bab 2

487 55 10
                                    

Muka Puteri Bunga Sari hanya kosong apabila jasad yang tak dikenali muncul dihadapnnya. Sudahlah berborak dengan ayahandanya. Nama tetamu itu adalah 'Putera Pawana Agung' anak kepada Raja Sulaiman Tuah.

entah kenapalah ayahnya itu terlalu berkenan dengan lelaki itu.

"Ayahanda... Tuan Pawana... beta mintak diri dahulu ye... mahu beradu" Puteri Bunga Sari mengukir senyuman palsu pada Putera Awang Agung itu. Tak sempat dia bangun ayahnya, Raja Dharma Angkasa menarik lengan anak puterinya itu.

"Anakanda, kita ada tetamu sekarang ini. Kamu tidak patut beradu sekarang. Lagipun matahari masih berada di atas kepala kita. Jaga kelakuan kamu anakanda Bunga Sari" tegur ayahnya. Puteri Bunga Sari mengeluh kecil lalu membetulkan posisi tubuh badannya.

Cawan yang berisi dengan tea bunga telang diminum hingga habis oleh Puteri Bunga Sari. Punggungnya sudah tidak duduk diam. Dia nak bangun dari sini! Dia tak selesa dengan tempat ini dan pandangan misteri dari Putera Pawana Agung.

Lelaki itu memandangnya pelik! Seram dan tidak selesa. Matanya memusing ke arah kiri dan kanan lalu terlihat satu dayang sedang berjalan membawa dulang. Dia sudah tersengih lalu memanggil dayang itu.

"Wahai Dayang Aishah bolehkah kamu membantu beta? Beta mahu kamu memanggil Inang Sofia... Terima kasih!" dayang Aishah menunduk hormat lalu berjalan keluar dari kawasan itu. "Kamu mahu pergi mana anakanda?" ayahnya bertanya.

"Anakanda mahu menunggang kuda bersama Kakanda... Bolehkan ayahanda?" tersenyum manis pada Raja Dharma Angkasa.

"Puteri Bunga Sari mahu menunggang kuda? Bolehkan beta melihat Puteri Bunga Sari menunggang kuda? Beta teringin untuk melihatnya!" teruja Putera Pawana Agung berkata. 

"Aish, tak perlulah Putera Pawana... Lagipun kuda beta terlebih liar! Takut tuanku kena makan!" sengaja dia menakutkan lelaki itu. Raja Dharma Angkasa hadiahkan satu jelingan. Dalam diam Puteri Bunga Sari sudah mencebik..

"Alah jangan risau ye? Kuda beta takkan makan orang... Tuanku boleh ikut beta, hahaha" ketawa palsu sengaja diselitkan. Terus Putera Pawana Agung tersenyum. Dia ini memang suka menyusahkan orang ke?

Semua benda nak ikut! Macam anak ayam, sentiasa ikut ibunya kemana sahaja! Puteri Bunga Sari memandang malas terhadap Putera Pawana Agung. Nak sahaja dia heret lelaki itu keluar dari kawasan diraja ini.

Tidak tahulah kenapa dia tak suka dengan lelaki ini! Dahlah dia tak kenal lepastu itu sengaja nak ikut orang! Menyusahkanlah, tak suka. Kepala Puteri Bunga Sari memandang Putera Pawana Agung. 

Makin dipandang makin rasa meluat!

Dia tersenyum palsu dengan hati membara mencaci maki pada lelaki itu. Tak tahulah kenapa dengan lelaki ini rasa sakit hati. Kalau orang lain dia tak rasa sakit hati pula. Mereka berjalan ke arah satu padang yang dihujanni dengan pasir dan sedikit rumput liar itu.

Abangnya, Putera Asmara Andika. Lelaki itu sedang menunggang kuda putih dengan muka dingin tidak tersenyum. Ngeri! Bulu roma di tangannya mula naik apabila muka dingin abangnya ditatap.

Mata tajam hitam milik Putera Asmara Andika memusing ke arah adiknya, Puteri Bunga Sari. Serta - merta muka yang dingin terus menguntumkan satu senyuman yang mampu cairkan kaum perempuan.

Kuda yang ditunggang oleh Pytera Asmara Andika diberhentikan betul - betul dihadapan Puteri Bunga Sari. Matanya terus dibawa pada Putera Pawana Agung, lama dia pandang. "Andinda Bunga... Siapakah gerangan itu? Kekanda tidak pernah melihat gerangan itu..." Putera Asmara andika bertanya.

"Oh gerangan di belakang andinda... Namanya Putera Pawana Agung, anak Raja Sulaiman Tuah" Puteri Bunga Sari menolak lembut tubuh badan Putera Asmara andika. "Kekanda dan tuanku, berboraklah ye... Beta mahu melatih memanah bersama Inang Sofia, beta mintak diri dahulu..." penuh sopan Puteri Bunga Sari meminta diri.

