10🦋

145 9 0
                                    

Di rumah keluarga Aleesya

"Terima kasih uncle sebab hantarkan saya"ucap aku dengan senyuman.

"Sama-sama"balas Mr.Mazlan dan balas senyuman aku.

"Weh besok free tak?kalau free jomlah kita lepak kejap"sempat lagi Mia ni tanya aku dengan selamba pulak tuh.

"Hm tak kut, aku ada hal sikit nak kena urus besok sorry kk"kata aku dengan serba salah.

"Takpe aku faham,okeylh aku balik dulu"kata Mia dan Mr.Mazlan yang memerhati dari tadi hanya diam.

"Uncle gerak dulu, kamu hati-hati okey?duduk dalam rumah tu jangan asyik merayap je"kata Mr.Mazlan dengan prihatin. Aku memang rapat dengan uncle Mazlan ni sejak kecil lagi.

"Okey uncle,lagipun kejap lagi si kembar tu balik jadi tiada lah saya sorang-sorang nanti"aku beri senyuman yang cukup indah kepada uncle.

"Yelah"balas Mr.Mazlan dengan senyuman.

Setelah pemergian mereka,aku masuk ke dalam rumah yang sunyi ini.

"Assalamualaikum"aku masuk dan tiada sorang pun di dalam rumah ini selain aku saja.

"Hm Amir Ammar belum balik lagi patutlah sunyi je"kata aku seorang diri dan kunci pintu rumah. Aku pergi ke atas untuk mandi dan solat Zohor.

Selepas dah siap semua tuh aku duduk diatas katil.

"Hm sunyi je rumah terasa seram pula,harap si kembar tu balik awal "kata aku sambil pandang sekeliling bilik aku takut ii ada benda muncul ke walaupun masih petang.

Aku turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk minum. Buka peti dan ambil botol yang berisi air jus oren.
Aku tuang air itu ke dalam cawan dan terus minum dengan sedikit laju sebab aku memang haus gila sekarang.

"Haa sedapnya air ni"kata aku. Aku simpan air itu semula ke dalam peti dan pergi ke ruang tamu sementara menunggu si kembar tu pulang.

Semasa aku sedang happy berbalas chat dengan kawan-kawan, aku terdengar bunyi bising di luar seperti ada orang yang tengah cuba buka pagar rumah aku.

"Takkan Amir Ammar dah balik kut?tapi bukan diorang hari ni ada kelas tambahan ke?"kata aku dengan musykil.

TKTKTK!!

Aku semakin takut dan bulu roma aku menegak dengan tegak apabila bunyi itu semakin kuat. Aku gagahkan diri untuk tengok di luar rumah aku di sebalik langsir ruang tamu itu.Aku selak sedikit langsir itu dan terlihat tiada sesiapa di luar rumah aku.

"Hm mungkin kucing kut yang main-main dekat situ"aku fikir positif dan mahu tutup langsir tetapi aku ternampak bayang seseorang di dinding depan aku dan itu membuatkan aku semakin takut. Aku lihat bentuk bayang itu macam lelaki.

Bayangan lelaki itu makin lama makin dekat dan aku tahu makhluk itu betul-betul dibelakang aku sebab aku dengar derap kasut itu makin lama makin jelas di pendengaran aku dan berhenti di belakang aku. Setelah lama aku berdiam diri dan bunyi kasut itu pun sudah tidak kedengaran.

"Hi my girl"bisik si dia di telinga kanan aku. Aku terkejut sambil tutup mata dengan berdoa semoga aku tidak diapa-apakan.

"A-awak s-siapa?d-dan t-tolong j-jangan g-ganggu s-saya"tanya aku dengan amat ketakutan sampai gagap teruk aku dibuatnya.

"I am the man who will have you soon"kata lelaki itu dengan penuh syahdu di telinga aku.

Menggigil badan aku apabila dia cuba memusingkan badan aku kearahnya. Aku terasa nafas dia dan aku tahu kedudukan aku dengan dia rapat.

"My girl"panggil dia dengan perlahan.

"T-tolong j-jangan a-apakan s-saya"merayu aku dengan perlahan dan masih tutup mata dengan rapat.

"are you scared?"tanya si dia dan jarakkan sedikit dari aku. Aku hanya diam dan takut.

"A-awak n-nak a-apa d-dari s-saya?tanya aku masih gagap. Si dia tersenyum apabila kedengaran gagap di bibir gadisnya itu.

"I miss you,girl"kata lelaki itu dan terasa aku didalam dakapan seseorang. Aku tolak dia dengan cepat dan jauhkan sedikit dari dia dengan mata masih tertutup.

