15

86 26 13
                                    


"Ginevra.." Alice menemui abangnya di jambatan yg berdekatan rumah Jay secara senyap-senyap. Ternganga luas mulut abangnya melihat perubahan di wajah Alice itu.

"Sepertinya, pemuda itu mulai mencintai kamu secara perlahan-lahan. Teruskan apa yg kamu sedang lakukan, Alice"

"Aku cuma takut jikalau ekor ku tiba-tiba muncul ketika aku berada di daratan" Mulutnya dimuncungkan seperti menahan tangisannya. Ginevra tertawa kecil. "Hal sebegitu tidak mungkin terjadi"

"Walaupun sumpahan itu hilang satu hari nanti, kamu akan berubah menjadi duyung apabila masuk ke dalam air dengan sendirinya dan pada saat itu kamu tidak sama dengan duyung yg lain. Kamu menjadi separuh manusia dan separuh duyung. Bisa hidup di daratan dan di dasar lautan"

Alice mati kata setelah mendengar penjelasan daripada abangnya. Air mata yg ditahan sejak tadi mengalir juga akhirnya. "Eee Alice tak mahu menjadi kacukan seperti Felix" Dia menangis membuat bunyi yg kuat mengalahkan kanak-kanak.

"Eh siapa Felix?"

"Dia kacukan Avatar"

"Apa tu?"

"Sudah lah!" Alice mengelap air matanya menggunakan lengan gaunnya. Ginevra menggelengkan kepalanya. Letih melayan karenah adiknya yg cengeng ini.

"Jangan risau, Alice. Sedikit lagi, kamu dapat kembali sama seperti yg dahulu. Sudah terlalu lama aku berada di daratan. Aku pulang dulu" Pamit si abang kemudian beredar dengan segera.

"Aku dah balik" Perkataan pertama setiap kali Jay menginjakkan kaki pada lantai rumahnya sendiri. Hairan Alice tidak datang meraihkan kepulangannya. Kebiasaannya, waktu begini gadis itu sudah berlari mendapatkannya.

Jay menapak masuk ke dalam. Mencari keberadaan Alice. Dia mengeluh kecil. Ternyata dia tertidur di hadapan televisyen sekali lagi. Jay menggelengkan kepalanya sebelum mematikan suis televisyen tersebut.

"Alice?" Bahkan menyebut nama gadis itu saja bisa membuatkan jantungnya tak keruan. Berdebar-debar rasanya. "Aku ada belikan burger untuk kau ni" Ujarnya seraya meletakkan burger ke atas meja. Alice tidak memberikan tindak balas, masih dibuai mimpi.

"Alice" Jay meneguk air liurnya akibat terlalu takut untuk menyentuh bahu gadis itu. Menggeletar jari jemarinya. Dia merancang untuk meminta maaf kepada Alice sekarang dan perkara ini tidak biasa buat Jay. "Alice.."

Dia putus asa dan hanya menatap wajah Alice dengan fikiran kosong.

"Kenapa dia cantik sangat? Aku tak percaya salah satu sebab kenapa aku tak bercakap dengan dia kebelakangan ni sebab malu dengan dia"

Diluar jangkaan, Alice menggeliat dan terjaga tanpa disentuhnya. "Oh, encik dah balik?"

Jay berdehem lalu menganggukkan kepalanya. "Burger untuk kau" Dia mendekatkan burger tersebut kepada Alice. "Apa benda tu?" Alice bertanya, benar-benar tidak tahu apa-apa.

"Makan je. A-aku belikan untuk kau tadi"

Awalnya Alice teragak-agak untuk memakannya tetapi fikirannya berubah di saat memandang wajah Jay yg penuh dengan keikhlasan itu. Dia mengunyah burgernya sambil tersengih-sengih sendiri. Meremang Jay melihatnya.

"Kenapa tersengih-sengih? Sedap sangat ke?"

Alice menganggukkan kepalanya dan berkata. "Encik tiba-tiba jadi baik. Saya rasa kelakar"

"Oh"

"Sudah hampir 6 hari kita tidak berbicara. Kenapa hari ni encik tiba-tiba berkelakuan baik begini?"

Malas mahu berbasa-basi lagi dia terus bercakap jujur. "Aku menyesal atas segala-galanya. Jadi aku nak minta maaf sebab pernah layan kau kasar-kasar and abaikan kau beberapa hari ni" Degupan jantungnya sudah tidak terkawal lagi.

Alice tersenyum manis.

"Sebenarnya, kau tak menyusahkan sama sekali dan kau buat rumah ni rasa lebih hidup"

"Terima kasih" Ucap Alice dengan gembiranya. Rasanya beban difikirannya terus lenyap selepas mendengar permohonan maaf daripada lelaki ini.

"Tapi kan, Alice. Aku nak tanya sesuatu boleh tak?" Pertama kali seumur hidup Jay mengajukan soalan sebegini. "Apa dia?" Soal Alice kembali.

"Kenapa anak mata kau jadi warna biru? Rambut kau warna putih?"

"Saya perlahan-lahan menjadi diri yg sebenar. Mungkin sumpahan itu semakin menghilang" Jawab Alice dengan pipi yg bulat.

"Maksud kau, bila kau jadi duyung rambut and warna mata kau memang macam ni ke?"

Alice menganggukkan kepalanya laju seperti burung belatuk.

"Bagus lah kalau macam tu. Tak lama lagi kau boleh jumpa keluarga kau dan

.. tak lama lagi kita berpisah"

Terhenti gerak geri Alice mendengarnya.

Jay tiba-tiba berdiri dan menukar topik perbualan mereka. "Oh ya. Mulai dari hari ni, aku tidur sini dan kau tidur dalam bilik aku. Tak ada bantahan" Kemudian dia masuk ke dalam bilik untuk memindahkan barang-barang keperluannya ke ruang tamu.

"Jangan sepahkan bilik aku, ya?" Pesan Jay lagi.

Semua ini terjadi dengan sangat mendadak, Alice keliru harus memberikan reaksi bagaimana. Tapi ini berita baik buat dirinya. Nampaknya, Jay sudah benar-benar mulai jatuh hati padanya.

"Encik sukakan saya?"


❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now