Akhirnya dia akan bebas dari lelaki yang serupa anak ayam itu. Terima kasih pada Inang Sofia, kerana menjadi penyelamatnya. Langlahnya laju belari untuk mendapatkan inang Sofia, nasib baiklah dia pakai baju melayu kalau tidak terjatuh lalu ciumlah tanah bumi yang dicipta oleh Allah.

"Inang Sofia!! Inang Sofia!" nyaring Puteri Bunga Sari menyeru inang kesayangannya itu yang sibuk menyiram pokok. Kepala yang dari tadi menunduk memandang bunga terus diangkat memandang rupa puteri itu.

"Tuan puteri? Kenapa tuan puteri cari patik?" Inang Sofia meletakkan penyiram pokok itu ditepi. "Inang Sofia, bolehkah inang temankan beta untuk berlatih memanah? Beta tidak mahu tuan Putera Pawana Agung ikut beta... Kepala beta dah mula rasa gering hulu melayan perangainya... Jadi tak mengapakan inang?" panjang lebih dia menjelaskan.

Inang Sofia ketawa kecil dihadapan Puteri Bunga Sari. "Boleh tuan puteri... Apa sahaja untuk tuan puteri patik sanggup. Sementara itu, patik mahu mengambil Iram - iram" inang sofia mengambil payung yang diletakkan di atas meja. Mereka berdua berjalan bersama dengan payung yang dibawa oleh Sofia

"Tuan Puteri... Tidak mengapahkan patik bertanya sesuatu pada tuan puteri?" pelahan dia meminta izin.

"Apa yang kamu mahu bicarakan itu wahai inang Sofia? Seperti perkara penting jer" balasmya. Inang Sofia tersenyum kecil mendengar balasan itu.

"Boleh patik tahu siapakah jejaka yang mampu memikat hati tuan puteri?" soalnya. Puteri Bunga Sari yang tadi duduk di sebelah Inang Sofia. Mukanya berubah tiada perasaan. Dia sudah naik malas apabila ada seseorang bertanya soalan sebegitu pada dirinya.

"Tiada jejaka yang mampu menawan hati beta. Jika hati beta terbukak untuk merima si dia, Beta akan mempersuamikan dia dengan relaan beta. Jika tidak... Beta tidak akan menerimanya" suaranya sedikit datar.

"Ampun beribu ampun Tuan puteri Bunga Sari, ampunkan patik kerana membuat Tuan puteri murka dengan patik, ampun tuan puteri..." Inang Sofia bersujud dihadapan Puteri Bunga Sari. Terkejut dia menyaksikan Inang Sofia itu.

"Apa yang kamu buat ini Inang Sofia? Jangan bersujud pada beta! Kamu patut bersujud pada maha esa bukan pada beta. Bangun Inang Sofia, beta tidak mahu orang lain melihat kamu bersujud pada beta" lembut dia menarik lengan Inang Sofia.

"Patik hanya takut tuan puteri murka pada patik..."

"lah? Kenapa beta mahu murka dengan soalan Inang Sofia? Sudah janganlah berasa sedih ye? Jom teman beta berlatih!" Inang Sofia ditarik ke arah kandang kuda. Puteri Bunga Sari mengeluarkan kudanya dari kandang.

Tangannya memegang busur dan belakang badannya membawa panah. "Inang kamu boleh ambil kuda lagi satu ye?" Puteri Bunga Sari menunjuk ke arah kuda yang bewarna kelabu cair. Inang Sofia angguk pelahan lalu menarik keluar dari kandang.

Badan Puteri Bunga Sari naik di atas badan kudanya. Dia memegang tali yang sudah elok dililit kemas di leher kuda tersebut agar dapat mengawal kuda itu. Tali itu dipegang kemas lalu dihayun pelahan serta merta kuda itu belari.

Tangan kananya memegang tali dan tangannya lagi satu memegang busur dan panah. Mata Putera Asmara Andika memandang adiknya yang sedang menunggang kuda dengan laju. Dia tersenyum puas. 

"Hebat sungguh Puteri Bunga Sari menunggang kuda seraya menggunakan busur di atas kuda! Beta tidak mampu membuat aksi sebegitu... Siapakah tuan guru yang mengajar tuan puteri?" Putera Pawana Agung teruja melihat aksi hebat itu.

Matanya memandang pula pada Inang Sofia yang sama juga membawa kuda dengan laju cuma dia tidak membawa busur bersamanya. "Huwa... Inangnya pun hebat menunggang!" terbukak luas mulutnya kerana terlebih teruja.

Putera Asmara Andika terketawa kecil. Matanya yang bewarna merah tua itu hanya menyaksi Adiknya itu. "Tuan gurunya itu bukan calang - calang orang Putera Pawana Agung..." dia mengukir senyuman yang ada satu amkna itu.

"Tuan guru itu memegang satu gelaran iaitu Dewa Keris" kepala Putera Pawana Agung serta merta terousing. "Tak mungkinlah dia! Lelaki yang dingin dan hebat dalam menggunakan keris dan memanah?" Putera Asmara ketawa lagi.

"ye dialah"

Sabtu, 7 mei 2022

 Hikayat Dewi Silat √Where stories live. Discover now