"Kenapa kau tolak aku?"kata lelaki itu dengan bengang apabila gadisnya itu menolak pelukannya. Aku tahu aku dah buat dia naik angin.

"K-kita b-bukan mahram"kata aku dan buka mata sedikit apabila lelaki itu tidak bersuara. Dia hanya diam dan pandang aku dengan tatapan tajam. Mata itu macam pernah aku lihat. Tapi siapa?

"Ceh"dengus dia kuat dan datang ke arah aku.Aku undur dan mahu lari tapi belum sempat aku buat apa-apa dia dah ada didepan aku. Aku tunduk kebawah dari pandang lelaki yang memakai mask dan topi hitam ini.

"Aku cintakan kau jadi ketepikan semua hal tu"kata dia dengan lembut sedikit. Aku mahu marah dekat lelaki tiada adab ni sebab dia cakap dah macam tiada agama nak ketepikan semua tuh.

"Listen, aku datang sini sebab nak jumpa kau dan rindu aku pada kau jadi boleh kau bagi apa yang aku nak?"kata dia dan pandang aku yang tengah tunduk itu.

"S-saya takde apa-apa yang boleh bagi dekat awak"kata aku dengan perlahan. Dia senyum sinis dan dekatkan sedikit jarak antara aku dan dia.'Ish dah kenapa laki ni nak rapat-rapat ni Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini'kata aku dihati.

"Then, give me your hug"bisik dia dengan sangatlah romantis. Aku terkejut dengan permintaannya dan cuba tolak dia dari dekat dengan aku tapi tidak sedikit pun dia bergerak dari kedudukan sekarang.

"Tak nak peluk? it's okay biar aku yang peluk kau"dia terus tarik aku dan peluk aku dengan erat. Aku meronta dalam pelukan itu. Akhirnya terkeluar juga air mata aku yang dari tadi aku tahan dan ia mengalir di pipi aku. Dia perasan akan itu dan terus lepaskan pelukan itu dan pandang aku dengan dalam.

"don't cry"dia lapkan air mata aku dengan jari telunjuknya.Aku tepis tangan dia dari terus lap air mata aku.

"J-jangan b-berani sentuh saya"kata aku dengan serak. Lelaki itu pandang aku dengan sangatlah tajam.

"Okey,aku akan lepaskan kau kali ni tapi lain hari aku takkan lepaskan kau lagi,my girl"kata dia dan pergi dari situ.Setelah kelibat dia hilang dari pandangan aku,aku duduk di sofa ruang tamu itu.

"Siapa lelaki tu?kenapa aku macam pernah dengar je suara lelaki tu?aku pernah jumpa dia ke?"tanya aku yang masih teringat akan kejadian tadi.

'aku harap aku takkan jumpa lelaki itu lagi'kata aku dalam hati.

"Assalamualaikum"si kembar masuk setelah memberi salam dan lihat kakaknya yang tengah termenung di ruang tamu itu.

"Kak"panggil Amir. Aleesya masih belum sedar akan kehadiran adiknya itu.

"Kakak!!"panggil Amir dengan kuat dan itu berjaya membuat Aleesya sedar dari terus ingat kejadian tadi.

"Eh bila korang balik ni?tak perasan pun aku"tanya aku dan pandang si kembar itu yang tengah duduk di depan aku.

"Baru je, memanglah kau tak perasan dah kalau kau termenung je sampai aku panggil pun kau tak sedar"kata Amir. Aku hanya sengih apabila Amir pandang aku.

"Kau asal termenung kak?ada apa-apa yang terjadi ke dekat kau?"tanya Ammar dengan risau.

"Er takda papelah,aku okey je"balas aku sambil garu kepala.

"Yelah tuh"kata Ammar. Amir disebelahnya pandang aku dengan dalam sebab dia tahu kakaknya itu ada yang tak kena.Dia kenal Aleesya itu macam mana tapi tak mengapalah dia tak nak paksa kakaknya itu buka mulut pasal itu.

"Yee,dahlah korang pergi lah mandi solat semua tu lepastu turun makan"kata aku cuba untuk elakkan si kembar ini musykil dengan kelakuanku tadi.

"Hm yelah kami naik dulu, kau tu jangan sambung termenung pula kang aku kena pergi ambik speaker pula bagi kau sedar"kata Amir dan mereka terus naik ke bilik masing-masing. Aku jeling mereka yang sudah naik itu.























Siapa lelaki itu? Adakah Aleesya kenal? Sila sambung baca story ini jika mahu tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

jangan lupa
-komen
-vote 👇
Dah?terima kasih sangat²😊

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now