︶꒦꒷23꒷꒦︶

234 21 4
                                    

TW: mentioning raped

"Apa maksud you ni sayang?" Soal Adeliya menyembunyikan kegugupannya. 

"Jangan nak berdalih Adeliya. Anak tu. Anak dalam kandungan you, jujur dengan I" Kata Qawie dengan tegas. Jujur dia tak nak berkasar dengan perempuan. Dia tak nak digelar baran. 

"Anak you lah Qawie. Kenapa?" Adeliya menarik tangan Qawie untuk dilekapkan di atas perutnya

Qawie terus menarik tangannya dari genggaman Adeliya. Kaki dihalakan meja, punggungnya didudukkan di atas meja, tangan Qawie mengenggam buku limanya sehingga menampakkan uratnya. Sudah lama dia menahan sabar. 

"You tahu tak Adeliya? I rasa bodoh Adeliya. Selama kita berkahwin, tak pernah pun terdetik aku nak curang Adeliya. Aku cuba untuk terima perkahwinan ini, aku cuba untuk terima kau Adeliya. Aku sabar layan karenah kau sebab aku percaya perkara baik nanti akan datang, tapi tengoklah bukan perkara baik, tu bukan anak aku-" 

"I kena raped Qawie!" Jerit Adeliya menahan tangis. Kejadian hitam tersebut bermain dikepalanya. DIa bangun tanpa seurat benang. Sakit. Semuanya sakit. Dia jijik! 

"And I already knew it! Aku tak salahkan kau tentang tu Adeliya, yang aku rasa kecewa kau curang belakang aku dari kita kahwin lagi. Luca, lelaki yang sukakan kau dari sekolah sampai kini. Sanggup demi kau. Dia lebih tahu tentang kau Adeliya. Aku rasa macam aku ni tunggul ke Adeliya? Kau ingat aku bodoh ke Adeliya nak suruh kau gugurkan kandungan kau tu. Sumpah aku kecewa sangat Adeliya" Qawie meraup wajahnya. DIa tak tahu nak rasa marah atau kecewa ataupun sedih. Semuanya bercampur baur. 

"Sebab you tak cintakan I Qawie!" Adeliya memandang Qawie. Matanya sudah mengeluarkan air. 

"aku dah kata Adeliya masa tu. Aku- yes aku admit that was my fault saying that. Tetapi aku cakap macamtu supaya tak tercalar maruah kita berdua. Lepastu kau yang nak sangat kahwin dengan aku Adeliya. Aku terima je sebab aku cuba buka pintu hati aku Adeliya" Salah siapa sebenarnya? 

"Qawie, kita kahwin dah lama Qawie. Takkan satu cebis pun rasa cinta you takde?" 

"I loved you Adeliya, past tense Adeliya. Apa selama ni aku tak jujur dalam mengatakan perkataan tersebut, kau tak nampak ke effort aku selama ni? Tetapi aku rasa rasa tu semakin hilang Adeliya. Kau isteri aku, tetapi kau langsung tak dengar kata aku Adeliya. Kau lebih pentingkan kerja kau dari aku dan Eyiq. Aku tak larang kau kerja Adeliya tetapi kau kena ingat kau tu isteri aku" Luah Qawie. Adeliya terdiam mendengar luahan Qawie. Memang betul selama ni dia tak dengar kata Qawie. Dia abaikan suami dia dan anaknya. 

"I- kita kosong kosong Qawie?" Adeliya memegang perlahan bahu Qawie. 

"I nak tenangkan diri I. I tak nak ganggu emosi you lagi lagi you dah mengandung. I am sorry for my unconscious towards your health. You pergi tidur. I tidur kat Eyiq. Esok kita bincang lagi" Qawie langsung tidak memandang wajah Adeliya

"Esok bincang? Apa maksud you Qawie? KIta nak bincang apa lagi?!" Jantung Adeliya kembali berdegup kencang. Apa lagi makna yang tersirat? 

"Don't stress yourself. Its getting late" Sempat Qawie mengambil phone miliknya dan keluar. Terdengar esakkan Adeliya. Qawie menuyup matanya. Dia kejamkah? Adakah semua ni berpunca darinya? 

Qawie masuk ke dalam bilik Tuan Muzammir. Sebak. Keadaan Tok pa sangat sangat mendatangkan sebak. Qawie terpaksa membeli alat untuk membantu papanya bernafas. Kini Tok pa susah untuk bernafas. 

