01

237 39 14
                                    

Februari.
2010.

6:00 am, waktu di mana segelintir penduduk di kota Seoul akan memulakan hari masing-masing. Kelihatannya, para pekerja di kedai runcit akan menjadi begitu sibuk sepanjang hari ini. Bukan seperti kebiasaannya. Mengapa? Kerana hari ini merupakan hari Tahun Baru Seollal. Banyak kerja yg harus dilakukan.

"Jay Jay Jay!"
Namanya berterusan dipanggil tanpa henti. Apa lah nasib pekerja baru.

"Jay! Lekatkan tanda harga yg baru dekat barang-barang yg aku senaraikan ni"

"Jangan lupa letak papan diskaun dekat depan barang-barang tu juga!"

"Jay! Pasang poster ni dekat depan tu"

"Jay! Sini kejap, pergi gantung banner ni dekat atas pintu tu" Sepanduk besar yg bertuliskan 'Selamat Menyambut Hari Tahun Baru Seollal' itu dicampakkan ke muka Jay dengan sengaja. Tiada hormat kepada pekerja termuda di situ.

Jay masih mampu bersabar walaupun berulang alik ke sana sini sejak tadi. Lagipun, semua kerja memang memenatkan.

Dia membawa tangga lipat ke luar kedai bagi memudahkan kerjanya menggantung sepanduk tersebut.

Beberapa orang pelanggan yg tidak mengenal erti bersabar terus masuk berpusu-pusu ke dalam. Pantang melihat perkataan 'diskaun' Ada beberapa orang tidak sengaja terlanggar tangga yg dinaiki oleh Jay dan menyebabkan ia kehilangan keseimbangan.

BUK!

Malu tujuh keturunan dan sakit badan selama tujuh hari. Dapat dia lihat pekerja yg lain tertawa ke arah dirinya. Bukan nak tolong orang bangun pun.

Dia berdiri tanpa bantuan sesiapa. Kerja sebagai pekerja baru yg tidak disukai oleh yg lain tidak mudah ya.

Jay mengangkat muka ketika seorang pelanggan berambut biru laut menapak masuk ke dalam kedai. Senyuman yg dibuat-buat dia tayangkan kepada si pemuda itu. Dia menunduk kecil. "Selamat dat-"

"Syif kau dah tamat, Jay. Kerja yg bagus untuk hari pertama" Selamba badak sahaja orang itu memintas percakapannya.

Berkerut seribu dahi Jay. Dia dapat cam siapa pemilik suara ini. "Buka facemask kau" Dia menyuruh dengan tegas.

Sempat pemuda itu mendengus sebelum menanggalkan pelitup mukanya.

"Felix? Kau buat apa dekat sini?"

'Pelanggan' yg disebut sebagai Felix itu menggulingkan anak matanya sebagai tanda menyampah. "Aku kerja dekat sini dan sekarang ni giliran aku. Jadi, cepat buka baju kerja kau tu dan keluar dari tempat kaunter tu sebelum bos nampak aku berlengah-lengah" Satu soalan dibalas dengan berbaris-baris ayat.

Jay menjeling ke atas. "Kejap" Mujur lah dia ada memakai baju t-shirt hitam di dalam, jadi boleh lah dia membuka baju kerja itu tanpa memasuki bilik.

Baju khas pekerja kedai runcit itu dicampakkan tepat ke muka kacak Felix. "Kau nak sangat kan. Ambil tu"

"Busuk lah bangang!"

Malas melayan, Jay segera mengangkat langkah kakinya keluar dari situ.

Selepas 30 minit berjalan, dia harus melewati jambatan untuk menuju ke rumahnya. Luaran Jay memang seorang yg agak dingin tetapi dia takut dengan lautan ataupun air yg dalam.

Dia menghela dan menghembuskan nafasnya cuba untuk memberanikan diri.

Paling teruk sekali, tiada lampu jalan yg terpasang di sekitar kawasan itu. Sudah lah telefonnya mati akibat kehabisan bateri. Apa lah nasib. Mujur langit belum menjadi gelap sepenuhnya. Baru 6:30 pm ya.

Jatuh dihadapan orang ramai pagi tadi sudah cukup memalukan, kenapa semua ni harus terjadi kepada dirinya lagi?

Malang sungguh Jay hari ni.

Tiada pilihan. Mahu tak mahu, dia harus melepasi jambatan itu juga. Jika tidak, mereput lah jawabnya.

Langkah kakinya yg pertama terhenti saat suara seorang gadis menangis kedengaran datang dari arah yg berdekatan.

Kakinya menggigil ketakukan. Peluh mulai turun dari dahinya ketika tangisan itu semakin kuat.

Hantu mana pula maghrib maghrib ni.

Mata dipejamkan rapat cuba untuk bertenang dan itu berhasil menghilangkan suara itu. Jay tersenyum bangga. Rupa-rupanya dia hanya tersalah dengar disebabkan terlalu gementar tadi.

Dia melepaskan nafas lega.

"Tolong saya,,"

Kali ini, suara yg sama itu kedengaran amat dekat di belakangnya. Seluruh tubuhnya menggigil. Jay perlahan-lahan cuba untuk memalingkan muka tetapi belum sampai separuh dia sudah tumbang.

BUK!

Hari Tahun Baru Seollal Jay yg pertama telah berubah menjadi Hari Jatuh Sedunia.

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now