7🦋

161 8 0
                                    

Shopping Mall

Setelah sampai di destinasi yang mamat ni bawa,kami pun mula turun dari kereta tetapi Aleesya masih setia di dalam kereta tanpa ingin keluar dari kereta. Alex sedar akan itu.

"Yang kau tak keluar kenapa?tanya Alex sambil lihat Aleesya yang masih tidak sedikit pun bergerak dari kedudukannya.

"S-saya bukan taknak keluar cuma.."tergantung sekejap ayat Aleesya dan itu membuatkan Alex ingin tahu .

"Cuma apa?"tanya Alex masih setia menunggu jawapan dari Aleesya itu.

"Cuma saya rasa segan nak masuk ke dalam Mall yang besar ni haa sebab selalu saya masuk Mall yang sederhana je"jawab aku dengan panjang dan pandang Alex dengan segan.

"HAHAHA, serius lah kau tak pernah masuk Mall yang macam ni?"gelak Alex dengan terkejut sebab baginya perempuan semua memang suka bab-bab shopping ni. Jadi mustahil si Aleesya ni tak pernah masuk kan?

"Erm haah,lagipun saya bukan kaya macam orang lain"kata aku sambil tunduk bawah.

Alex senyum dengan tingkah Aleesya sebab baginya Aleesya ni sangat-sangat lain dari perempuan yang dia temui. Selalunya semua perempuan yang dia temui hanyalah pandang kesempurnaan seseorang sahaja. Padahal semua orang tidak sempurna dan tidak akan ada yang sempurna.

"Aku bawa kau ke sini sebab nak kenal dengan kau lebih mendalam. Jadi jangan nak segan dengan Mall ni,dia bukan buat apa pun dekat kau"terang Alex dan terus keluar dari kereta kemudian pergi ke pintu sebelah pemandu.

"Cepat keluar"arah Alex setelah buka pintu itu.

"Tak naklah wak,kita pergilah mall yang sederhana je janganlah dekat sini"tolak aku masih tidak mahu turun.

"Aku kata turun tu turun jelah hish kenapa susah sangat kau nak dengar ni?"bengang Alex dibuatnya apabila melihat kedegilan Aleesya.

"TAK NAK,awak faham tak?"marah aku dan masih berdegil.

"Baik kau turun sebelum aku buat benda yang tak sepatutnya dekat sini"ugut Alex dengan bengang.

"Ish fine,saya turun tapi awak jangan nak apa-apakan saya ok?"akhirnya Aleesya mengalah juga dan turun dari kereta dengan muka geram.

"Turun pun, suruh turun pun payah"kata Alex setelah melihat Aleesya turun dari keretanya. Aleesya jeling Alex dengan tajam.

"Dah jom"kata Alex dan pegang tangan Alessya. Aleesya terkejut dan terus tepis tangan Alex dengan cepat kemudian pandang Alex dengan pandangan tajam.

"Kita bukan muhrim nak sentuh-sentuh" kata Aleesya dan jalan kedepan meninggalkan Alex yang masih terkesima dengan situasi tadi.

Lepas dah sedar Aleesya makin jauh darinya,Alex berjalan dengan lebih pantas untuk dapatkan gadisnya itu.

Setelah sampai disebelah Aleesya, Alex terus pegang tangan Alessya dan genggam dengan erat.

"Eh apa ni, sentuh-sentuh saya"marah Aleesya dan cuba untuk lepaskan tangannya dari tangan besar Alex itu.

"Ish lepaskanlah tangan saya ni, Alex"masih lagi meronta untuk lepaskan genggaman itu. Tetapi semakin Aleesya meronta semakin kuat genggaman itu dan susah untuk dilepaskan.

Alex yang makin bengang dengan rontaan itu terus pandang Aleesya dengan tatapan yang sangat tajam. Dan itu membuatkan Aleesya terus berhenti meronta apabila melihat tatapan tajam mata yang berwarna grey itu.

"Kau duduk diam boleh tak?"marah Alex sambil lihat Aleesya yang tengah tunduk itu.

Aleesya angguk dengan perlahan dan cuba untuk tidak mengeluarkan suara apabila terasa genggaman itu makin kuat.

"Kau dah takde mulut ke nak jawab hah"marah Alex lagi masih bengang dengan Aleesya apabila Aleesya hanya angguk tanpa mengeluarkan suara.

"B-boleh "jawab Aleesya dengan gagap.

