︶꒦꒷21꒷꒦︶

246 24 5
                                    

Ameleeya meminta cuti. Cuti kecemasan. Dia baru tahu bahawa Puan Wardah akan berjumpa dengan Dato Kareem. Ameleeya kena temankan ibunya. Dia takut Puan Wardah di apa apakan oleh Dato Kareem. 

Ameleeya mengangkat handbrake. Kedai makan yang sering mereka kunjungi semasa mereka masih bertiga. Tangan Puan Wardah digenggam. Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai makan. 

"Bunda, asal bunda aging, suami bunda tak aging je" Bisik Ameleeya perlahan 

"Bodoh bah kau ni" Carut Puan Wardah 

Haa tu bunda kita tu! 

Ameleeya dan Puan Wardah duduk dihadapan Dato Kareem. 

Kekok. 

"Ameleeya apa khabar?" Soal Dato Kareem

"Alhamdulillah bahagia bersama bunda" Ada nada malas ingin melayan Dato Kareem. 

"Saya yakin bunda kamu sudah bagitahu saya dan dia akan bercerai. Jadi ni filesnya dan secepatnya kita akan bercerai" Ameleeya menarik senyumannya. Pahit. Mana gelaran ayah? Oh lupa dia takde ayah. 

Kemudian mereka bertiga senyap langsung tiada kata yang keluar. Nak makan tetapi takde selera. 

Tiba tiba phone milik Dato Kareem berbunyi.

"Maaf, saya kena balik sekarang. Saya akan text awak untuk tindakan selanjutnya" Dato Kareem terus berdiri dan keluar dari kedai makan. 

Ameleeya melihat sekelilingnya. Sudah lama dia tidak menjejaki kaki ke kedai makan ini kerana setiap kali dia melintas tempat ni semua kenangan selalu terimbas. 

"Leeya nak makan apa?" Soal Encik Kareem

"Leeya nak makan roti canai!" Balas Ameleeya. Dia mengidam roti canai

"Bundanya Leeya nak makan apa?" Puan Wardah tersenyum. 

"Hmmmm saya nak makan nasi goreng pataya je" Encik Kareem ketawa. 

"Tak nak mengaku ke bahawa nasi goreng pataya lagi sedap" Puan Wardah menjulingkan matanya

"Ayah! Leeya lapar ni" Adu Ameleeya dengan mulut yang memuncung

"Kita lawan mata nak? siapa kelip dia kalah" Encik Kareem membuka matanya besar besar. Ameleeya juga tak kalah membuka matanya besar besar. 

"Fuhhh" Tertutup mata Encik Kareem apabila matanya ditiup oleh Ameleeya 

"Tak adil lah Leeya ni" Encik Kareem memuncungkan bibirnya 

"Hahahahaha! Ayah macam donald duck!" 

Puan Wardah tersenyum bahagia melihat suaminya dan anaknya ketawa. 

Ameleeya senyum pahit. Dia nak pecahkan kepalanya. Dia  taknak ingat pun kenangan lamanya bersama ayahnya. 

"Bunda isteri kedua dia. Dia ada isteri pertama dia dan dia juga ada anak Leeya" Otak Ameleeya dengan serta merta teringat ata kata Qawie 

"Nama bapa kau dengan bapa Adeliya hampir sama, cumanya bapa dia ada Dato" 

"Bunda, bunda kata dia dah kaya ada gelaran Dato?" Soal Ameleeya perlahan 

"Haah. Dato Kareem" 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Dad! Dad pergi mana tadi?" Soal Adeliya. 

"Dad ada hal tadi" Kata Dato Kareem. Qawie berdiri dan bersalam dengan Dato Kareem

"Macamana company Qawie?" Soal Dato Kareem 

"Alhamdulillah, baik baik sahaja. Semua dalam kawalan" Dato Kareem mengangukkan kepalanya. 

