𝒁𝒂𝒓𝒓𝒆𝒍'𝒔 // 𝟎𝟕

37 6 0
                                    

"𝐵𝑒𝑐𝑎𝑢𝑠𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑙𝑦 𝑜𝑛𝑒 𝑖𝑛 𝐻𝑖𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑜𝑓 𝑀𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒"
- 𝑍𝑎𝑟𝑟𝑒𝑙 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑒𝑙 -

"𝑌𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑚𝑦 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝑏𝑢𝑡 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑚𝑦 𝑡𝑟𝑢𝑒 𝑙𝑜𝑣𝑒"
- 𝐻𝑦𝑑𝑖𝑛𝑎 𝐴𝑛𝑛𝑎𝑠𝑡𝑎𝑐𝑦𝑎 -



🎶~𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙶𝙰𝙽𝚃𝙸...?
𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙳𝙸𝙰... ?
𝚄𝙼𝙿𝙰𝙼𝙰 𝙼𝙴𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙼𝙿𝙾𝙼𝙿𝙾𝙽𝙶,
𝙹𝙰𝙳𝙸 𝚁𝙰𝙼𝙰-𝚁𝙰𝙼𝙰..
𝙳𝙸𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙷𝙸𝙻𝙰𝙽𝙶𝙽𝚈𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰?
𝚂𝙴𝙸𝙽𝙳𝙰𝙷 𝙱𝚄𝙻𝙰𝙽 𝙿𝚄𝚁𝙽𝙰𝙼𝙰
𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝚄 𝙱𝙴𝚁𝙿𝚄𝙸𝚂𝙸
𝙱𝙴𝚁𝙼𝙰𝙳𝙰𝙷 𝙿𝚄𝙹𝙰𝙽𝙶𝙶𝙰.. ~🎶

🎶-Aiman Sidek ft Alin Sidek - 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚂𝚎𝚓𝚊𝚝𝚒~🎶

Pergaduhan

Harini dah genap dua bulan Dina bersekolah di SMK Akedemik Bangsa, tapi semalam dia baru sahaja menerima berita buruk iaitu berita perpindahan Syuhada ke tahfiz Melaka, itu yang membuatkannya hilang semangat dan tidak ingin belajar kerana siapa saja yang tidak kesedihan kehilangan seorang kawan? Melainkan itu adalah kawan palsu

Hydina berjalan menelusuri koridor ingin masuk ke dalam kelas. Ada beberapa pelajar yang berdiri dalam kelompok dan memandang sinis ke arah Dina. Nampak macam mengumpat. Ataupun teatnya memang mengumpat pun

"Hahaha, muka dah lawa, dah pandai tapi tak sangka sifat dia yang nampak benci dekat Zarrel tu cuma untuk tutup daripada orang nampak dia sukakan Zarrel"

"Tu lah, dia siap minta mak ayah dia untuk jadikan Zarrel tu cikgu peribadi dia"

"Aku dengarlah kan, mak ayah Si Dina tu selalu tak ada dekat rumah and then, kau boleh bayangkan tak yang diorang berdua dalam bilik tu selalu dan lepas tu... "

"Lepas tu diorang! Oh my god, dah lah diorang tu handsome sama cantik, siapa je yang tak nak kan?"

Selepas mendengar bisikan-bisikan daripada beberapa pelajar yang sedang mengumpat dan menyindirnya, Dina langsung bergegas menuju ke kelas 4 Rajin

Hatinya dapat meneka siapa yang menyebarkan cerita itu. Mana ada grup lain dalam sekolah ni. Kalau tak lain tak bukan

"Adam! Sini kau" seru Dina. Adam terus blur mukanya

Apa salah aku?

"Kenapa?"

Dina pun membawa Adam ke luar kelas dan pergi ke tempat sunyi yang tiada orang yang akan mendengar percakapan mereka tapi tempat itu tidak jauh daripada kelas mereka

"Kau ke yang sebarkan berita pasal aku?"

Tanpa basa basi dia terus mengajukan soalan itu. Dia tidak mahu berkias lagi. Imejnya sekali lagi kotor!

"Berita apa? Aku tak sebarkan apa-apa pun pasal kau"

Katanya. Tangan diangkat ke sisi tanda tidak bersalah

[𝐂]-𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now