22

100 12 0
                                    




"Kenapa kau tak siap lagi?" Soal Jay yg tiba-tiba keluar daripada bilik mandi. Tangannya bergerak laju mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Alice memandangnya keliru.

"Ada apa, encik?" Soalan dibalas demi soalan.

Jay menghentikan gerak gerinya lalu meletakkan tuala tersebut pada bahunya. Dia duduk di sebelah Alice kemudian mencapai tangan gadis itu untuk diletakkan pada pipinya. Senyuman manis terpampang di wajahnya. "Jay nak bawa Alice jalan-jalan" Terkeluar suara manjanya. Bukan setakat itu saja, dia juga menggerak-gerakkan bahunya.

Alice tertawa kecil. "Baik lah, saya akan bersiap"

"Okay!"

Di sepanjang perjalanan Jay terus menatap wajah Alice yg sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Tidak bergeming sama sekali.  Kalau kemalangan pun, rasanya lelaki ni tak sedar-sedar juga. Jay menyeluk telefon pintarnya di poket lalu menangkap gambar Alice yg sedang tidur.

"Comel" Bisiknya sambil melihat hasil gambar tadi.

Setelah itu dia mulai menjelajah foto-foto yg lain. Ada satu yg menarik perhatiannya. Foto Alice tidur di atas katil. Masih segar diingatan, waktu itu Alice jatuh sakit dan Jay menemaninya semalaman sehingga tidak pergi ke kerja. Tindakannya itu mencetuskan kemarahan daripada sang bos. Jay yg cuak mulai membuat alasan bahawa teman wanitanya sakit. Sedangkan dirinya bujang dan tinggal sendirian. Ini lah hasilnya, bukti penipuannya agar tidak dibuang kerja. Siapa sangka, pada akhirnya gadis ini tetap menjadi teman wanitanya yg sebenar.

Jay mengamati wajah Alice yg sedang nyenyak dibuai mimpi. Berdebar-debar jantungnya melihat kecantikan gadis itu. Dia meneguk air liurnya kerana terlalu gementar. Wajahnya perlahan-lahan mendekati Alice dan dia mendaratkan ciuman di pipi kanannya.

Terasa Alice mulai menggeliat, pantas dia menarik mukanya dan kembali kepada posisi asal. Dia bersandar dan berpura-pura tidur. Darah naik ke atas pipinya.

Tak lama kemudian dia membuka sebelah matanya. Terhinjut bahunya ketika melihat Alice sedang menatapnya terkejut. "Encik buat apa tadi?" Alice bertanya dengan mata yg sedikit membulat sementara tangannya berada di pipi.

"Ha? Oh, ya" Malu, Jay bercakap terbata-bata dan tidak jelas. "Bukannya kelmarin kita buat lebih daripada ini? Masa tu encik berkelakuan sangat ganas tapi sekarang malu pula" Tiada niat mahu mengusik.

Jay menggaru tengkuknya. "Alice, kita sekarang ni dekat pengangkutan awam. Tempat terbuka, jadi tak sama"

Dia mencapai tangan Alice dan menggenggamnya lembut. "Tapi pegang tangan macam ni, boleh. Kau tak kisah, kan?" Alice menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Suka"

Beberapa minit kemudian akhirnya sepasang kekasih itu tiba ke tujuan mereka. Pantai. Berbinar-binar mata kekasih Jay melihat pemandangan tempat asalnya ini. Gadis itu berlari sambil mendepakan tangannya. "Wahhhhh~"

Bibir Jay melingkung ke atas membina senyuman lebar di wajahnya. Dia berehat, duduk sambil memperhatikan karenah Alice. Melihat gadisnya tersenyum sudah cukup membuatkan dia melupakan segala masalah-masalahnya justeru membahagiakan dirinya. Tenang dan bahagia. Itu lah yg dia rasakan disaat bersama dengan Alice.

