19

95 20 7
                                    


Bibir bawah dimajukan ke depan, mencebik menahan tangisan. 4 hari berturut-turut Jay tidak menunjukkan dirinya. Tentu saja ia membuatkan hatinya gusar. Apa lagi lelaki itu pergi tanpa mengatakan apa-apa dan sampai sekarang dia tidak mendengar kabar berkenaan dengannya.

Tiada apa-apa yg dapat Alice lakukan sekarang. Dia hanya mampu menunggu kepulangannya saja.

Tiba-tiba pintu utama dikuak. Refleks, tubuhnya berdiri seperti yg dia biasa lakukan saat menyambut kepulangan Jay. Kali ini bukan Jay yg mengatakan dia sudah balik tetapi Alice yg bertanya sebaliknya. "Encik dah balik?" Senyuman teruja terpapar di wajahnya.

"Kenapa tak kunci pintu?"

Pertanyaan daripada suara yg bukan dinanti-nantikan itu memudarkan senyumannya. Felix menapak masuk ke dalam rumah. "Alice, awak okey ke sendiri dekat sini? Kenapa tak kunci pintu, bahaya tau"

"Saya menunggu encik Jay pulang jadi saya tidak menguncinya"

"Jadi selama 4 hari awak memang biar pintu tu tak berkunci?"

Si gadis menganggukkan kepalanya membuatkan yg satu lagi menghembuskan nafas. "Maaf baru datang tengok-tengokkan awak. Awak mesti lapar kan? Saya ada bawa makanan untuk awak"

Felix menepukkan ruangan kosong disebelahnya, memberikan isyarat buat Alice duduk di sisinya. Dia meletakkan burger kegemaran Alice ke atas meja. "Jay pernah cakap awak suka burger. Makan lah. Mesti awak lapar kan?"

"Kenapa aku tak belikan dia makanan yg lebih berkhasiat eh?" Dia berbisik sendiri.

"Terima kasih tapi saya sebagai duyung yg disumpah menjadi manusia ini mampu bertahan hidup selama 5 bulan tanpa makanan. Tapi saya suka makan"

Alice menamatkan ayatnya lalu melahap burger tersebut. Felix pula masih tercengang akibat informasi yg diterimanya tadi.

"Encik Jay di mana?" Si gadis bersuara dengan mulutnya yg membulat. Bercakap sambil menguyah.

"Oh dia ada dekat rumah. Dia sibuk sikit urus pemakaman ayah dia sampai tak ada masa nak tengok-tengokkan awak"

"Ha?! Ayah encik Jay meninggal dunia?" lama mulutnya ternganga luas.

"Aduh sepatutnya saya tak bagitahu awak tapi tak apa lah. Dah terlanjur"

"Jadi encik Jay baik-baik saja?"

Timbul senyuman tipis di hujung bibir jejaka itu. "Mesti awak rindu dia, kan?" Dia tertawa kecil melihat Alice menganggukkan kepalanya tanpa ragu-ragu.

"Kejap ya. Bakal mak mentua awak call ni"

"Mak mentua?"

Sempat dia tersenyum sinis sebelum mengangkat panggilan daripada puan Park. "Helo aunty, ada apa?"

"Jay tak nak keluar. Tolong pujukkan dia, nak. Dia belum makan lagi, aunty risau" Terselit kesedihan di sebalik suara itu.

"Baik lah, aunty. Felix pergi sekarang"

Felix menamatkan panggilan kemudian mencapai jaketnya dan bergegas menuju ke rumah keluarga Park. Namun langkahnya terhenti di muka pintu ketika Alice bertutur. "Awak nak pergi mana?"

"Oh ya. Saya kena pergi jumpa Jay sekarang. Awak boleh sendirian dekat sini, kan?"

"Saya nak ikut. Saya nak jumpa encik Jay"

"Maaf, tapi dia tak nak jumpa sesiapa. Saya cuba untuk tenangkan dia. Kalau emosi dia dah stabil saya akan bawa dia jumpa awak, okey?"

Alice mengeluh ringan. "Tolong beritahu encik Jay saya menantikan kepulangannya di sini dan saya harap encik Jay sihat selalu"

Felix mengangguk faham lalu melambaikan tangannya sebagai pamit pulang.

Situasi Jay sekarang benar-benar teruk sekali. Tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya termasuk lah dirinya sendiri. Masih sukar menerima kepergian ayahnya. Felix menghampiri puan Park yg sedang mengetuk pintu memujuk Jay untuk keluar dari biliknya. "Jay, berhenti lah berkurung. Keluar lah makan, minum"

"Aunty"

"Felix. Nasib baik lah kamu dah sampai"

Anak muda itu sekadar menganggukkan kepalanya saja. "Jay tetap tak nak keluar. Boleh kamu cuba pujuk dia?" Pinta ibu Jay perlahan.

Felix menganggukkan kepalanya tanda akur.

Puan Park pergi dengan wajah yg sayu. Sebagai ibu, dia memahami perasaan anak kesayangannya itu, bagaimana si ayah menghembuskan nafas terakhir tanpa menemui ataupun berbicara dengannya setelah hampir sebulan. Andai kesilapannya bisa dibetulkan, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan yg sama dimana menguji anaknya sendiri untuk berdikari sehingga melarangnya menghubungi keluarga sendiri.

Mungkin tindakannya yg lalu itu telah melebihi batas?

"Weh, sampai bila kau nak berkurung macam ni? Tak kasihan dekat mak kau?"

"Jangan ganggu aku" Jay membalas dingin.

"Dah 4 hari kau tak keluar. Kasihan mak kau tu, dia pun sedih tapi dia tetap ada masa nak risaukan kau. Aku faham perasaan kau, kau sedih tapi jangan lah sampai ni"

"Jay. Kau dengar ke tak ni? Kau tak kasihan dekat diri sendiri ke? Kasihan dia nak makan, dah lah sedih lapar lagi tu"

"Kau tak nak keluar ke? Kalau ya pun, makan lah sikit lepastu berkurung balik"

Felix putus asa buat seketika.

"Tadi aku jumpa Alice. Dia sendiri dekat rumah tu. Tunggu kau ,risaukan kau. Kau tak rasa nak bangun and jumpa dia ke?

Kau tahu, sebelum aku pergi sini dia pesan dekat aku untuk cakap macam ni dekat kau. Dia masih menantikan kepulangan kau dan berharap kau sihat selalu. Dia rindu and risaukan kau"

Pandangan Felix jatuh pada tombol pintu, ia berputar perlahan. Jelas sekali Jay memulasnya dari dalam. Pintu terbuka dan hal pertama yg dilihatnya ialah wajah layu daripada adik sepupunya. Sudah tidak terurus penampilannya. Rambut kusut masai, lingkaran mata hitam, muka pucat.

"Macam mayat mati aku tengok kau ni"
Komen Felix tanpa bertapis.

"Aku nak Alice. Aku nak jumpa dia"

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now