Before You(We) Go

82 5 0
                                    

Boboiboy Elementals as siblings

____________

"Kalau kau mampu putar balik masa, halang apa yang buruk dan jaga apa yang disayangi. Kau mahu?"

"M-mestilah! Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan semua yang aku sayang selamat! Gembira dan- dan hidup!"

"Kau pasti?"

Kepalanya mengangguk yakin tetapi, mungkin, separuh dari hatinya dipenuhi rasa ragu.

Sedangkan adik-beradiknya sendiri gagal dia lindungi, biarpun dengan kuasa yang ada dalam dirinya.

"Baiklah," walaupun hanya suara, dia seolah-olah dapat 'dengar' senyuman sinisnya. "Jika itu apa yang kau rasa, aku akan bantu kau."

"M-maksud kau-?"

"Ya, aku akan bantu kau putarkan semula masa. Kembali kepada waktu di mana mereka masih hidup. Di mana kau masih ada peluang untuk selamatkan apa yang berharga pada kau."

_______________

Menjadi pecahan kembar yang kedua terakhir, keenam daripada tujuh, Thorn telah terbiasa dimanjakan oleh kembarnya yang lebih penyayang dan menunjukkan kasih sayang mereka melalui perbuatan. Seperti Gempa dan Taufan.

Itu tak bermakna kembarnya yang lain tidak penyayang. Mereka juga penyayang, cumanya cara mereka menunjukkan rasa kasih itu berbeza. Sesuai dengan sikap masing-masing yang unik.

Tapi Thorn tetap sayang mereka, unik atau tidak.

Namun, disebabkan mereka kembar tujuh, sifat mereka pastinya berbeza dengan satu sama lain biarpun wajah masing-masing seperti fotokopi.

Beberapa dari mereka mewarisi sifat daripada ayah mereka, Amato atau ibu mereka, Aya.

Gempa dengan sifat penyayangnya, persis ibu. Halilintar yang bersifat peduli tapi dingin, persis ayah dan ibu waktu mula-mula kenal. Taufan yang periang dan nakal, persis ayah waktu kecil, bak kata Tok Aba.

Blaze yang juga periang dan nakal, serta keras kepala tetapi berhati tisu, persis ibu ketika kecil, bak kata nenek mereka. Ais yang pendiam dan tenang, persis ayah bilamana tiada kerja yang membebani fikirannya.

Solar, kembar bongsu dan adik kesayangan Thorn, yang pintar dan kacak, persis ayah yang tak pernah berhenti menunjukkan kekacakannya serta kepintarannya yang menonjol.

Dan akhir sekali, Thorn, dirinya yang mewarisi sifat kekanakan ayah mereka, ketika mereka meluangkan masa berkualiti bersama. Ketika mereka masih lengkap.

Masih bersama dan gembira.

Thorn, biarpun bersifat kekanakan dan berfikiran polos serta positif, dia juga tahu dan faham tentang apa yang orang sekelilingnya perkatakan.

Dia faham, bilamana ibu dan ayah mereka akan tersenyum kekok dan berpura-pura mesra setiap kali mereka bergaduh atau selepas bertekak mulut.

Dia faham, tekanan kerja ayah yang memenatkan dan tekanan keluarga ibu yang menyakitkan dalam diam.

Dia tahu, bilamana abangnya Gempa akan peluk badannya erat ketika mereka disuruh duduk di dalam bilik,  setiap kali perbalahan mulut berlaku di antara kedua ibu bapa mereka di tingkat bawah.

Dia mengerti, bagaimana ibu dan ayah mereka, yang menjadi semakin renggang dan jauh, membiarkan tekanan dan amarah dalam diri menguasai mereka dan sedar atau tidak, memberikan tekanan kepada tiga anak mereka yang tertua. Abang-abang kembarnya. Hali, Ufan dan Gem.

Boboiboy Oneshots(I will try my best, no promises no requests)🙂Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα