bab 4

310 31 0
                                    

Rambutnya diusap lembut dengan penuh kasih sayang. Mukanya sedikit berkerut kerana merasa usapan itu. Siapakah yang mengusap kepalanya itu dengan lembut sekali?

Matanya dibukak pelahan - pelahan untuk lihat orang yang usap kepalanya.

Alangkah terkejutnya dia melihat ibu tirinya, permaisuri Atma Kartika. "Ibunda? Apa yang ibunda buat disini?"

Puteri Bunga Sari memandang dingin pada ibu tirinya. Permaisuri Atma Kartika tersenyum lembut lalu mengusap lembut tangannya.

"Ibunda hanya mahu meneman kamu andakanda... tidak mengapa bukan?" Dia bertanya pula.

"Tidak perlu menemani anakanda. Bunga tidak sakit tenat pun sehingga ibunda perlu menemani Bunga" balasnya semula dengan air muka dinginnya yang tak berubah itu.

Keluhan berat dilepaskan oleh Permaisuri Atma Kartika. Hatinya sedikit sakit kerana balasan anak tirinya yang dingin dan penuh dengan perasaan amarah.

Dia tidak salahkan sepenuhnya pada Puteri Bunga Sari kerana dia faham perasaannya. Anak tirinya itu hanya tidak mampu menerima kehadiran dirinya setelah ibu sebenarnya meninggal dunia.

"Baiklah jika itu yang kamu mahukan. Ibunda minta diri dahulu ye? Ibuanda akan meminta Inang Sofia dan Tuan Awang Purnama menemani anakanda"

Senyuman lembut masih terukir di mukanya. Muka Puteri Bunga Sari makin berubah. Dari dingin berubah dengan pandangan jijik.

Dia menganggap senyuman yang terukir itu hanyalah satu lakonan semata - mata untuk memikat hatinya yang masih batu untuk menerimanya.

Permaisuri Atma Kartika berdiri lemah lalu membukak daun pintu bilik Puteri Bunga Sari. Dua manusia sudah terpacak dengan sengihan.

"Daulat tuanku" serentak mereka berkata. Permaisuri Atma Kartika hanya angguk lalu berlalu pergi.

"Tuan puteri! Kenapa tuan puteri berkata sebegitu pada permaisuri?" Inang Sofia melabuhkan punggungnya di atas tilam.

"Beta tidak memerlukan bantuan dia bahkan dia tidak perlu menyusahkan dirinya untuk teman beta! Beta bukannya sakit seperti sedang nazak" sinis dia membalas.

Inang Sofia mengeluh pelahan. "Tapi tuan puteri, permaisuri sudah menemani tuan puteri hampir seharian. Tuanku tiada perasaan simpatikah pada permaisuri? Atau perasaan simpati itu sudah terkubur sehingga hilangnya perasaan itu?" Lembut nadanya tanpa sedar apa yang dia baru mengucapka.

Muka Puteri Bunga Sari berubah bengis dan marah. Matanya menyerlah mengatakan dia dalam keadaan amarah. Anak tekak inang Sofia bergerak kerana gugup apabila dia sedar apa yang baru dia cakap.

'Alahai kenapa diriku ini terlalu bodoh?'

"Inang Sofia apakata kamu keluar dari kamar ini sebelum kamu mengeruhkan keadaan"

Tuan Awang Purnama memandang malas pada Inang Sofia lalu menunduk dan berbisik secara pelahan. Sehabis dia membisik, air muka Inang Sofia berubah ketakutan dan keluar dari bilik itu.

"Apa yang kamu katakan sehingga inangku berubah ketakutan?"

"Oh tidak apa - apa tuan puteri. Patik hanya menegur tindakannya yang menegur tuan puteri yang tidak mengira masa dan mengenal pasti masalah tuan puteri sebelum menghakimi seseorang tanpa mengetahui puncanya"

Senyuman senget dihadiahkan pada wanita itu.

"Tuan Awang tidak penat kah tersenyum senget pada beta? Tidak lenguhkah bibirmu?"

"Patik bukan mahu merendahkan tuan puteri tapi kenapa soalan tuan puteri itu kurang cerdik?" Pintanya dengan senyuman senget masih terukir.

"Adakah kamu itu terlebih cerdik dari beta? Jika kamu itu cukup cerdik, cuba kamu jawab soalan beta. Buah apa yang disebut sebagai mata?"

 Hikayat Dewi Silat √Where stories live. Discover now