Someone You(We) Loved

184 14 24
                                    

Trio Ori as siblings.

Pagi itu, Taufan bangun pada pukul 9 pagi. Perkara biasa.

Setelah mandi dan memakai baju, dia turun ke tingkat bawah rumah Tok Aba dan terus menuju ke dapur. Lapar.

Masuk sahaja, dia tak terkejut bila sosok Gempa, adik bongsunya yang pertama dia lihat sedang mengacau sejenis sup di dalam periuk.

Taufan mengangkat bahunya sebelum mendekati meja makan. Apabila kerusi ditariknya, dia dapat menangkap bagaimana tubuh Gempa tersentak kerana bunyi yang dihasilkan kerusi itu.

Hm?

"Oh, kau dah bangun, Fan! ," Kata Gempa yang laju berpaling sebaik sahaja mendengarkan bunyi kerusi ditarik dan mengukirkan senyuman tulusnya.

"Mesti kau lapar, kan? Maaf ya tapi kau kena tunggu sikit lagi. Bubur ni belum cukup masak ," kata Gempa yang kemudiannya berlalu ke rak pinggan dan cawan untuk mengambil tiga gelas cawan.

Selepas itu, dia meletakkan ketiga-tiga cawan itu di atas meja makan, betul-betul di hadapan Taufan yang setia memerhati.

Setelah itu, dia pergi pula ke peti sejuk. Membuka pintu bawah dan mengeluarkan sejag air coklat, dari apa yang dilihat Taufan dari luaran.

Jag itu juga dia bawa ke meja dan menuangkan air di dalamnya ke dalam setiap cawan yang ada.

Dengan Taufan yang memerhati dengan kedua anak mata bersinar.

Air koko Tok Aba! Mestilah!

Dengan kecepatan hampir luar biasa, Taufan menggapai satu cawan dan meneguk isinya rakus.

Macam tak minum seminggu.

Pak!

Hasilnya dia ditabuk kepala oleh Gempa sebaik sahaja dia habis menelan kesemua cecair manis itu dalam masa kurang dari 30 saat.

Uish, sakit kan?

"Aduh... Sakitlah, Gem! ," Adunya dengan muka tak puas hati.

Gempa yang sudah kembali ke tempatnya di hadapan periuk bubur yang mendidih hanya menggelengkan kepalanya.

Kalau dia layan karenah abang kembarnya itu, memang hangit bubur  yang menjadi sarapan mereka pagi itu nanti.

Taufan menjuihkan bibirnya apabila dirinya diabaikan adik kembar sendiri.

Ni mesti ajaran Hali psi– ’

Pak!

Buat kali kedua, kepala Taufan ditabuk tanpa belas kasihan. Tapi kali ini, lebih kuat.

Hasilnya dia menjerit serupa perempuan. Tapi sempat lagi dia menangkap Gempa yang terhinjut kedua bahunya mendengarkan jeritannya itu.

Lagi?

"Ha, mengumpat aku lah tu! Pagi-pagi lagi dah kumpul dosa! ," Kata Hali  gerangan yang menabuk kepala Taufan buat kali kedua dan manusia yang paling Taufan rasa macam nak belasah tapi tak mampu. Takut, kalau akhirnya nanti dia yang masuk hospital.

Kesian Gempa nanti kena urus banyak benda.

Sebab dia sayangkan Gempa lah, Taufan tak cuba untuk ikut keinginan hatinya yang satu itu.

Yeah, I know I'm a good brother.

Hali yang melihatkan riak muka Taufan yang jelas menunjukkan fikirannya sudah melayang entah kemana, memutarkan bebola matanya dengan rasa menyampah.

Daripada melayan adik serupa monyet dia ni, lebih baik dia pergi tolong Gempa.

Berpaling, Hali melihat bahawa Gempa sudahpun mematikan api.

Boboiboy Oneshots(I will try my best, no promises no requests)🙂Where stories live. Discover now