Rutin

116 7 69
                                    

Boboiboy and Elementals as family.

Spy AU

PRANG!!!

Bunyi sesuatu pecah berjaya mengejutkan Boboiboy dari lenanya. Dia bangkit dari baring terlalu laju dan menyesal serta-merta kerana sikunya terhentak kepala katil yang berada di belakangnya.

Dahinya berkerut sambil dia turun dari katil dan melangkah menuju ke pintu bilik.

Klik!

Namun, seolah-olah nasib tidak menyebelahinya pagi itu, pintu biliknya terbuka dari luar tepat ketika dia sudahpun berada betul-betul di hadapannya, hendak menggapai tombol pintu untuk dibuka.

"Argh!?"

"Alamak, ayah!"

Dengan kedua mata yang terpejam kerana sebelah tangannya naik mengurut dahi dan hidungnya yang bertemu dengan muka pintu kuat, Boboiboy dapat dengar suara yang tak asing baginya.

Sebelum bunyi tapak kaki yang banyak kedengaran menuju ke arah dia berada.

Ah, here we go.

"Ayah! Ayah tak apa-apa ke!"

"Apa dah jadi? Taufan, kau ke yang buat ni?"

"Apa kau dah buat, kipas!"

"Ayah, ayah! Ayah jangan tinggalkan Lazee!"

"Hoaamm...! Apa dah jadi ni...?"

"Tidaakk! Apa yang Ufan dah lakukann!"

Boboiboy terpaksa memegang kepalanya dengan sebelah tangan kerana terasa pening. Pintu ni pun satu, nak juga hentam muka kacak dia ni.

Pintu pula yang dipersalahkan.

"Hm? Kenapa semua orang ada kat sini? Ha, ada parti ke Thorny nak join!"

Sebaik sahaja suara itu muncul, suasana menjadi hening seketika. Jikalau bukan sebab menahan sakit, sudah lama Boboiboy ketawa.

"Thorny, kitaorang bukannya berparti kat sini,"

Boboiboy dengar suara anak ketiganya menerangkan tentang situasi mereka sekarang ini.

"Habistu? Kenapa semua berkumpul depan pintu bilik ayah ni?"

'Ahaha, mungkin sebab muka aku ni kena hentam dengan pintu,'

"Sebab kitaorang dengar ayah menjerit," balas anak sulungnya.

Boboiboy rasa hendak menyorok, kuat sangat ke dia jerit tadi?

"Ohhh... Jadi kenapa ayah jerit?" Soal anak keenamnya lagi, kali ini ia ditujukan kepada Boboiboy.

Lelaki berumur dalam lingkungan 30an yang masih lagi menahan sakit mukanya dihentam pintu tadi.

"Kejap, ya. Dahi dan hidung ayah sakit lagi ni," katanya.

"Oh, kalau macam tu Gem boleh tolong! Hali, boleh tolong tuntun ayah ke katil? Suruh ayah duduk elok-elok, aku nak ambil sesuatu dulu,"

Arahan anak ketiganya terus dituruti anak sulungnya. Boboiboy dengan pasrah membiarkan anaknya menuntunnya ke katil. Kedua matanya masih tertutup kerana masih terasa sakit.

"Ayah duduk sini elok-elok," kata anak sulungnya dengan tegas.

Boboiboy mengangguk perlahan sebelum menyelesakan duduknya di atas katil.

"Wahh, Thorny nak duduk dengan ayah!"

"Ufan nak juga!"

"Laze punn!"

Boboiboy Oneshots(I will try my best, no promises no requests)🙂Där berättelser lever. Upptäck nu