21

103 17 20
                                    

"I love you, Alice. Aku betul-betul sayangkan kau"

Dapat Alice rasakan pipinya perlahan-lahan membahang. Tambah-tambah lagi wajah Jay sangat dekat dengannya bahkan dahi mereka sedang bersentuhan. Pandangan itu, tidak pernah dia lihat sebelum ini. Jantung Alice berdetak dengan begitu pantas sekali. Pipinya juga berubah warna menjadi merah muda.

Nafas Jay semakin memberat tatkala jari jemarinya terus mengelus lembut kuping telinga Alice. Hubungan mata mereka berdua masih kekal bertahan. "Aku harap kau tak tinggalkan aku, macam orang lain yg aku sayang buat dekat aku. Kau takkan tinggalkan aku, kan?" Lembut sekali nada dia berbicara, ais yg beku pun boleh cair.

Alice memegang dadanya sendiri. Rasanya seperti ingin gila tidak dapat mengawal detak jantungnya. "Encik.."

"Hm? Ya, Alice" Jay mengelus lembut pipi Alice yg sedang membahang itu. Jay ialah pembohong terbesar di dunia ini jikalau dia berkata tidak ingin mengecup pipi mulus itu sekarang.

Alice berhenti mengelus dadanya dan bersuara. "J-jantung saya berdegup bagai nak gila. Perut saya tidak selesa. Saya rasa seperti ingin melarikan diri sekarang tetapi entah kenapa saya tidak bisa melakukannya. Encik, saya rasa.. saya-"

Perbicaraannya tamat di situ ketika Jay mengecup dahinya lembut. Alice terpegun buat beberapa saat. Ciuman manis itu membuatkan dia semakin berdebar-debar. Tidak cukup di situ, Jay bahkan menghapus tiap ruangan di antara mereka dan mengeratkan pelukan.

Beberapa kecupan ringan dihadiahkan pada pipi mulus gadis itu.

Pada akhirnya, Alice memutuskan untuk memejamkan matanya dan menikmati detik-detik indah sekarang ini.

Di sisi lain, Felix mengintip dan memerhatikan segala aksi intim daripada Jay dan Alice. Dia tersengih kambing melihat mereka berdua. "Damn~" Dia menolak pintu perlahan, membuka ruangan untuk mempermudahkan matanya melihat situasi ini dengan lebih jelas lagi.

Berkat kecuaian dan nasib malangnya yg tidak dapat dielakkan itu, seekor lipas tiba-tiba datang mendekatinya. Terbeliak mata Felix melihat binatang itu. Mencuba sebaik mungkin untuk tidak menjerit. Apakan daya, lipas itu malah semakin laju bergerak ke arahnya dan mulai mendaki kakinya.

"AHHH!! AAAAAHHH!!" Felix terjerit-jerit dan mulai panik ketakutan. Dia terjatuh masuk ke dalam bilik di saat cuba bersandar pada pintu yg tidak terkunci itu. "LIPAS!!"

Jay dan Alice berpandangan sesama sendiri, keliru. Keluhan ringan keluar daripada mulut Jay, melihat Felix lari dan memeluknya sekarang membuatkan dia geram. "AAAHH LIPAS TU NAIK KAKI AKU!" pekik sepupunya itu.

Jay membalas pelukannya dengan erat, terlalu erat sehingga membuatkan Felix mengadu kesakitan. "Au- sakit gila!" Jay mengetap gigi lalu membisikkan sesuatu. "Kau dah ganggu moment aku dengan Alice. Kau memang sengaja kan?"

Alice cuba untuk menenangkan mereka berdua namun Felix mulai memberontak. "AH! LEPAS LAH! Aku intip korang je tapi aku tak ada niat nak ganggu, serius! Aku pun happy korang dapat kiss. Tapi lipas tu tiba--"

Pantas Jay menekup mulut Felix rapat. Alice dan Jay berpandangan sekilas. Malu.

"Aish dasar mulut kau ni"

Jay menghampiri Alice yg sedang duduk tenang di sofa sambil menonton televisyen. Dia menggaru kepalanya lalu berdehem, mengambil perhatian Alice. "Ehem"

Alice menoleh memandangnya dan tersenyum. "Encik rupa-rupanya,saya ingatkan siapa tadi" Jay menahan dirinya daripada tersengih seperti orang tidak waras. Senyuman gadis ini membuatkan dia rasa ingin gila.

Jay melabuhkan punggung di sebelahnya. "Oh.. Ya. Em, good morning. Awal kau bangun?" Dia bermain jari sambil memandang Alice dengan penuh sabar, menantikan respon.

"Tidur saya tidak nyenyak dan terganggu kerana terus memikirkan ciuman encik semalam"

Membulat mata Jay mendengar perkataan-perkataan yang dilafazkan oleh Alice sebentar tadi. "Kau masih marah ke? Sebab semalam, lepas aku halau Felix keluar dari rumah ni kau terus masuk dalam bilik" Kedengaran sedikit sedih di dalam nada suaranya. Dia menunduk.

"Kenapa encik fikir saya marah? Saya berkelakuan begitu kerana saya terlalu malu" Alice membuang pandangan ke tempat lain, tersipu malu.

Jay mengangkat wajahnya semula. "Jadi, kau tak marah? Wait, so... that means kau suka ke?" Bersinar-sinar matanya memandang Alice.

Orang yg disoal tadi hanya mendiamkan dirinya. Jay semakin merapat dan dia menyentuh wajah gadis itu lembut, membuatkan mereka berdua bertatapan. "Kau pun rasakan hal yg sama kan? Bukan aku seorang je yg ada perasaan suka macam ni"

Alice menganggukkan kepalanya perlahan. "Y-ya. Saya pun sukakan encik"

Jay tersenyum manis. Ibu jarinya mengelus lembut pipi Alice sebelum merapatkan wajah mereka berdua perlahan. Alice memejamkan matanya rapat, sedia untuk menerima.

Tiba-tiba perut Jay berkeroncong kelaparan membuatkan pergerakannya terhenti serta-merta. Pantas Alice membuka matanya.

"Encik belum sarapan?"

Pipi Jay semakin merah bak tomato. Memalukan. Dia memaksa dirinya untuk tertawa. "Hahaha perut aku suruh sarapan dulu" Dia bingkas bangun dan memasang niat untuk lari secepat mungkin.

Tiba-tiba Alice mencapai tangannya dan merengkuh tubuh Jay mendekat. Lantas, dia menghadiahkan sebuah kecupan ringkas pada pipi lelaki itu. Dan tindakan Alice itu berjaya membuatkan dia berdebar-debar.

Mereka merenung ke dalam iris mata masing-masing dengan kadar degupan jantung yg semakin kencang.

"Alice.."
Empunya nama itu mendongak kepadanya dengan pandangan yg sukar ditafsirkan. Dapat gadis itu lihat bagaimana wajah 'kekasihnya' semakin mendekat. Itu lah pandangan terakhir sebelum dia memutuskan untuk memejamkan matanya dan menikmati detik-detik di saat ini.

dah lama tak menulis so otak aku loading sbb lama nak ingat perkataan-perkataan HAHAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dah lama tak menulis so otak aku loading sbb lama nak ingat perkataan-perkataan HAHAHA. sorry klu penulisan aku macam pelik semacam. also sorry sbb baru ada masa nak update.

:(

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now