"Papa" Tangan Tok pa digenggam. Air mata Qawie terus jatuh

"Qawie tak tahu papa. Qawie rasa rumahtangga Qawie semakin hancur papa. Qawie gagal menjadi ketua keluarga. Papa sihatlah balik. Qawie rindu papa Qawie rindu nasihat papa. Papa" Qawie teresak sebelah Tuan Muzammir. Air mata Tuan Muzammir juga mengalir

"Q-Qawie. Papa sentiasa d-doakan y-yang terb-baik buat Qawie. S-sejak Qawie lahir papa dah j-janji kat arwah mama, papa j-janji papa akan j-jaga Qa-Qawie sampai p-papa mati. T-tapi s-sekarang n-ni Qa-Qawie y-yang jaga papa. la-lawak lah pula" Tawa Tok pa. Suaranya sangat kecil dan perlahan dibandingkan dengan dulu dulu. 

"P-papa jangan kata macamtu dah tanggungjawab Qawie jaga papa. Papa dah jaga Qawie dari Qawie kecil lagi" Tangan tua Tok pa dibawa ke bibir. 

"P-papa takde nanti, papa percaya Qawie kuat. Qawie satu satunya anak papa. Qawie akan kuat demi diri Qawie sendiri. Qawie k-kena bijak ka-kawal ke-keadaan. Y-yang penting, diri Q-Qawie, h-hati Qawie" Qawie anaknya yang dia jaga, hati anaknya dulu memang sentiasa dijaga, dilindungi daripada luka. Dia sanggup terluka demi anaknya. 

"M-mari sini. T-tidur dengan papa" Tok pa perlahan lahan menepuk tempat kosong disebelah kanannya. Qawie perlahan lahan naik ke atas katil 

"Imp-pian p-papa nak tengok Qa-Qawie bahagia dan y-yang p-paling p-penting im-pian papa" Qawie tekun mendengar kata tok pa. 

"p-peluk papa" Qawie ketawa perlahan sambil matanya masih merah. 

"Memang Qawie akan peluk papa walaupun Qawie pun dah semakin tua" Gurau Qawie

Qawie memeluk tok pa sehingga dia tertidur. 

Eyiq membuka perlahan pintu tok pa. Eyiq terbangun dan mencari Qawie tetapi pintu Qawie berkunci jadi dia pergi ke bilik tok pa. 

"Eh kenapa papa tidur dekat sini?" Soal Eyiq bersama beruangnya yang baru dibeli

"M-mari sini k-kita tidur" Eyiq membaringkan badannya ditepi tok pa dan menjadikan tok pa beradai ditengah tengah. Nasib baik katik tok pa ni besar. Kalau tak roboh nanti. 

"Eyiq nak sleep. Goodnight tok pa!" Pipi dan dahi tok pa dicium. Kerutan di dahi Eyiq menunjukkan dia tertanya kenapa pipi daddy dia seperti ada air mata yang kering. Mungkin air liur? Eyiq terus menutup matanya apabila kantuk mula menguasai dirinya.

Tok papa memandang dinding biliknya. Dia dipeluk oleh kedua orang yang disayanginya. Di dalam dakapan Qawie dan Eyiq. Air matanya semakin lebat jatuh. Dadanya semakin sesak dan nafasnya sudah tersekat sekat. 

"P-papa d-dah bahagia sangat s-sangat. I-impian t-terakhir papa ial-ialah nak pergi d-dalam d-dakapan a-anak papa d-dan cu-cu p-papa" Tok pa menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air matanya mengalir. Sempat lidahnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Kini dia ingin berjumpa dengan arwah isterinya. Sudah lama dia merindui isterinya dan sekarang dia pergi mengikuti isterinya meninggalkan anaknya dan cucunya.  

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

Qawie membuka matanya apabila tangannya terasa sejuk. Sangat sejuk. Badan kaku tok pa menjadi perhatiannya. Mata Qawie memerhatikan muka tok pa atau lebih tepat lagi dada tok pa. Jantung Qawie bagaikan ingin terhenti. Tiada gerak. Tangan Qawie terketar ketar mencapai  tangan tok pa. Mencari nadi. tetapi langsung tidak ada nadi. Sejuk. 

Air mata Qawie mengalir. 

"P-papa? P-papa?" Qawie menggerakkan badan Tok pa.

Dengan badan yang menggigil. Lidah kaku. Bibir tak mampu untuk dibuka. Hanya air mata sahaja yang mempu menunjukkan perasaan dia. Sebak. Tak kuat. Lemah. Anaknya Eyiq masih lagi memeluk jasad tok pa. Eyiq, tok pa dah takde. Daddy tak kuat.

"Innalillahi wainna ilaihi raji'uun" 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

-June 30, 2022. 8:53PM

Edited

ADDEAN ©Where stories live. Discover now