perkahwinan

93 18 3
                                    

"Arya! Aryaaa! " Suara jeritan Helmi memenuhi ruang atmosfera rumah ummi. Arya yang sedang makan tersedak sebelum ummi menghulurkan air untuk dia minum.

"Kamu ni Helmi! Ada terpekik terlolong macam tuu, mati anak orang ni karang" kata ummi sambil memukul - mukul bahu Helmi.

"Aduhhhh, ummi. Apa yang matinyaaa? Kan elok dia makan ni haaa" Helmi mengusap-ngusap bahu sendiri. Pukulan umminya bole tahan kuat rupanya.

"Tadi dia tersedak! Kamu ni" Arya yang sedang minum, menahan tawa.

"Ko tak payah nak gelak sangat"

"HAHAHA HAHAHAHA, ye la ye laa. Kenapa tuu? "

"Tak de tak de, aku tak nak cerita"

"Bapak laaaaaa, ummi tengok mi ni"

"Helmi, kamu yang terpekik terlolong panggil dia tadi, lepas tu tak nak cakap pulak? "

"Ummi, sekarang ni siapa anak ummi ni, Mi ke Arya? "

"Ko ni gedik laaa" Arya bangun dari tempat duduknya menuju ke sinking berdekatan, pinggannya dibasuh bersih.

"Ye la ye laaaaaa, aku cakap ni" selepas selesai membasuh pinggannya, Arya kembali ke tempat duduknya.

"Ha kenapa? " Arya menanti dengan hairan. Helmi tidak pernah bergini. Selalunya jika dia ingin bercerita, ceritanya akan keluar secara alami. Bukan cara tergesa-gesa bergini, seakan- akan perkara yang disampaikannya amat penting.

"Tapi kalau aku bagi tau jangan terkejut tau" Arya mengangguk dengan perasaan agak berdebar.

"Korang sembang laa, ummi nak keluar sekejap. "

"Okay ummi, hati hatii" ucap Arya, sebelum kembali fokus ke cerita Helmi.

"Aiden nak kahwin dh" jantung Arya terhenti, dunianya seakan akan berhenti berputar. Aiden nak kahwin? Soalan itu berulang kali bermain di mindanya.

"Aryaaaa! " Helmi memanggil untuk kali yang keberapa entah, tiada riaksi.

"Arya! " Helmi memanggil lagi.

"Haa iyaaa. Bila perkahwinan tu? " Arya kembali ke dunia nyata.

"Esok"

"Esok? " Emosi Arya bercampur aduk. Dia marah, keliru, benci tapi pada masa yang sama, dia harap apa yang didengarnya ini tidak betul.

"Iyeee"

"Bole hanta aku jumpa dia? " Arya menatap Helmi, berharap Helmi mahu membantunya. Iya kali ini dia egois, dia tahu Helmi penat, dia tahu Helmi sangat sangat perlukan rehat, tapi dia tidak mahu ambil tahu.

"Iye, cepat siap" Arya begegas mencapai segala yang diperlukan. Baju yang digantung atau lipat, semua di sumbat ke dalam bag galasnya. Selepas beberapa kali memastikan tiada yang tertinggal, Arya segera mencari Helmi. Helmi yang sedang duduk bersandar di luar kereta terkejut melihat Arya yang bergegas menuruni tangga.

"Arya! Jatuh nanti! " Arya mengabaikan ucapan Helmi dan Helmi hanya mengelengkan kepalanya. Suasana dalam kereta yang senyap teramat membuatkan Helmi membuka radio. Selalunya, mereka tidak membuka radio kerana Arya terlampau banyak bercerita dan jika Helmi ingin membuka radio akan di marahi oleh Arya. Tapi kali ini berbeza, Arya hanya memerhati luar kereta yang pasti tiada apa yang menarik kecuali langit yang hampir mendung dan banyak pokok yang kehijauan.

" Kita dah sampai Arya, rumah Aiden. " Helmi memanggil Arya yang kelihat seperti mayat hidup. Seolah olah rohnya sudah pergi meninggalkan badannya.

"Ohhh, thank you mi, " Arya melihat di hadapan rumah Aiden terdapat beberapa kemah, di tambah pelamin yang sangat indah. Warnanya dark blue, warna kegemaran mereka. Tipu, warna yang selalu buat mereka 'matching' semasa prep malam di sekolah menengah. Mungkin hanya khayalan Arya itu 'warna' mereka.

"Arya tak nak masuk? " Helmi menegur Arya yang hanya memerhati perlamin tanpa melangkah masuk.

"Ha mi, hang datang? Ingat tak datang tadi. Aku..... " Suara Aiden mengejutkan Arya. Aiden yang terkejut melihat Arya, menghentikan percakapanya. Aiden yang hanya memakai baju melayu berwarna tanpa sampin, masih terlihat manis di mata Arya.

"Hai Aiden " Arya menghadiahkan senyuman paling indah, dia rasa. Aiden hanya membalas senyuman Arya sebelum dia perasaan Helmi 'menghilangkan' diri. Arya betudung bawal berwarna pink di sesuaikan dengan berbaju kurung berwarna maroon membuatkan Aiden hilang kata-kata.

"Awak nak kahwin? Wau " mata Arya melihat pelamin, melarikan bukti yang dia amat ingin menangis sekarang. Jangan kahwin, jangan pergi, aku cintakan hang sangat.

"Arya, saya..... "

"Kenape tak ajak saya? Risau I gonna ruin your best day? " Arya menatap Aiden dengan mata berair, kali ni dia dah tidak kisah. Arya menangis, dia marah.

"You're never listened to me! Everytime saya nak explain, awak selalu lari or potong cakap saya! Now you asking me why I didn't invite you? You gonna ruin my best day? I don't care about that. Saya tak jemput awak sebab awak cakap awak dah tak nak jumpa saya! " langit yang mendung tadi telah menjadi hujan, dan entah kenapa sekali lagi hujan memberi Arya kenangan buruk.

"Hargai sebelum pergi hanya di yakini oleh orang yang kehilangan" -Aiden.

hujanWhere stories live. Discover now