Aiden

93 18 0
                                    

"Arya, Arya okay takk? " Arya memegang kepalanya, mengangguk sedikit lalu situasi sekarang di proses.

"Aryaaaa" Helmi menghampiri Arya dengan mata berair.

"Ko menangis ke mi ? Alalalalal kesian diaaa "

"Hang jangan la tinggal aku" air matanya yang tadi hampir kering kini turun semua. Dia betul betul takut kehilangan sahabat baiknya.

"Dah dah buruk bongok HAHAHAHA "

"Mak tengok Aryaa" Kata helmi sambil memuncungkan bibirnyaa. Ya Allah sabar je la dengan mamat nii.

"Arya okay ke?" Soalan itu membuatkan senyum Arya hilang. Dia okay ke? Betul ke dia okay?. Arya menganggguk kecil.

"Cik Nurin tadi mana mak? " Puan Saleha terasa serba salah ingin menjawab soalan anaknya.

"Dia dah balik dah" setelah lama dibiarkan sepi soalan itu akhirnya terjawab.

"Arya jom makan, mak dah masak" Helmi mengajak dengan wajah teruja. Makanan yang selalu di dahulukan kini di jadikan yang kedua.

"Helmi, aku.... " ayatnya dibiar tergantung.

"Hang ni kan, cakap tu bagi habis laaa" Puan Saleha tersenyum melihat gelagat mereka berdua, berharap bersahabatan ini kekal selamanya.

"Siapa Aiden Nazrin, helmi? " Puan Saleha bereda, memberi ruang untuk mereka menyelesaikan masalah ini sendiri. Namun, tahu la dia memori anaknya telah kembali.

"Tak de sape. " hanya itu yang dikatakan. Arya kembali bersandar di katilnya. Dia penat.

"Lupakan dia Arya. Dia bukan sesiapa. "

"Aku pun tak harap kenangan tentang dia kembali. " perlahan- lahan air mata meleleh turun ke pipinya, pandangannya kabur seketika sebelum dia sendiri memutuskan untuk melelapkan mata.

"Hang tak marah aku ke? " Hati Helmi hancur berkecai melihat Arya begini.

"Kenape nak marah? " Mata Arya masih terpejam. Dia masih tidak kuat untuk menghadapi kenyataan ini.

"Aku tak ada niat buruk, Arya. " Helmi masih berdiri di hujung katil, seakan di arahkan untuk berdiri di situ. Arya mengelap air matanya sebelum membuka mata. Helmi tak pernah jahat dan Arya tahu itu.

"Helmi keluar bole? Aku nak bersendirian kejap. " Helmi mengangguk sebelum melangkah keluar, memberi Arya masa.

__________

"Ha helmi, mana Arya? " tanya Puan Saleha risau.

" Dia kata kat mi, dia nak bersendirian kejap " Puan Saleha mengangguk, dia faham Arya masih perlukan masa menerima balik kenangan lamanya.

"Tak pa mi, Arya tu kuat. Mak tau. "

"Mi tau mak, tapi mi yang tak kuat. Tengok air mata dia jatuh lebat macam tu, buat helmi serba salah." Helmi membasuh tangan lalu duduk di meja makan bersebelahan Puan Saleha.

"Mak tak pernah salahkan mi. Mak tau kamu ikhlas berkawan dengan Arya. Mak berterima kasih sangat untuk itu. Terus berkawan dengan Arya ya? " Helmi mengangguk sebagai jawapan.

"Ayah mana mak? "

"Ayah kamu? Ada kat surau la kot " Puan Saleha berteka teki sendiri.

"Assalamualaikum isteriku " Puan Saleha menyalami tangan suaminya.

"Waalaikumsalam abang, tak perasan pun abang balik? "

"Banyak Kali abang bagi Salam, tak de sape perasan. Abang masuk je la. Ha ade helmi, cuti? "

"Tak cuti ayah, ingat tadi nak lawat mak je" jawab helmi sambil menyalami tangan Encik Saiful.

"Arya mana? " soalan pertama selepas Encik Saiful selesai memperbetulkan kerusinya dan duduk dengan selesa.

"Arya dalam bilik bang, dia baru lepas pengsan"

"Pengsan?! "

"Jangan risau ayah, dia dah sedar tadi. "

"Tapi, " riaksi Encik Saiful berubah mendengar perkataan tapi isterinya.

"Memori dia dah kembali. " Encik Saiful tidak terkejut.

"Itu bukan perkara yang patut kamu sedih. Kalau tak sekarang, sampai bila kamu nak dia lupa. "

"Tapi abang, saya kesian kat dia. "

"Tak perlu kesian, Arya cuma terkejut. " Arya datang dan duduk bersama keluarganya. Helmi senyum ke arah Arya dan Arya membalasnya.

"Arya okay? " Puan Saleha menyoal dengan suara sayu. Arya hanya mengangguk dengan senyuman.  Puan Saleha dan Encik Saiful beredar mereka ruang.

"Hang betul ke okay? Nak pergi tengok senja tak? " Arya melihat helmi sayu, dia disini saat yang lain hilang, dia disini saat Arya hampir menyerah, dia disini saat Arya sangat ingin mengalah dan sekarang dia masih disini.

"Hoi, aku cakap dengan kau tau manusia." Helmi bengang soalannya tidak dijawab tapi dibalas dengan pandangan sayu Arya.

"HAHAHAHAHA, yeeee. Aku okay. Tapi aku still nak tengok senjaa, bole helmi sayang? " Arya sengaja mengusik helmi dengan panggilan sayang kerana tahu dia amat membenci perkataan itu.

"YEE SAYANG YEE, JOM TENGOK SENJA"

"HAHAHAHAHA"

"Kamu hanya kenangan, tapi kenapa ia tetap menyakitkan? " -Arya

hujanWhere stories live. Discover now