bab 7

141 26 0
                                    

Matanya hanya memandang malas dihadapan Putera Pawana Agung. Dan lelaki itu balas semula dengan pandangan mushkil.

Oh tuhan, apa sudah jadi dengan mereka berdua? Puteri Bunga Sari hanya menjadi orang tengah diantara dua lelaki itu.

"Siapakah gerangan ini tuan puteri? Adakah dia golongan orang marhaen?" Sinis dia bertanya.

"Orang marhaen? Apakah perbezaan anatara kita berdua tuan putera?" Tuan Awang Purnama pula membalas.

"Darjat seseorang itu adalah perbezaan antara beta dengan kamu! Kamu pun tidak sepatutnya dan tidak layak untuk duduk bersama dengan tuan puteri"

Anak mata Tuan Awang Purnama tajam seperti mata Caracal. Inilah sikap manusia. Terlalu berbangga dengan darjat dan pangkat yang selalu dipuji - puji dan dihirmati oleh orang - orang bawahannya.

Sedangkan? Pangkat yang tinggi itu tidak memberikan perbezaan. Mereka hanyalah manusia biasa. Tiada kuasa, tiada kekuatan yang sempurna dan tidak abadi. Lapar, sedih, marah, gembira dan banyak lagi adalah salah satu perkara yang ada setiap pada manusia.

Masih mahu katakan darjat seseorang menjadi perbezaan?

"Nampaknya, itulah perbezaan hamba dan tuanku... baiklah... ampun beribu ampun tuanku... ampunkan hamba kerana tidak sedar diri dengan darjat tuan hamba... sepatutnya hamba tidak layak duduk, berdiri malah bercakap bersama dengan tuan puteri... kerana patik ini adalah ORANG MARHAEN"

Kepala Puteri Bunga Sari menoleh dengan air muka terkejut. Tenang sahaja muka Tuan Awang Purnama menatap rupa belagak milik Putera Pawana Agung.

Bibir merah pelahan - pelahan dibukak tetapi diberhentikan setelah melihat isyarat tangan meminta wanita itu untuk terus diam tidak membalas. Gigi putih itu terus mengetap kasar, Puteri Bunga Sari menutup bibirnya seraya menoleh kepala ke arah lain.

Badan tegap itu menunduk hormat pada Putera Pawana Agung dan Puteri Bunga Sari. Langkah kakinya dibukak dan ingin meninggalkan kawasan itu.

"Beta titahkan kamu untuk duduk bersama dengan beta, jika kamu tidak mengikuti titah beta... serta merta kamu sudah murka bersama beta"

Langkahnya berhenti, kepala menoleh ke belakang. Senyuman bangga terukir.

'Inilah wanita yang aku banggakan dan amat sayangi'

Tanpa fikir panjang terus dia kenarik kerusi dan duduk bersebelahan Puteri Bunga Sari. Air muka terkejut Putera Pawana Agung terserlah. Mukanya naik merah kerana marah.

"Tuan puteri! Mereka itu hanya rakyat miskin mereka  tidak-"

"Putera Pawana Agung ibni Sultan Sulaiman Tuah... beta adalah orang berkuasa di dalam istana Rajawali Merah dan apabila beta sudah memberikan titah pada mereka, mereka perlu ikut titah beta selagi tidak melanggar syarak islam"

Pantas dia memotong ayat lelaki itu. Putera Pawana Agung hanya berdiam dengan muka marahnya. "Tapi tuan puteri orang begini tidak..."

"Sudahlah. Patik tidak mahu Tuan Putera dan Tuan puteri bertikam lidah hanya mengenai patik... ampun tuanku"

Kedua tangan disatukan menandakan meminta maaf pada mereka. Puteri Bunga Sari hanya angguk lembut sahaja. Sedangka sang putera sudah memandnagnya sinis dan sombong.

"Apa hajat kamu tuan putera, hingga terlalu gembira untuk hadap bersama beta?"

"Soalan yang bagus, tuan puteri. Beta bercadang untuk hantar rombongan meminang pada tuan puteri... bagaimana pendapat tuan puteri?"

Tergumam mereka berdua apabila mendengar hajat Putera Pawana Agung. Sudahlah baru berjumpa, tapi sudah mahu meminang anak orang? Gila.

"Beta tidak setuju. Beta tidak mahu berkahwin pada usia yang muda, Putera Pawana Agung..."

"Tuan Puteri, beta sudah ada perasaan pada tuan puteri... tuan puteri tidak sudi untuk menerima pinangan beta?"

Muka Tuan Awang Purnama sudah berubah pucat. Nak sahaja dia muntah hijau apabila mendengar ayat memujuk itu.

