kita

119 19 9
                                    

     "Aiden, awak.... " Arya terkedu. Aiden betul, aku tak pernah dengar. Hanya menyalahkan lalu pergi, sedangkan aku yang tidak memberi peluang.

     "Saya minta maaf, saya tak bermaksud nak marah awak. Jom masuk dalam rumah dulu. Nanti awak demam"

     "Tak, takpe saya... " belum sempat Arya membalas Aiden menariknya lengan bajunya ke tempat berbumbung.

     "Bukan saya yang kahwin, sedara saya. Dia kata nak tumpang rumah, sebab rumah dia tak muat nak ajak satu kampung. HAHAHAHA. Ape lah dia tuu. " Aiden membuka bicara setelah dia merasakan mereka diam terlalu lama. Arya terdiam, dia malu. Aku la dengan Helmi nii, siap diaa! Balik nanti aku cincang cincang diaa!

     "Arya, Okay ke? " Aiden menatap Arya, dia rindu wajah ini, terasa seakan-akan bertahun tidak melihat Arya.

     "Saya salah, saya percaya Helmi bulat bulat. Saya minta maaf" Ucap Arya melarikan anak matanya.

     "Minta maaf untuk ape? Bagus la, saya bole tahu awak sayang saya ke tak. Sayang jugak awak kat saya ya? " Aiden menatap hujan yang semakin lama semakin reda. Dia tahu jika dia menatap Arya lebih lama, dia akan memaksa keadaan atau merosaknya lagi.

     "Sayang. " jawab Arya yakin. Aiden terkejut terus melihat Arya. Aku salah dengar ke ni?

     "Kalau saya tak sayang tak de buat kerja bodoh, pergi paksa Helmi drive jauh jauh even saya tahu dia penat. " Arya yang tadinya menjauhkan diri ke belakang Aiden kini melangkah ke depan, berdiri betul betul bersebelahan Aiden.

     "Awak? Sayang saya? " Arya agak berdebar menanti jawapan Aiden. Aiden tersenyum sebelum menjawab.

     "Sayang. Sayang sangat sampai saya tahu semua favorite awak. Sayang sangat sampai saya cerita kat semua orang macam awak tu saya punya. Sayang sangat sampai setiap pagi saya bangun 'saya nak tengok awak' hanya itu yang saya fikir. Sayang sangat sampai saya nak sangat awak hidup dengan saya " selepas Aiden habis bercakap dia menatap Arya, Arya yang pada mulanya agak terkejut, kini mengalirkan air mata tanpa henti.

     "sorry"

     "Kenape? " tanya mengelap air matanya.

     "Buat awak menangis. Saya selalu buat, saya rasa kalau awak hidup dengan saya mesti menangis tiap tiap hari" hujan telah berhenti. Burung- burung yang tadinya berteduh, kini sambung mencari rezeki.

     "HAHAHAHA Awak ni. Dulukan, time birthday saya, orang tanya saya, saya nak hadiah birthday ape, saya jawab tak nak ape ape. Tapi dalam fikiran sayakan, saya cakap saya nak awak. "

     "Lepas bertahun tahun tak jumpa, walaupun saya tak ingat, saya yakin ada someone dalam hati saya,yang saya nak sangat sangat. Helmi pernah tanya, macam mana kalau orang yang saya nak tu cacat ke, gemuk ke, macam manaaa ? saya senyum, lepas tu saya jawab. Ada sebab kenapa Allah jatuhkan hati saya sedalam dalamnya untuk dia. Dia cacat, gemuk ? Apa salahnya? I'm in love with his soul, not his body " cerita Arya buat dia terdiam, Arya tersenyum melihat Aiden.

     "Hujan dah berhenti ni, saya balik dulu ya Nazrin" Aiden tersenyum manis. Arya adalah orang pertama yang kembali memanggilnya Nazrin setelah sekian lama. Dulu dia tidak mahu sesiapa memanggilnya Nazrin lagi setelah berita Arya meninggal, menyapa telinganya. Namun rasanya sekarang dia sudah kembali memakai nama Nazrin.

     "Boleh saya hanta awak balik? "

     "Kalau saya call Fahmi sekejap bole? " Aiden hanya mengangguk.

     "Ehh amik aku sat"

     "Tak nak "

     "Pahal pulakkk? Cepat laaa"

     "Tak nak ! "

     "FAHMI ! " talian di putuskan. Arya hanya mengeluh lalu meminta Aiden menghantarnya. Setelah sampai di rumahnya, Arya terkejut melihat kerana begitu ramai orang di rumahnya. Ade ape ramai ramai ni? Arya yang melangkah masuk, disambut dengan senyuman semua orang.

     "Ape ni? "

     "Pertunangan kita tuan putri" Nada percakapan Nazrin yang tenang, membuat pipi Arya memerah.

     "Habis tu mak ayah setuju? "

     "Kenape tak setuju pulak? " Puan saleha menyoal.

     "Lepas tu, kamu nak tunggu si Nazrin ni berapa lama lagi? " Encik Saiful menyokong soalan Puan Saleha.

     "Sekejap sekejap, Arya nak cakap dengan Nazrin jap ehh? " Arya mengajak Nazrin keluar.

     "Kenape tuan putri? Tak suka ya saya ajak bertunang? " soal Nazrin sambil duduk di kerusi yang memang tersedia di luar.

     "Haah, kenape tak kahwin terus? "

     "Serious ehh? " Nazrin bangun, berniat memberitahu semua orang yang Arya ajak kahwin.

     "Tak tak, gurau je" Arya menghalangi jalan Nazrin.

     "Habis tu? Apa masalahnya tuan putri? " Nazrin yang sedang berdiri menundukkan sedikit badannya, supaya dapat mendengarkan Arya lebih  jelas. Tanpa dia sedar itu membuatkan pipi Arya makin memerah.

     "Awak tak lamar saya lagi " Arya meng'cover' wajahnya yang memerah dengan tapak tangan. Suara Arya agak perlahan tidak menghalang Nazrin untuk mendengarnya.

     "Jadi, awak nak hidup dengan saya? " Nazrin menatap Arya dengan penuh kasih sayang. Arya yang memerah di tambah dengan soalan Nazrin yang sebegitu membuatkan dia terkedu.

     "Orang tua tua cakap kalau diam tanda setuju" Helmi memunculkan diri dengan senyuman. Arya tahu Helmi menyimpan perasaan padanya, tapi dia tidak mahu merosakkan bersahabat mereka. Lagi pun, hati tidak bisa kita tetapkan untuk jatuh pada siapa.

     "Iya saya nak " mereka bertiga tersenyum bahagia.

"Jika kamu ikhlas mencintai, bahagianya dia, gembiranya dia, senyumannya dia akan turut buat kamu bahagia. Walaupun ia bukan untukmu" -Helmi

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

hujanWhere stories live. Discover now