𝒁𝒂𝒓𝒓𝒆𝒍'𝒔 // 𝟏𝟎

46 6 0
                                    

"𝐵𝑒𝑐𝑎𝑢𝑠𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑙𝑦 𝑜𝑛𝑒 𝑖𝑛 𝐻𝑖𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦 𝑜𝑓 𝑀𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒"
- 𝑍𝑎𝑟𝑟𝑒𝑙 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑒𝑙 -

"𝑌𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑚𝑦 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝑏𝑢𝑡 𝑦𝑜𝑢 𝑎𝑟𝑒 𝑚𝑦 𝑡𝑟𝑢𝑒 𝑙𝑜𝑣𝑒"
- 𝐻𝑦𝑑𝑖𝑛𝑎 𝐴𝑛𝑛𝑎𝑠𝑡𝑎𝑐𝑦𝑎 -



🎶~𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙶𝙰𝙽𝚃𝙸...?
𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙺𝚄 𝙲𝙰𝚁𝙸 𝙳𝙸𝙰... ?
𝚄𝙼𝙿𝙰𝙼𝙰 𝙼𝙴𝙽𝙰𝙽𝚃𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙼𝙿𝙾𝙼𝙿𝙾𝙽𝙶,
𝙹𝙰𝙳𝙸 𝚁𝙰𝙼𝙰-𝚁𝙰𝙼𝙰..
𝙳𝙸𝙼𝙰𝙽𝙰 𝙷𝙸𝙻𝙰𝙽𝙶𝙽𝚈𝙰 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰?
𝚂𝙴𝙸𝙽𝙳𝙰𝙷 𝙱𝚄𝙻𝙰𝙽 𝙿𝚄𝚁𝙽𝙰𝙼𝙰
𝚄𝙽𝚃𝚄𝙺 𝙺𝚄 𝙱𝙴𝚁𝙿𝚄𝙸𝚂𝙸
𝙱𝙴𝚁𝙼𝙰𝙳𝙰𝙷 𝙿𝚄𝙹𝙰𝙽𝙶𝙶𝙰.. ~🎶

🎶-Aiman Sidek ft Alin Sidek - 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚂𝚎𝚓𝚊𝚝𝚒~🎶

"Sebab Aku Cintakan Dina"

"Zarrel! Sini kejap" panggil Dina dari luar kelas dengan terhendap-hendap berharap tiada siapa yang akan melihatnya

"Ada apa sayang" Zarrel meninggalkan kerja ulang kaji dia dan keluar kelas menuju ke arah Dina. Tapi untung tak ada siapa-siapa selain Zarrel dan Dina ada di depan kelas 4 Elit iaitu kelas Zarrel yang hanya bersebelahan dengan kelas Dina, 4 Rajin

"Kau tak payah nak bersayang sayang dekat sini eh"

Zarrel tersenyum nakal. Suka dia mengusik Dina

"Erm, ada apa Cik Tunang ku?"

Dina memandang ke kiri dan kanan untuk betul-betul memastikan tiada siapa yang mendengar atau melihat

"Kalau budak pick me tu datang nak tanya kau tentang hubungan kita, kau cakap je yang kita tak ada hubungan. Cuma murid dengan cikgu peribadi je"

"Siapa yang pick me tu?" soalnya dengan dahi yang berkerut

"Alysha" jawab Dina

"Kenapa?"

"Aku tak nak ada orang tau! Ingat eh, jangan bagitau walau macam mana sekalipun! Kalau tak.... Kau tau kan apa yang aku akan buat?" kata Dina sambil berjalan masuk ke dalam kelasnya semula

Tidak lama kemudian selepas Dina masuk semula ke kelasnya, terlihat Alysha dari kejauhan berlari anak menghampiri Zarrel

"ZARREL! Awak! Tunggu kejap" panggilnya dari jauh sam

Dina yang baru sahaja meletakkan begnya di atas kerusi, dengan cepat bersembunyi dia sebalik pintu masuk kelas untuk mendengar percakapan antara Zarrel dan Alysha

"Apa" soal Zarrel dengan dingin. Riaknya mendatar

"Awak betul ke dah bertunang dengan perampas-"

"Hey! Tolong sikit eh! Dia ada nama!" belum sempat Alysha mahu menghabiskan katanya, dia terlebih dahulu dipotong Zarrel

Suka-suka mulut dia aje cakap tunang orang gitu!

[𝐂]-𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant