pertemuan

342 28 2
                                    

Hujan turun membasahi bumi untuk kesekian kali hari ini. Rahmat, hujan itu rahmat. Pada petani, hujan itu rezeki kerana ia membantu menyuburkan tanah. Pada orang yang berkenderaan ia adalah bencana kerana hujan melicinkan jalan dan mengaburkan pandangan sewaktu memandu. Lebih tepat lagi, hujan memberi maksud berbeza untuk situasi yang berbeza.

Seorang wanita duduk di perhentian bas kerana hujan terlampau lebat untuk dia melintas jalan, dengan keadaan kereta yang banyak dan terlampau laju itu, dia tidak mahu nyawanya menjadi taruhan. Jam di tangannya dilihat, 6:30 petang, waktu kemuncak orang berkerja pulang ke rumah jadi tidak hairan kereta begitu banyak.

"Arya? " sepasang mata kelihatan tidak asing menyapa Arya yang tadinya merenung langit yang hampir gelap.

"Kita kenal ke? " Arya cuba sesopan mungkin supaya tidak melukakan lelaki dihadapannya ini. Lelaki itu nampak kebingungan untuk waktu yang agak lama.

"Tak tak. Saya kenal awak sebab awak famous kat sekolah dulu jee. Awak tak kenal saya. " Arya cuba memproses perkataan lelaki itu, mencari memori yang mungkin ada. Hampa, dia tak ingat apa apa.

"Maaf ya sebab saya tak kenal awak. "Lelaki di hadapannya ini tersenyum. Namun entah kenapa ada seseuatu tentangnya yang membuat Arya terus menatap matanya,seakan akan mata itu pernah menjadi perkara terindah dalam hidupnya.

"Saya pergi dulu yaaa? Hati hati pulangnya ya Aryaaa" lelaki itu berlari lari anak meredah hujan.

__________

Pintu kereta ditutup rapat, Nazrin terpaku di tempat duduk pemandu. Arya ke tadi? Ke aku dah gila ni? Dah tiga tahun dia tak de, tiba tiba kat sini? Tapi kenape? Kenape lepas aku dah mula terima? Mustahil laa. Enjin kereta di panaskan dan doa dibaca lalu kereta itu dipandu ke rumahnya.

"Ibu, Naz dah balik nii" rambutnya yang basah dikibas kibas menggunakan tangan.

"Ya Allah anak bertuah ! Kamu pergi mandi sekarang. Basah laaa ruang tamu ibuu, ibu baru mengemop tadi " Puan Arina mengurut-ngurut dadanya melihat anaknya yang satu itu mengibaskan-ngibaskan rambutnya sehingga memercik air di merata tempat.

"Ibuuu rindu ibuuu " Nazrin memeluk ibunya, rindu. Sudah 3 tahun dia tidak pulang dengan alasan tiada masa dan sibuk belajar kenyataannya dia tidak mahu pulang, kerana takut tidak bisa melupakan Arya.

"Basah la ibu Nazrin ! "

"Sorry ibuuu, sayang ibu" Nazrin berlari ke bilik air untuk mandi.

"Cepat sikit mandi tu, ibu masak makanan favorite kamu"

"Okay ibuuu"

"Kamu cuti ke Naz?" Soalan pertama Puan Arina sejak 10 minit mereka menjamah makan. Nazrin mengeleng - gelengkan kepalanya.

"Kamu bile nak kahwin? " Nazrin tersedak.

"Apa ibu ni? Terkejut Naz. " Nazrin mengurut-ngurut tengkuknya. Makanan pedas ibunya membuatkan rasa sakit berbekas di kerongkong.

"Iya laa, kesian ibu. Kamu jarang balik sini. Ayah kamu pulak sibuk memanjang. Kalau ade menantu, bole la ibu kawan dengan dia. Minta dia tolong tolong ibu ke?"

"Ibu jangan jadikan isteri Naz orang gaji ehh" Nazrin mengeleng-geleng dengan jari terlunjuknya bergerak ke kiri dan kanan.

"Apa cakap macam tuu. Bukan laa, tak tergamak ibu"

"Naz tak kisah kalau dia nak berkerja ke nak jadi suri rumah ke. Kalau dia nak jadi suri rumah nanti, Naz mintak la dia teman ibu. Kalau di berkerja, Naz takkan halang, tak salah dia nak kejar cita cita dia. "

"Dah besar anak teruna ibu ya? " mata Puan Arina berkaca. Nazrin kini dah begitu dewasa di matanya sekarang.

"Apa ibu ni? Jom makan. Jangan la nangis. " Nazrin mengusap belakang ibunya perlahan.

__________

"Kamu kenape Arya? Dari tadi kamu balik sampai sekarang senyap je mak tengok? " hampir 2 minit sejak makanan terhidang di hadapan Arya tetapi tidak sedikit pun disentuhnya. Mata lelaki tadi masih jelas tergambar dia mindanya.

"Tak de ape mak. Arya okay jee. Mak, esok u tu Arya pergi sorang sorang ke ? " seakan akan kembali ke realiti Arya mula menjamah makanannya.

"Kamu nak mak teman ke? Mak sibuk esok. Ade kes baru yang mak kene check. "

"Ouhhh okay, tak pe. " Arya menganguk faham. Ini bukan kali pertama, jadi dia tidak berharap.

"Masa tidak menyembuhkan segalanya" -Nazrin.

hujanWhere stories live. Discover now