"Cucu atok. Semakin tembam ya pipi tu" Pipi Eyiq dicubit 

"ehehehe, Eyiq kat rumah makan je. Ada camel masak! Shodapp" Puji Eyiq. Perbuatan Adeliya terhenti. Tak suka anaknya memuji Ameleeya. 

"Ni Adeliya nak bagitahu. Dad and mom bakal ada cucu baru" Senyaman Adeliya melebar. 

Qawie tersenyum. Dia letih. Sampai bila dia ditipu? Kenapa dia baru dapat tahu semuanya pada masa ini? Kenapa tak dulu? 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Aku tutup kedai aku awal demi kau" Adara duduk di atas katil Ameleeya

"Aku- aku terkejut Ra. Semua ni berlaku dengan pantas. Aku tak dapat process semuanya" Air mata Ameleeya mula mengalir kembali. 

"Hey hey, slow slow je Leeya. Its ok Leeya. Nangis je Leeya. Jangan pendam sorang sorang Leeya" Adara mengusap lembut belakang Ameleeya. Dia sebenarnya kesian dengan Ameleeya dan Puan Wardah. Mereka berdua nampak kuat namun sebenarnya dalaman rapuh. 

"Ayah aku Ra. Ayah aku datang lepastu dia nak cerai dengan bunda. Yang paling aku terkesima, bunda isteri kedua Ra. Ayah aku juga ada anak. Dia dah kaya Ra. Dia dah jadi dato Ra" Adara tak mampu untuk bersuara. Hatinya juga turut sedih melihat kesedihan kawannya. Ameleeya seorang yang suka pendam dan tak suka menceritakan. Sama seperti Puan Wardah. Mereka berdua pura pura kuat untuk diri sendiri dan mereka juga menipu diri mereka sendiri bahawa mereka mampu untuk mengharungi semuanya sedangkan mereka tak mampu.

"A-aku tak tahu Ameleeya. Aku tak tahu kalau aku berada di tempat kau. Kau dan bunda kau seorang yang kuat Leeya. Korang berdua kuat. Aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya Leeya" Adara memeluk Ameleeya kuat. Sungguh rapuh kawannya ini. 

"Adeliya. Kakak tiri aku" Kata Ameleeya lagi. Sakit. Sangat sakit. Semakin terkesima Adara. Allah Allah. Adeliya isteri Qawie. Cinta pertama Ameleeya telah dimiliki oleh kakak tirinya. Patut nama mereka hampir sama. Adeliya. Ameleeya. 

Puan Wardah yang mendengar perbualan mereka juga turut jatuh terduduk. Tangisannya tak bersuara. Teresak esak dia menangis. DIa juga telah buat hidup anaknya hancur. Mengahwini Dato Kareem bukanlah kesilapannya kerana dia memang benar tulus mencintai suaminya. Namun cintanya yang tulus telah dikhianati. Hatinya juga turut dibiarkan sakit. Menunggu suaminya dalam berbelas tahun itu sia sia. 

"Wardah cinta pertama abang" 

Semuanya dusta belaka. 

"Ameleeya, bukti cinta kita" 

"Ameleeya bukti awak tak bertanggungjawab" 

"Sampai mati abang akan sentiasa disisi awak" 

"Bohong semuanya" 

"Abang janji, abang akan jaga anak abang hingga ke tua nanti" 

"Awak hanya jaga anak awak dengan isteri pertama awak Kareem. Bukan anak kita" 

Esakkan Puan Wardah semakin terdengar. Ameleeya bangun bersama Adara. Mereka berdua menghampiri Puan Wardah. Walaupun Adara bukan ada related dengan mereka tetapi Adara sentiasa ada bersama mereka. Mereka bertiga menangis sepuasnya. Seorang menangis kerana cintanya dibalas dengan dikhianati. Seorang menangis kerana letih mengharungi segala cabaran dan seorang lagi menangis kerana turut berdua akan kedua anak beranak tersebut. 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

-28 May 2022, 1: 24 PM

Edited




ADDEAN ©Where stories live. Discover now