13🦋

148 6 0
                                    

Sampai saja di rumah kediaman keluarga Aleesya terus pergi ke arah Pn.Amalina yang tengah sedap tengok tv sambil makan keropok. Aku peluk mama dari belakang dan itu membuatkan mama terkejut hingga hampir terkeluar balik keropok yang masih di dalam mulutnya.

"Astaghfirullah Esya! terkejut mama ish kamu ni kan" mama marah sambil tepuk tangan aku yang masih memeluknya. Aku tetap memeluknya erat seperti tidak mahu lepas.

"Isya lepaslah mama ni. Mama nak makan keropok pun susah kalau kamu peluk kuat macam ni"rungut mama apabila anaknya masih degil tidak mahu lepaskannya.

"Mama lebihkan keropok tu dari anak mama ni ke?"Pn.Amalina seakan perasan yang suara anak perempuannya sedikit serak seperti baru lepas menangis?. Mama angkat muka aku dan terkejut melihat muka aku yang kemerahan lagi-lagi mata dengan hidung.

"Ya Allah sayang,kamu kenapa ni?kamu menangis ke Esya?ada apa-apa terjadi ke masa kamu keluar tadi?"tanya mama dengan risau. Aku tersenyum nipis melihat muka mama yang jelas sangat risau.

"E-esya okey je ma"balas aku sedikit perlahan. Mama masih tidak puas dengan jawapan aku dan cuba untuk bertanya lagi tapi terhalang oleh si kembar yang baru turun dan duduk di sofa berhadapan dengan kami. Mereka pelik dengan mamanya yang seakan hilang anak?risau habis.

"Kenapa ni?"tanya Amir dengan muka berkerut sedikit. Mama masih pandang aku tanpa lepas sesaat pun. Situasi jadi senyap apabila tiada sorang mahu menjawab soalan Amir.

"Kakak kamu berdua ni.."belum sempat mama mahu beritahu pada si kembar seseorang masuk ke dalam rumah dan tutup pintu rumah kemudian jalan ke arah kami dengan muka sedikit berkerut. Pelik.

"Dah kenapa semua berkumpul di sini? Amir Ammar bukan kamu berdua sekolah ke? Dan awak, kenapa muka macam risau semacam je?"tanya En.Anaqi dengan muka hairan.

"Hehe kami tak pergi sekolah sebab sekolah tutup"jawab Ammar sengih.
Abah angkat kening kanan keatas seolah meminta kepastian dari Amir. Amir angguk dengan laju sebagai jawapan.

"Abang dari mana ni?"tanya mama disebelah aku. Abah duduk di sofa yang agak kecil dari sofa yang lain.

"Awak lupa ke?kan saya dah bagitahu saya pergi jumpa kawan kejap"balas abah sambil pandang mama. Mama tersengih sambil garu kepala.

"Ada apa berkumpul ramai-ramai ni?"tanya abah lagi dan serentak semua pandang aku termasuk abah.

"Esya bagitahu mama ada apa-apa terjadi ke masa kamu keluar?jujur je kami takkan marah Esya kan abang?"tanya mama risau dan pandang abah dengan isyarat sedikit tajam. Abah yang faham dengan situasi itu hanya anggukan kepala sahaja.

"Esya takut mama"tiba-tiba terasa mahu menangis semula apabila teringat kejadian di Mall siang tadi.

"Apa yang kamu takut? bagitahu mama insyaallah kami akan tolong Esya"mama pandang aku dengan berharap aku ceritakan masalah yang terjadi pada diri aku termasuk yang lain.

Aku mengeluh dan mula beritahu masalah aku pada keluarga aku dari A-Z. Mereka terkejut dan aku menangis sambil di peluk oleh mama sama juga seperti yang lain terkejut.

"Astaghfirullahalazim siapa lelaki tu Esya? bagitahu mama sayang"tanya mama dengan terkejut.

"A-alex hks"Amir terkejut apabila terdengar nama yang seakan ia kenal.

"Abang Alex? lelaki yang ambil kau haritu dan mengaku jadi boyfriend kau?"Amir pandang aku dengan serious. Aku angguk dan pandang ke arah lain apabila mata aku bertembung dengan iris mata Amir yang sungguh tajam memanah aku.

"Kita kena report polis abang"aku terkejut dengan cadangan mama dan cepat-cepat bantah.

"No!! Jangan mama nanti makin parah sebab lelaki tu bukan calang-calang orang ma"pantas aku bantah dan geleng kepala kearah mama.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now