bab 6

175 26 2
                                    

"Ada apa tuan puteri?" Inang Sofia memandang pelik pada Puteri Bunga Sari yang secara tiba - tiba memusinh kepalanya ke arah kamar Tuan Awang Purnama.

"Inang Sofia, bolehkah kamu pergi dahulu? Aku mahu bersendirian dan berjumpa dengan Tuan Awang"

"Tapi tuan puteri, dalam islam kita tidak boleh membiarkan lelaki dan perempuan yang tidak semahram untuk bersama dalam satu bilik.

"Hahaha, semestinya beta tidak berjumpa dengan Tuan Awang Purnama di kamar, Inang Sofia. Beta mahu berjumpanya di luar kamar. Kamu boleh panggil salah satu pendekar untuk teman bersama beta"

Inang Sofia angguk faham. Gadis itu terus membukak langkah besar untuk mencari hulubalang. Mata Puteri Bunga Sari memandang datar.

Jelingan datar dihadiahkan ke arah kamar Tuan Awang Purnama yang ada suara yang riuh rendah itu. Pelik, takkan pula ada orang ceroboh ke bilik lelaki itu jika lelaki itu sudah berada di dalam bilik itu?

Tangannya pantas mengambil keris. Tangannya kemas memegang keris dan bersedia untuk menolak daun pintu itu.

"Wargh! Tuan Puteri!"

Lentera Sukma terkejut melihat kelibat Puteri Bunga Sari. Membulat dia memandang ke arah lelaki itu.

Lantas dia menarik batang leher lelaki itu.

"Berhenti Puteri Bunga Sari!"

Tangan Tuan Awang purnama menyanbar pergelangan Puteri Bunga Sari, lalu menekan dibahagian tengah sehinggakan Puteri Bunga Sari mengerut kesakitan.

Lentera Sukma menarik nafasnya dengan kasar. Tangannya laju mengusap lehernya yang ada kesan merah akibat dicengkam oleh tangan Puteri Bunga Sari.

"Adakah engkau penyangak yang datang di sini dan mencuba ceroboh kawasan istana!? Beta tidak sangka kamu membuat begitu pada beta! Sanggup kamu khianati beta!"

Lentera Sukma berpaling terkejut pada Tuan Awang Purnama. Pantas tangan Tuan Awang Purnama diangkat sebelum lelaki itu cuba membukak mulut.

"Patik tidak ada niat cuba untuk khianati tuan puteri... patik masih setia bersama dengan tuan puteri.

Jika patik ini pengkhianat sudah lama patik menusuk menggunakan keris patik di dada tuan puteri"

"Tengku, tidak patut menggelarkan diri tengku senagai patik! Tengku adalah keluarga diraja bukannya rakyat marhaen!"

"Tengku? Diraja? Apa semua ini!?"

"Mulut kamu memang serupa seperti mulut murai bukan? Aku sudah berkata, jika apa - apa berlaku jangan sesekali memberitahu tentang perihal aku!"

"Ampunkan patik... tengku..."

Puteri Bunga Sari memandang pelik pada mereka berdua. Matanya terpaku apabila melihat sosok Inang Sofia bersama seorang pendekar.

"Kau sudah tahu, bukan? Apa yang kau patut buat"

Lengan baju melayu Tuan Awang Purnama ditarik hingga ke paras siku. Tangannya sudah bersedia bersama buku limanya. Lentera Sukma sudah membukak bunga silat.

Pantas mereka belari laju ke arah mereka berdua. Tak sempat Puteri Bunga Sari menghalang, mereka berdua sudah membuatkan pendekar dan Inang Sofia jatuh ke lantai.

"Kita perlu berbincang" Tuan Awang Purnama memandang Puteri Bunga Sari. Urat yang muncul sebentar tadi makin menghilang.

Aksi yang dilakukan itu disaksikan oleh Puteri Bunga Sari. "Tunggu sekeja-"

"Tidak ada masa untuk bertunggu, Tuan Puteri" tangan kasarnya terus mengcengkam di koler baju Puteri Bunga Sari.

"Tengku!! Tengku tidak patut buat begitu pada tuan puteri!!" Lentera Sukma menarik lengan Tuan Awang Purnama. Tapi kelakuannya itu tidak memberikan sebarang manfaat.

 Hikayat Dewi Silat √Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα