bab 8

265 27 9
                                    

"Aduh!" Nyaring Lentera Sukma menjerit dihadapan Tuan Awang Purnama. Kerisnya dituju ke muka Lentera Sukma.

"Aduh kepala patik sudah gering tuanku... tuanku tidak henti terbalikkan tubuh badanku... aduh..."

Tangan kanannya menekan di kepalanya kerana sakit. Tuan Awang Purnama menghulurkan tangan. "Ayuh, Lentera... kamu perlu bantu beta..."

Dia mengeluh dalam diam. Dia tidak mahu menunjukkan keluhannya dihadapan manusia yang ada darah keturunan raja itu, menandakan ia kurang adab.

Nafas berat dihembus, tangannya terus capai huluran itu. Dalam diam dia sedang fikirkan, mengapa putera dihadapannya ini terlalu beria - ria ingin melatih silat semula?

"Wah! Lihatlah... orang - orang yang sepatutnya jadi hamba raja, menyibuk berada di kawasan gelanggan silat!" Sinis Putera Pawana Agung. Lentera Sukma membulat matanya memandang. Sungguh dia mahu menarik rupa lelaki itu tetapi kerana ingin menjaga maruah keturunan Indrapura Kawi dia terpaksa menanam niatnya.

"Tuanku tidak murka dengan dia kah?" Pelahan dia berbisik.

"Ampun beribu ampun tuanku... patik hanya mahu berlatih sahaja di sini... ampun tuanku..."

"Aku tidak kira jika engkau mahu berlatih sekalipun... engkau perlu sedar darjat diri engkau! Pergilah engkau dari sini!" Tangannya terus menolak tubuh badan Tuan Awang Purnama ke tepi.

"Berhenti! Tuanku tahukah si- UHMM!!"

Kepala Putera Pawana Agung terus menoleh kebelakang sejurus Lentera Sukma membukak mulut.

Ayatnya tidak dapat dihabiskan kerana mulutnya sudah ditutup oleh Tuan Awang Purnama. "Jika engkau bersuara lagi sekali, tidak aku teragak untuk serahkan jasad kau kembali pada wanita gila itu" dia berbisik sambil memberikan ugutan.

Kepalanya pelahan mengangguk dan tangan Tuan Awang Purnama pelahan - pelahan jatuh.

"Ampun tuanku... ampunkan patik kerana menganggu tuanku dengan suara yang kuat itu... ampun tuanku"

Dia memberikan pandangan tajam tanpa membalas kata - kata Tuan Awang. Pendekar - pendekar itu memberikan pandangan tajam seakan memberikan amaran pada mereka berdua lalu pendekar - pendekar itu berjalan mengikuti Putera Pawana Agung.

Mulut Lentera Sukma bergerak - gerak. Dalam diam dia menyumpah seranah di belakang putera itu. Tuan Awang Purnama hanya geleng kepalanya, sudah penat layan karenah si Lentera Sukma itu.

"Lentera... sudah - sudahlah... tidak ada guna kamu menyumpah seranah dibelakang putera itu, tidak memberikan sebarang manfaat"

Lentera sukma hanya memandang Tuan Awang Purnama dengan muka tidak puas hati. Dia sungguh pelik, mengapa orang yang melayan dirinya dengan teruk masih diberikan layanan baik? Peliklah.









Puteri Bunga Sari memandang tajam sahaja ke arah kerisnya. Tidak henti kerisnya bergetar. Apa masalah keris ini?

Apabila dia menyentuh besi keris, memang benar - benar bergetar seakan - akan seperti tanah bumi ini mengalami gempa bumi.

Mukanya cuak apabila keris itu membuat getaran yang kuat. Bergerak - gerak dan menjauhkan dirinya dari pemiliknya. Mushkil! Keris itu berhenti bergetar setelah keris itu begerak tidak jauh dari Puteri Bunga Sari.

Mukanya pelik tapi perasaan pelik dan ptertanya ditolak tepi. Dia cuba mengambil keris itu lalu kakinya memijak lantai kamarnya.

Langkah demi langkah, kakinya terpijak dibahagian lantai itu dan membuat bunyi seperti kayu patah. Bebola mata memusing ke bawah dan terbeliak melihat perkara itu.




"Tuanku... tuanku masih nekad mahu menyorok perkara ini dari tuan puteri?" Hulubalang itu menunduk dengan keris elok tersarung di kain sampingnya.

Muka Raja Dharma Angkasa hanya serius dan tiada senyuman yang selalu ditunjukkan. Hatinya berat mahu membukak perkara yang sudah lama dia menyimpan.

Permaisuri Atma Kartika hanya memandang risau pada suaminya. "Kanda Dharma... dinda mahu kanda untuk fikirkan semula... benarkah Kanda mahu menyimpan lagi rahsia ini setelah keris yang dimilikki oleh Adinda Bunga, sudah memberikan petunjuk padanya?"

"Kita akan simpan rahsia ini selama yang boleh... kanda tahu, rahsia yang kita pegang ini, menyimpan seribu satu persoalan yang sentiasa difikirkan olehnya. Rahsia ini terlalu banyak dan lambat - laun akan ketahuan juga.

Kanda mahukan keris itu sendiri memberikan petunjuk padanya dan serahkan sahaja tanggungjawab ini pada Tuan Awang Purnama. Jejaka itu pasti akan buat yang terbaik untuk kita"

Permaisuri Atma Kartika hanya menunduk sahaja. "Beta titahkan kamu untuk memberikan surat ini oada Tuan Awang Purnama tanpa ketahui oleh sesiapa pun" dia memberikan sepucuk surat pada hulubalang itu.

"Menjujung titah tuanku!"

"Keselamatan Puteri Bunga Sari... kekuatan yang dipegang teguh oleh keris dan tubuh badan Puteri Bunga Sari akan dipertanggungjawabkan oleh Tuan Awang Purnama. Moga - moga Allah SWT akan membantu kita untuk meneggakkan keadilan dan memberikan keadilan pada orang yang dizalimi"

"Aamiin yaa rabbal ' aalamiin"

○○○

 Hikayat Dewi Silat √Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu