11

140 25 20
                                    




Jay membawa langkah kakinya menuju ke ruang tamu mencari keberadaan Alice. Dia terus menggosok mata kerana penglihatannya yg masih kabur dan tak berapa jelas. Maklum lah, baru bangun dari tidur.

Dia menghentikan langkah dan berdiri di ruang tamu di saat melihat Alice sedang sibuk mencuba baju-baju barunya yg baru dibeli kelmarin.

"Eh? Encik dah bangun. Selamat pagi. Mana satu lebih cantik? Ini ataupun yg ini?" Alice langsung melontarkan pertanyataan itu seraya berlari anak menuju ke arah Jay. Senyuman gembira tak hilang di wajahnya.

Dua baju dengan reka bentuk yg tak sama dan warna yg berbeza di tayangkan kepada Jay. Mata jejaka itu berpindah-randah melihat dua baju itu silih-berganti.

"Aku rasa warna putih ni sesuai dengan kau" Jawab Jay tak lama kemudian.

Alice menarik senyuman manis. Dia menggangguk kecil sebelum membuka mulut. "Saya pergi mandi dulu. Mana bilik mandi?"

Jay yg awalnya menguap tadi langsung menutup mulutnya rapat.

"Dekat sebelah tandas sana. Guna je lah apa-apa yg ada dekat sana tu. Tapi, kau pandai mandi ke tak?"

Alice menjawab dengan penuh keraguan. "Em.. Saya tak pasti"

Jay mengeluh letih.

"Encik boleh tolong ajar saya mandi?"

Mahu tercabut jantungnya mendengar soalan yg tidak masuk akal daripada Alice itu. Terlompat lelaki itu dibuatnya. Muka terkejut terpampang di wajahnya. "KAU GILA?!"

"Kenapa?"

Nampaknya, perempuan ini benar-benar bukan sama seperti manusia biasa yg lain. Jay menghembuskan nafas. Apa lah nasib dia kena jaga duyung sesat ni. Pandangan mata mereka berdua bertemu kembali buat beberapa saat. Jay mengimbas gadis di hadapannya itu dari atas hingga ke bawah. "Takkan aku kena mandikan dia? Ajar satu-satu?"

Dia meneguk air liurnya. Berdebar-debar jantungnya kerana pemikirannya yg gila itu.

"Ajar lah saya" Pinta Alice lagi tanpa mengetahui apa yg ada di dalam fikiran Jay waktu ini.

".."

Orang di hadapannya itu cuma diam tanpa mengatakan apa-apa buat beberapa saat.

"..bodoh"

Membulat mata gadis itu tatkala mendengar perkataan kesat yg dilontarkan oleh si lelaki. Dalam sekelip mata saja suasana di dalam rumah itu berubah. Aura tegang dan berat terasa begitu kuat.

Jay mengangkat muka, membalas pandangan Alice dengan sorot mata yg sukar untuk dibaca. Alice mulai berasa tidak selesa dengan Jay Park yg ini.

"Encik..?"

Jay mendengus sambil mengusutkan rambutnya. "Memang bodoh. Tak tahu apa yg dia dah buat dekat aku. Dia sendiri yg akan menyesal kalau aku betul-betul ajar dia nanti"

"Saya tak dengar lah encik cakap apa"

Takut benda yg bukan-bukan bakal terjadi sebentar lagi. Jay segera menolak Alice masuk ke dalam bilik mandi. "Ish kau pergi lah mandi sendiri. Belajar sendiri. Siram badan kau lepastu gosok gigi, guna syampu dekat rambut kau, sabun badan kau tu. Pastu bilas. Senang" Lantas dia menutup pintu bilik mandi itu.

Alice yg berada di dalam hanya mampu mengedipkan mata.

Di luar, Jay melepaskan nafas lega. Dia meletakkan telapak tangannya ke atas dada.

"Aku baru teringat. Duyung tak mandi ke?"

Jay melentokkan kepala ke atas meja selepas semua pelanggan keluar. Dapat juga dia berehat akhirnya. Dia melihat jam tangannya sekilas. 5:50pm. Tak lama lagi syifnya akan tamat.

"Lama betul aku tinggalkan dia dekat rumah seorang seorang" Tuturnya tanpa sedar. Pendek kata, dia sedikit risaukan perempuan di rumah itu.

"Rasa-rasanya sekarang dia tengah buat apa?"

Pak! Terhinjut bahunya ketika Felix menepuk permukaan meja. Dengan tak tahu malunya lelaki berkepala biru itu duduk di hadapannya. "Ha! Termenung jauh fikir awek ke?"

Jay mendengus geram. Tak lupa juga untuk menjeling sepupunya itu.

"Oh ya. Siapa nama awek kau tu?"

"Woi gila. Sejak bila aku ada aw..." Muka bengis Jay tadi hilang begitu saja apabila teringat tentang apa yg telah dia lakukan tanpa sengaja. Alice sudah pun menjadi teman wanita palsunya.

Dia berdeham. "Oh. Nama dia Alice"

"Ha? Dia orang putih ke? Kenapa muka dia macam bukan orang putih? Nak kata orang Korea pun tak. Orang putih pun bukan. Nationality dia apa?"

Banyak tanya lah pula jantan ni. Nationality dia duyung.

Ikutkan hati mahu saja Jay memberikan jawapan begitu tapi apakan daya. "Dia kacukan US dengan Korea" Mula lah dia mengarut.

Felix mengangguk teruja. Tapi masih ada banyak soalan untuk Jay. "Wah! Sama dengan aku. Jadi nama penuh dia apa? Nama Korea dia mesti ada kan? Macam aku"

Jay menyumpah seranah sepupunya yg penyibuk ini di dalam hati tanpa henti. "Jangan banyak tanya"

"Eleh! Kantoi lah kau ambil gambar perempuan random dekat google kan?"

"Bukan lah gila!"

"Ha pastu? Apa nama Korea dia?" Felix sengaja mengujinya lagi.

Dan ia berjaya membuatkan Jay cuak. Agak pelik jika dia berkata Alice tidak mempunyai nama Korea. Dia mulai berfikir keras mencari nama yg sesuai untuk gadis itu.

Perwatakan dan paras rupa Alice terbayang-bayang di minda Jay sekarang. Satu nama yg benar-benar sesuai buat gadis itu tiba-tiba muncul di fikirannya.

"Cheonsa.."








"Nama dia Cheonsa. Park Cheonsa"

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now