"Beta tidak mahu. Lagipun ini soal hidup, tuan putera"

"Tapi tuan puteri... beta memang betul - betul mahukan tuan puteri untuk menjadi permaisuri dalam hidup beta..."

Tak henti - henti dia memberikan ayat manis pada Puteri Bunga Sari. Tetapi, satu ayat pun tidak sedikit pun tercuit di dalam hatinya.

"Tuanku terlalu berkeras untuk meminang bersama beta walaupun beta sudah menolaknya. Baiklah, beta memberikan satu syarat yang mudah"

"Apakah syarat yang beta perlu tunaikan itu?"

"Mudah sahaja, Putera Pawana Agung. Kamu hanya perlu kalahkan beta dalam gelanggan pancak silat. Bagaimana? Kamu setuju kah?"

Tuan Awang Purnama tersenyum senget. Nampaknya memang lelaki itu akan kalah serta merta kurang dari satu minit.

"Tetapi... sesiapa yang mampu kalahkan beta dalam pancak silat, mereka layak untuk dijadikan suami untuk beta. Ini bermakna... bukan kamu seorang sahaja perlu kalahkan beta... akan ada lelaki lain juga bakal lawan bersama kamu... kamu perlu bekerja keras sedikit"

Tuan Awang Purnama menoleh denagn mata membulat. Putera Pawana Agung terkejut mendengar jawapan itu. Kedua tangan yang lembut itu terus ditepuk.

"Wahai inang - inang... dayang - dayang istana... beta titahkan kamu untuk war - warkan khabar ini bahawa beta mahu mencari seorang jejaka untuk dijadikan suami pada beta!"

Beberapa wanita terus keluar dari pintu - pintu istana itu. Kertas yang berada di bawah ketiak sudah bersedia. "Menjujung titah, tuanku!" Serentak mereka bersuara. suara yang lembut itu bergema seluruh kawasan itu.

Badannya pelahan - pelahan menolak kebelakang. Kaki terus melangkah meninggalkan dua lelaki itu. Tiba - tiba kakinya terhenti, kepala menoleh kebalakang. Senyuman manis yang mampu cairkan semua lelaki terlihat.

"Beta menunggu kamu di gelanggang silat... Chandra"

Dayang - dayang dan Inang - inang terus bergerak dan membuatkan tubuh badan Puteri Bunga Sari tidak kelihatan. Tidak terkelip - kelip mata mereka kerana tercuit dengan nada lembut dan manis itu.




"Kamu yakin dengan tindakan kamu, adinda Bunga?" Putera Asmara Andika memandang sahaja adiknya itu.

"Adinda pasti dengan tindakan adinda, kekanda Asmara..." dia menjawab yakin.

"Kerana tiada jejaka mampu kalahkan beta melainkan dia! Hahaha!" Dia ketawa jahat.

"Siapakah 'dia' yang kamu maksudkan adinda Bunga?"

"Chandra... putera lindungan Chandra... kekanda Asmara. Adinda pasti kekanda tahu tentangnya" dia tersenyum simpul pada abangnya.

"Apa... kamu sudah tahu kebenaran itu?"

"Semestinya! Kekanda terlalu lambat untuk bagitahu hal itu pada Adinda sehingga adinda sendiri menghadapnya"

"Hahaha... baguslah kamu sudah tahu adinda Bunga... sebernanya... kekanda berharap sangat kamu kahwini bersama dengannya..."

"Boleh adinda tahu sebabnya?"

"Dia perlukan teman hidup... adinda Bunga. Cukuplah hidupnya kelam. Tidak dapat kasih sayang seorang ibu. Ayahnya sendiri memulaukan anaknya kerana nafsu dan fitnah yang tersebar...

Dendam yang menjadi punca hidupnya sebatang kara. Dia tiada siapa adinda Bunga. Bila kamu melihat tubuh badannya sendiri... semestinya kamu berfikir dua kali...

Sama ada melepaskannya dan membiarkan dia meneruskan melarikan diri dari ibu kotanya sendiri atau kamu ikut sama dengannya dan menyelamatkan dirinya yang sudah hanyut dengan mimpi ngeri...

Dan membantunya untuk hapuskan fitnah yang berleluasa tentang almarhun Mahsuri Kirana atau kamu biarkan sahaja..."

Dia hentikan ucapannya itu dan mengusap lembut rambut adiknya. Dia membiarkan Puteri Bunga Sari bersendirian di dalam kamar tersebut.

Badan wanita itu mula bangun lalu menolak pintu jendela. Kepalanya memandang langit hitam yang tiada bintang cerah itu. Datar sahaja dia memandang.

"Patutkah aku memilihnya?"

Isnin 27 jun 2022

 Hikayat Dewi Silat √Where stories live. Discover now