"Aku harap kau takkan pernah tinggalkan aku, Alice"

Alice melambaikan tangannya pada Jay kemudian memintanya untuk datang mendekat. Jay menurut dengan senyuman yg tak lekang daripada mulutnya, dia bangun dan secara tiba-tiba pandangannya menjadi gelap dan kabur. "Ahh" Sekelilingnya bagaikan berputar-putar. Kakinya lemah dan kepalanya sakit. Akhirnya, dia terduduk semula.

Nafasnya terasa begitu berat sekali.

Dia memegang kepalanya dan cuba untuk menenangkan dirinya yg semakin tidak bermaya. Pandangannya yg kabur perlahan-lahan menjadi jelas semula ketika melihat Alice sedang tertawa gembira bermain bersama kanak-kanak di sana. Rasa sakit yg tiba-tiba menyerangnya tadi mulai lenyap secara perlahan-lahan.

Senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Encik!"

Alice menyeru namanya sekali lagi. Namun, kali ini gadis itu berlari anak mendapatkannya. "Encik tidak mahu bergembira bersama saya?" Soalnya dengan matanya yg bersinar-sinar teruja. Jay tersenyum lalu membelai kepalanya lembut. "Kejap ya, aku pergi tandas dulu"

"Kenapa muka encik kelihatan begitu pucat sekali? Encik baik-baik saja?"

Jay menganggukkan kepalanya kerana tidak mahu merosakkan suasana sekarang. "Kejap ya? Kau pergi lah main dulu" Mendengarnya, Alice terus berlari kembali kepada kanak-kanak tadi.

Kadar pernafasan Jay tidak teratur dan semakin memberat. Badannya menggigil manakala dahinya mulai berpeluh. Dia mengangkat kakinya menuju ke tandas.

Sudah 30 minit Jay tidak memunculkan dirinya. Alice yg sibuk bergembira pun tidak berapa memikirkan soal kehilangan jejaka itu. Kebiasaan di rumah, Jay sering menggunakan tandas dalam tempoh 30 minit. Dia belum memunculkan dirinya sekarang bukanlah sesuatu hal yg merisaukan.

"Bye bye, mermaid cantik!" Rakan kanak-kanak Alice melambaikan tangan kepadanya sebelum balik.

Alice mengeluh. Sekarang hanya tinggal dirinya sendiri saja, tetapi itu lebih menyeronokkan! Dia tersenyum suka ketika air laut membasahi hujung jari telunjuknya. Dalam sekelip mata, ada sisik-sisik halus tumbuh pada bahagian yg terkena air. Dia merenung jarinya dengan pandangan yg sayu.

"Encik, saya tidak layak bersama dengan awak" Bisiknya. Air matanya menitis memikirkan bagaimana kejamnya dia pada jejaka itu.

Niatnya mendekati Jay hanya kerana dia ingin membuatkan jejaka itu jatuh cinta justeru menghilangkan sumpahan yg ada pada dirinya. Mendekati Jay hanya untuk kebaikan dirinya sendiri. Disaat jejaka itu sudah mencintainya, dia akan pergi meninggalkannya. Bukan kah itu sangat kejam dan mementingkan diri sendiri?

"Alice"

Pemilik nama itu menoleh tatkala dirinya dipanggil oleh satu suara yg sangat dia kenali. Ginevra. Air matanya dibiarkan mengalir. "Aku berjaya, ginevra"

"Aku tahu. Itu lah alasannya mengapa aku kemari. Kamu sudah lama mampu kembali ke dasar laut seminggu yg lalu lagi tetapi kenapa?" Terselit nada kecewa di dalam suara abangnya.

Alice menundukkan kepalanya.
"Kamu harus kembali ke dasar laut secepat mungkin. Kasihanilah diri kita berdua, sudah terlalu lama kita difitnah. Kami juga merindui kamu"

Suara tangisan Alice mulai kedengaran. Akhirnya, dia menganggukkan kepalanya.


❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now