25

82 16 0
                                    

"M-maafkan saya, encik" Lafaz Alice dicelah tangisannya setelah menghilangkan ingatan Jay. Tiada lagi kenangan indah mereka di dalam minda jejaka itu. Segala-galanya sudah lenyap dan wanita bernama Alice tidak ada lagi di dalam ingatannya.

Alice bergegas keluar meninggalkan perkarangan rumah Jay. Seluruh tubuhnya menggeletar dan dia terus menangis tanpa henti.

Ginevra pula sejak tadi menunggu kedatangannya di luar sambil memegang payung. Dia segera menghampiri Alice dan menarik tangan adiknya itu untuk membantunya kembali ke dasar laut dengan segera. "Kamu buat keputusan yg betul, Alice"

Alice menganggukkan kepalanya sambil tersedu-sedu. Dia menoleh sebelum beredar dengan berat hati. "Encik.." Semakin jauh dia melangkah semakin sebak rasanya. Semakin lemah kakinya melangkah.

Dia berhenti melangkah membuatkan sang abang melihatnya hairan. "Kamu baik-baik saja?"

Alice mengepal tangannya dan memukul dadanya sendiri dengan air matanya yg terus mengalir. "S-sakit. Sebak. Aku tidak mampu meninggalkannya, Ginevra! Sakit!" Dia mulai meninggikan nada suaranya sambil menangis.

Ginevra hanya sekadar menundukkan kepalanya. "Tapi-"

"Encik Jay sakit, mengapa saya harus meninggalkannya sendirian?! Aku.. aku harus kembali ke dekapannya" Dia berbisik seakan-akan tidak waras. Dia cuba untuk membuka langkah tetapi abangnya terlebih dahulu mencengkam tangannya. "Alice!!"

Alice tidak dapat merasakan kedua-dua kakinya lagi. Dia terduduk sembari menangis teresak-esak sambil memeluk dirinya. Ginevra lekas menyeret serta memaksanya kembali ke dasar laut bersama-sama.

Pada akhirnya, Alice menurut tanpa membantah lagi.

Keesokan harinya.

Pagi-pagi buta lagi Felix sudah membuat kecoh di hadapan rumah Jay. Mengetuk dan menyepak pintu sambil menjerit. "AAAHH!! BANGUN!! BUKA PINTU WOI!" Dia mengeluh lalu mencuba untuk menghubungi sepupunya itu melalui telefon bimbit. Tidak diangkat.

"Eh setan ni tidur mati ke betul-betul mati?" Dahinya berkerut berasa gusar. Tambah-tambah lagi kelmarin kondisi Jay semakin memburuk disebabkan dia sudah lama tidak makan ataupun minum seperti orang biasa.

Felix menendang pintu dengan kuat dan berjaya membuatkan tombol pintu tercabut. Tanpa basa basi lagi dia segera berlari ke dalam bilik Jay.

Semakin timbul kerutan di dahinya disaat melihat sepupunya itu terbaring di atas katil. Seluruh tubuhnya ditutup dengan selimut serta sebelah tangannya memanjang ke hujung katil. "Woi bodoh. Lebih baik kau bangun sekarang" Serius dia bersuara kali ini.

Tiada respon. Felix mulai berasa tidak sedap hati. Dia mengigit bibir bawah miliknya kemudian menarik selimut yg menutupi tubuh Jay. Wajah jejaka itu kelihatan begitu pucat daripada biasa. Dia menggoncangkan lengan Jay dengan kuat. "Weh, bangun lah. Jay? Jay!!" Semakin kuat dia bersuara ketika merasakan tubuh Jay benar-benar dingin.

"Wake up, you dumbass!! It's not funny anymore. Stop playing around!! God damn it"

Terasa air matanya mulai mengalir membasahi pipinya. Felix memeluk tubuh sepupunya itu dengan begitu erat sekali. "Sejuknya kau, Jay" Bisiknya dengan suara yg pecah. Tangannya menggeletar membuat panggilan. "Kau jangan berani nak mati dulu, Jay"

7 tahun kemudian (2017)

"Kamu ingin pergi ke mana, Alice?" Ginervra bertanya kepada adiknya. Pelik melihatnya sibuk merias rambut. Alice cuma mendiamkan dirinya dan tidak mengatakan walaupun satu patah perkataan sekalipun.

Banyak perubahan peraturan di dasar laut, ia menjadi semakin bebas daripada sebelumnya. Alice tidak lagi hidup dengan fitnah besar yg menyebabkan dia berusaha separuh mati untuk membersihkan namanya bahkan meninggalkan cintanya. Keluarganya memilih untuk menerimanya semula dan mengampun maaf padanya. Desas desus mengenainya dan Ginevra juga sudah lama dilupakan.

Pendek kata, hidup Alice tenang dan berjalan lancar seperti yg dia impikan namun hatinya masih berasa kosong. Dia perlukan dan rindukan Jay. Kekasih kesayangannya. Mungkin bukan lagi digelar sebagai kekasih? Kerana dia telah menghilangkan ingatan lelaki itu.

Selama 7 tahun dia sering bermimpikan Jay, kesayangannya itu. Mimpikan mereka berdua bertemu semula dan hidup bahagia, dia selalu tersenyum di dalam tidurnya dan diakhiri dengan air mata apabila dia terjaga dari tidurnya.

3 hari lalu bonda telah mengisytiharkan bahawa warganya dibenarkan pergi ke daratan. Bergantung dengan tempoh lamanya mereka bertahan di dalam bentuk manusia. Alice lah duyung terpaling bahagia di dasar lautan itu ketika mendengar berita baik tersebut.

Tanpa membuang masa lagi, dia lekas pergi meninggalkan Ginevra dan menemui manusia kesayangannya. Jay. Park Jongseong.

Kali ini Alice tidak bertingkah laku seperti alien yg baru pertama kali terhempas di muka bumi lagi. Dia sudah terbiasa hidup bersama Jay di sini beberapa tahun lalu. Agak mengejutkan melihat begitu banyak perubahan di kota ibu Seoul. Ternganga mulutnya melihat sekeliling.

Tetapi ada beberapa bangunan dan jalan yg masih segar di ingatannya. Kedai runcit tempat kerja Jay, dia berdiri di hadapan itu dengan mata yg berkaca-kaca. Meskipun ini bukan lagi kedai runcit yg sama dia masih mengingati lokasinya.

Semakin luluh dadanya menjejakkan kaki ke tempat ini. Walaupun begitu, rasa gembira dan rindu lebih kuat berbanding dengan kesedihan.

Tiba-tiba terasa tubuhnya dilanggar oleh seseorang membuatkan dia hilang keseimbangan. Alice fikir dia akan jatuh tak lama lagi tetapi dia salah. Pinggangnya disambut sebelum sempat menyentuh tanah.

Jantungnya berdegup kencang, matanya membuntang, ini bukan seperti yg dia jangkakan. Dahinya berkerut melihat orang yg menyambutnya sekarang. Jejaka ini menggunakan pelitup muka dan berambut hitam.












"Alice?"

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now