︶꒦꒷24꒷꒦︶

242 19 2
                                    

Qawie menutup jasad tok pa dengan kain. 

"Tok pa pergi tinggalkan kita selamanya ke daddy?" Eyiq memeluk pinggang Qawie. Mukanya ditekup ke perut Qawie. 

"Kita jumpa dengan tok pa di syurga ya sayang" Kepala Eyiq diusap. Seharusnya dia kuat untuk anaknya. Tetapi tak, air matanya masih lagi mengalir. Seorang ayah yang menjaga dia seorang diri, dia dilahirkan sebagai anak yatim dan kini, ayahnya sudah pergi meninggalkan dia. 

"Al-Fatihah" Setiap langkah akan dibacakan surah al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Amar Haqim. 

Ameleeya menahan tangisnya. Walaupun hanya beberapa bulan dia bekerja, sekejap rasanya dia berjumpa dengan tok pa. 

"Leeya, jom ikut saya. Kita naik satu kereta" Ameleeya mengikuti langkah Lucius. Terkejut dia apabila Lucius memberitahu akan kepergian Tok Pa.

Semakin ramai orang beransur pulang setelah jenazah tok pa selamat ditanam. Tanahnya masih merah. Suasana pula tidak panas dan tidak juga mendung. Ameleeya memerhatikan Adeliya yang mengusap belakang Qawie. Qawie memegang batu nisan milik Tok pa. Kubur tok pa bersebelahan dengan arwah isterinya. Eyiq yang masih kecil itu juga masih turut menangis. 

"Malam ni ada acara tahlil di rumah Tuan Qawie?" Soal Imam Amar Haqim. 

Qawie mengangkat kepalanya dan berdiri

"ye, malam ni. lepastu hari ke 3, 7 dan 10" Balas Qawie perlahan 

"Baiklah, in shaa Allah saya akan datang" Bahu Qawie ditepuk perlahan oleh Imam Amar Haqim 

"Kita balik jom Qawie" Adeliya menarik tangan Qawie tetapi badan Qawie mengeras. 

"Baliklah. I nak kat sini je" Eyiq memandang ayah dia dengan sayu. Kalau Qawie sudah sedih akan kepergian to pa apalagi dia, dia takut untuk kehilangan Qawie. Eyiq masih perluakn Qawie. 

"Kau baliklah dulu Adeliya. Bawa Eyiq sekali. Jemisha dah tunggu kau dekat kereta. Biar aku sahaja yang pujuk Qawie" Kata Neo. Ameleeya sebenarnya ingin balik, tetapi dia satu kereta dengan Lucius dan Neo. Nak balik jalan kaki ke?

"Wie, dah dah lah tu. Arwah tok pa tak nak tengok kau sedih akan kepergian dia Wie. Kitorang ada" Bahu Qawie dipeluk 

"A- Semua ni terlalu cepat Neo. Aku rasa belum dapat bahagiakan papa" Luah Qawie. Walaupun mereka kaya, tetapi Qawie sentiasa sibuk, lagi lagi apabila dia sudah berumahtangga. 

"Kau nak nangis, nangis Qawie. Tapi jangan selalu bersedih, kau lupa yang menarik nyawa tok pa ialah Allah. Kita akan selalu kembali padaNya. Tak kira kau dah bersedia atau tak. Kadangkala Allah tarik apa yang kau sayang sebab Allah akan gantikan lagi dengan yang lebih baik. Semua Allah sudah rancang dengan sebaiknya Qawie. Dah dah. Kita balik ye" Belakang Qawie digosok perlahan oleh Lucius. Ameleeya tersenyum sebak. Sungguh dia cemburu dengan Qawie. Qawie mendapat rasa kasih sayang seorang ayah. Dia nak sangat sangat tetapi Ameleeya lupa, Qawie juga langsung tidak pernah merasai cinta seorang ibu. 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Bunda! Dah siap ke belum?" Laung Ameleeya

"Kejaplah" Laung Puan Wardah kembali. Dia tak jumpa pasanagn stokin dia tadi. Tu yang lama. 

"Dah jom kita gerak. Kau yang bawa kereta" Kata Puan Wardah 

"Malam malam bukan memang Leeya ke yang bawa? Mata bunda tu bukan jelas sangat. Dah tahu rabun tu, pakailah spect. Ni tak, beli spect tapi simpan buat perhiasan" Bebel Ameleeya.

"Sejak bila kau pandai bebel bebel ni eh? Gi drive" Sakit pulak hati dia cakap dengan Ameleeya. 

"Bunda, tu bukan kereta bakal bekas suami bunda?' Ameleeya menunjukkan sebuah kereta mercedes. Memang pangkat dato ni kereta dia mercedes eh?

ADDEAN ©Where stories live. Discover now