosok belakang lehernya malu.

"Hahaha maaf err jom lah kita masuk" kata Ariel dan kami masuk ke dalam. Sepanjang perjalanan kami berjalan-jalan sambil berborak dan aku sempat kenalkan Rose pada Ariel.

Kami berhenti di satu kedai atau restoran yang mewah dan semestinya mahal kan. Aku jadi segan nak masuk yelah aku ni biasa je berpakaian hari ni tapi Rose dengan Ariel berpakaian berjenama mahal. Ariel pandang aku pelik sebab aku masih statik di luar restoran mewah itu.

"Kenapa awak berdiri dekat situ lagi?jom lah masuk" pelik Ariel jadinya takkan tak suka dengan restoran ni?tapi yang ni dah kira lagi okey dari kedai makan yang lain. Aku sengih dan gelengkan kepala.

"Takpe lah Ariel, kalau awak nak makan dekat sini awak makanlah dengan Rose. Saya makan dekat kedai makan hujung sana tu ha" kata aku. Ariel ternganga tak percaya dengan apa yang yang baru dia dengar tadi. Rose di sebelah aku hanya beriak biasa.

"Dia memang macam tu tak suka makan dekat kedai mewah macam ni sebab tak standard dengan level dia" jelas Rose dan pandang aku.

"Kau tak payah mengada nak makan kat kedai lain, Ariel dah bawa sini kira bersyukur tau"selamba Rose berkata tapi ada makna yang hanya dia dan aku tahu. Tch, bersyukur konon nanti dia yang terlebih syukur dari aku.

"Err..yelah"akhirnya aku berputus-asa apabila Ariel tak habis-habis memujuk aku untuk makan di sini.
Ariel bertukar riak dari muka merayu kepada ceria. Kami bertiga masuk ke dalam restoran itu dan ambil tempat kosong yang agak tersembunyi dari khalayak ramai.

"Korang order lah dulu saya nak jawab call" kata Ariel dan terus pergi dari meja makan ini. Kami berdua hanya angguk kepala sahaja.

"Kau dah sampai ke?"tanya Ariel dalam panggilan.

"Dah,kau kat mana ni?"tanya seseorang dalam panggilan itu.

"Restoran mahal yang kita selalu makan dulu ingat?" bagitahu Ariel sambil pandang ke arah Aleesya yang tengah khusyuk berborak dengan Rose.

"Ouhh,nanti aku datang"kata orang itu ringkas dan tutup panggilan yang berhubung antara mereka. Ariel simpan telefonnya dalam poket seluarnya dan masuk ke dalam semula.

"Korang dah order?"tanya Ariel dan duduk di tengah meja. Meja tu panjang so Ariel ambil yang hujung and tengah bersebelahan dengan Aleesya. Harap korang faham lah ye.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now