Alex yang terdengar suara Aleesya yang macam takut dengannya itu terus mengangkat dagu Aleesya dengan jari telunjuknya. Alex pun pandang mata Aleesya yang seakan lari dari memandang matanya itu.

"Pandang aku"arah Alex dengan tegas.

Aleesya pun pandang mata Alex yang tengah melihatnya dengan pandangan tajam.

Alex senyum sinis dan mendekatkan mukanya dengan telingan Aleesya yang terlindung dari tudung shawlnya.

"Jangan melawan aku kalau kau taknak aku buat kau lebih teruk dari ni,my mistress"kata Alex dengan senyuman sinis. Dan berjalan kehadapan sambil genggam tangan Aleesya. Aleesya hanya biarkan Alex memegang tangannya dan ikut jejak langkah Alex yang sedikit besar.
















Setelah beberapa jam kami bershopping dalam mall ni,sudah tiba masanya untuk kami makan sebab daripada tadi perut ni asyik berbunyi sepanjang kami shopping tadi.

"Kau nak makan apa?"tanya Alex sambil lihat menu yang tertulis di situ.

"Erm saya tak nak makan"jawab aku walaupun sebenarnya aku lapar nak mati. Yelah aku belum makan apa-apa sebelum bergerak ke sini.

"Hrm,Just give us a set of A's, okay? then for us 2 lemon tea water"order Alex kepada pelayan yang disebelah kami ini.

"okay sir, is there anything else?"tanya pelayan itu.

Alex hanya geleng kepala sebagai jawapan pelayan itu. Pelayan itu pun pergi dari situ.

"Kenapa awak order banyak sangat?nanti siapa nak habiskan? membazir jelah"tanya aku pelik. Perut dia ni tong ke apa? Macamlah aku tak tahu set A tu apa. Kata aku dalam hati.

"Kaulah habiskan"singkat saja Alex jawab.

"Hah?"blur kejap Aleesya.

"Haih,kau jangan ingat aku tak tahu kau tu tengah tahan lapar? dari muka kau pun aku dah tahu"kata Alex dan pandang aku dengan pandangan tajamnya itu.

"Erm tapi makanan dekat sini terlalu mahal lah"kata aku sambil pandang kearah lain. Dah kenapa dia pandang aku macam tu hish tak tenang aku dibuatnya. Marah aku dalam hati.

"Jadi kau sanggup biarkan perut kau lapar dari makan di sini?"tanya Alex masih dengan pandangannya itu.

"Erm maybe?"jawab aku keliru dengan jawapan aku sendiri.

"Tak payah nak nafikan lagi,nanti makanan dah sampai aku nak kau makan apa yang aku order,faham?"kata Alex dengan tegas.

Aku hanya angguk sahaja. Beberapa minit kemudian, makanan pun sampai di meja kami.

"Thank you"ucap Aleesya dengan senyuman apabila Alex hanya makan saja tanpa mengucapkan terima kasih.

Pelayan itu hanya angguk dan balas senyuman Aleesya. Alex yang melihat mula terasa cemburu dan geram apabila gadisnya itu senyum kepada pelayan itu. 'Dengan pelayan tu kau boleh senyum secantik tu tapi dengan aku langsung tiada senyuman secantik tu'bisik hati Alex dengan api kecemburuan.'Pelayan itu pun pergi dari meja ni.

"Seronok?"

Aku pandang Alex yang tengah pandang aku dengan pandangan yang sangatlah tajam.

"Apa yang seronok?"tanya aku balik.

"Seronok bermesra dengan pelayan tu depan aku?tanya lagi Alex dengan senyuman sinis.

"Er,m-mana ada"jawab aku dengan gagap.

"Ceh, takpa aku lepaskan kau kali ni tapi sekali lagi aku tengok kau buat macam tu lagi aku tak teragak-agak untuk ajar kau dengan cara aku sendiri"kata Alex sambil pandang aku dengan senyuman bermakna.

"Faham tak?"tanya Alex dengan tegas apabila aku hanya mendiamkan diri.

"F-faham"jawab aku dengan gagap.

Kami pun makan dengan senyap hanya bunyi sudu dan garfu sahaja.
Selepas saja habis makan,kami berdua terus ke kereta untuk pulang. Di dalam kereta hanya kedengaran bunyi radio sahaja. Kami berdua hanya diam di dalam kereta kerana masih teringat kejadian yang terjadi di dalam kedai makan tadi.


















-Komen
-Vote 👇
Sekian terima kasih ☺️

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now