4🦋

158 6 0
                                    

Setelah 5 minit berada di dalam kereta,aku keluar dari kereta apabila telah sampai di depan rumah aku. Aku ni takdelah kaya sangat macam kawan-kawan aku yang lain tapi kalau aku kaya pun duit dari mama abah aku juga, jadi siapa yang kaya?.

"Terima kasih pat mat"ucap aku sambil beri senyuman yang manis kepada Pat mat.

"Sama-sama cik Esya"balas pat mat masih dengan panggilan 'cik' itu tapi aku tak kesah.Aku pun masuk ke dalam rumah dan buka kasut sekolah sebelum masuk.

"Assalamualaikum"Pn.Amalina yang tengah tonton tv di ruang tamu mengalihkan pandangan ke gerangan yang memberi salam itu.

"Waalaikumussalam,haa Esya baru balik?"tanya mama dan aku pun mendekati mama diruang tamu itu.

"Haah mama,baru je sampai ni ha"jawab aku dan duduk disebelah mama.

"Esya nak makan ke?atau nak mandi dulu?" Mama pandang aku sekilas dan sambung tengok cerita di tv.

"Esya nak mandi dulu lah sebab dah bau kepam ni,mama nak bau?"kata aku dan dekati mama lagi.

"Ish kamu ni,mama dah mandi tau jangan nak dekat dengan mama"kata mama dan jauhkan diri sedikit dari aku duduk sekarang.

"HAHAHA, Esya gurau jelah mama.
Tak pernah lagi tau Esya bau kepam- kepam ni"gelak aku kuat sampai abah yang diatas mula turun apabila terdengar bunyi bising di bawah.

"Apa yang kecoh sangat ni?Esya?bila balik?"tanya abah iaitu En. Anaqi dan duduk di sofa yang lagi kecil dari sofa yang lain.

"Hehe,baru je ni ha Esya sampai. Ok lah abah, Esya naik atas dulu"pinta aku dan abah hanya angguk sahaja.

Aku naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.Aku pun buka tudung dan terus masuk ke dalam bilik air.

10 minit berlalu dan aku pun keluar dari tandas dan terus ke almari untuk memakai baju. Selepas itu,aku turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarga.

"Ha turun pun anak dara sorang ni,dah mari sini tolong mama sikit"kata Pn.Amalina dan terus masuk ke dapur. Aku pun ikut mama dari belakang.

"Tolong apa,ma?"tanya aku setelah sampai di dapur.

"Tolong kacau lauk dalam periuk tu
mama nak buat air sekejap"kata Pn.Amalina sambil kacau air.

"Baik bos"balas aku.

"Abah mana, ma? tak nampak pun di ruang tamu tadi?tanya aku masih kacau lauk itu.

"Ada je dekat luar tengah baca surat khabar"jawab Pn.Amalina dan jalan kearah aku"

"Oo"hanya itu aku balas

"Hm dah masak dah ni"kata Pn.Amalina dan tutup api dapur.

"Mama! Dah siap ke makan malam?"tanya Amir.

"Dah,pergilah panggil Ammar dan abah tu"suruh Pn.Amalina kepada Amir.

"Baik bos"terus berlari si Amir untuk panggil kembarnya iaitu Ammar dan juga abah.

Di meja makan

Kami semua mula makan dengan senyap selepas membaca doa yang diketuai oleh abah.

"Abah nak bagitahu sesuatu dekat kamu semua"kata abah dan kami semua mula beri perhatian kepada abah.

"Apa dia,bah?"tanya aku.

"Minggu depan abah dan mama akan pergi ke Melaka untuk kerja abah di sana jadi abah akan tinggalkan kamu bertiga di sini boleh kan?semua dah besar boleh jaga diri kan?"beritahu abah dan pandang kami satu persatu.

"Boleh tu boleh abah tapi berapa lama?tanya Ammar pula.

"Dalam 2 minggu macam tu lepas tu abah baliklah sini bukan lama sangat pun kan"kata abah.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now